Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

Kemunculan MacPro Terbaru Lebih Hebat & Berkuasa



Apple kini muncul dengan teknologi berkuasa tinggi mereka dengan kedatangan MacPro CPU Mac yang mempunyai 2 kali ganda lebih berkuasa tinggi berbanding macpro yang ada sekarang ini iaitu model sebelum yang terbaharu ini.

Dengan adanya macpro, kerja-kerja dalam membabitkan program yang bekerja keras seperti penghasilan video yang berkuali tinggi, animasi, audio atau lain2 kerja2 media yang memerlukan komputer yang berprestasi seperti macpro yang terbaru ini.

Mengikut spesifikasi macpro ini, ianya adalah 2 kali lebih berprestasi berbanding macpro sebelumnya iaitu yang boleh kita lihat ialah teras pemproses menaik sehingga 12 teras & 40GB/s PCI..
Begitu juga RAM 2 kali lebih prestasi dari segi jumlah MHz & GB/s.

berikut spec MacPro: http://www.apple.com/mac-pro/


Thursday, 9 May 2013

Ketua Pegawai Eksekutif Asus sangat optimistik mengenai Tablet Windows 8


Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata bahawa dia percaya Tablet Windows 8 akan berharga di bawah $ 300, menjadikan mereka lebih murah kepada pelanggan.

Cari Windows 8 tablet mempunyai tahun yang kukuh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Asus Jerry Shen.
Bercakap kepada Wall Street Journal dalam satu temu bual. Shen berkata syarikat beliau "sangat yakin tentang jualan untuk Windows 8 tablet tahun ini," sambil menambah bahawa beliau percaya sokongan Microsoft untuk slates 7-inci akan menjadi langkah utama dalam platform kejayaan ini.

Windows 8 tablet kini berasaskan 10 inci atau lebih dalam saiz. Microsoft dan pembuat tablet rakan-rakan yang dilaporkan merancang untuk melancarkan 7-inci Slates lewat tahun ini yang masih boleh berjalan dalam platform syarikat Windows. Bahawa faktor bentuk yang lebih kecil akan membolehkan syarikat-syarikat seperti Asus dan lain-lain untuk bersaing dengan lebih berkesan pada harga, menurut Shen. Malah, beliau membayangkan tablet Windows 8 harga jatuh di bawah $ 300 pada akhir tahun ini.

Asus adalah salah satu daripada beberapa vendor yang telah membuat keputusan untuk mencuba nasib mereka pada Windows untuk tablet. Syarikat itu juga menjual tablet yg menjalankan sistem operasi Android.  Asus telah mengumumkan bahawa ia menjual 3 juta tablet dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2013.

Sumber asal: CNET

Tuesday, 22 January 2013

Paparan Resolusi 4K Cuba diperluaskan (1080p x4)

semakin lama semakin canggih teknologi yang dihasilkan oleh pengeluar setiap teknologi yang sedia ada dengan pelbagai fungsi baru, tambahan mahupun fungsi yang diciptanya secara tersendiri.

begitu juga paparan resolusi yang sebelum ini sangat popular dengan 1920x1080 HD.. jika dulunya popular dengan 720 HD.. Selepas 1920x1080, resolusi 720 tidak lagi digelarkan resolusi tinggi yang menakjubkan malah ianya sesuatu yang biasa berbanding dgn 1080...

tetapi akan datang mungkin juga akan berkata "apa barang 1080p"..
kata2 itu mungkin tak lama lagi kerana beberapa pihak cuba menyebarkan dan perluaskan resolusi baru iaitu 4k.

4k adalah gabungan 1080p dimana gandaannya 4 kali untuk resolusi 1080..
pembaharuan ini masih lagi diusahakan untuk semua peranti dan ianya mempunyai kekurangan kerana peranti yang dipasarkan sekarang ini jarang menggunakan 4K tersebut walapun beberapa jenis TV yg sudah tersedia dgn 4k resolution.. memandangkan resolusi ini masih baru lagi untuk disertakan dengan semua peranti seperti kamera dan lain2...

preview video 4K Resolution: http://www.youtube.com/playlist?list=PL5BF9E09ECEC8F88F

Sunday, 20 January 2013

Senarai Blog Komputer/IT Bahasa Melayu 2013

assalamualaikum & salamsejahtera..

makin canggih teknologi makin ramai yang berminat untuk mengikuti semua perkembangan tentang komputer, gadget, web, blog, software, hardware, virus, jenama, berita semasa tentang IT atau banyak lagi yang memberi jalan mudah untuk setiap orang ketahui semua perkara berkaitan.

saya telah explore dan telah menghimpunkan senarai blog/web dimana artikelnya tentang IT, tutorial, komputer & berita semasa tentang dunia teknologi atau sebagainya yang berkaitan yang boleh anda baca & membuat sebagala rujukan yang mungkin penting bagi anda untuk mengetahuinya.

1. Bualkomputer.com | Teknik & Informasi Komputer
2. Sembangkomputer.com | Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet
3. Amanz.my | Informasi Teknologi Terkini
4. JomPHP.com | Pusat Informasi IT anda !
5. blog.cekapkomputer.com | Sumber Ilmu Pengetahuan Untuk Anda
6. linuxmalaya.com | Lunux Untuk Semua
7. melayubuntu.blogspot.com | Ubuntu Untuk Malaysia
8. sumberterbuka.net | Laman Komuniti Sumber Terbuka
9. xlawsknowledges.blogspot.com
10. deensokmo.blogspot.com
11. www.infomalaya.com | Info Malaya
12. adamasalahbarunakcari.blogspot.com
13. www.sifoo.com | Sumber Seni Grafik & Multimedia Malaysia
14.baikipc.wordpress.com | Masalah Komputer
15. www.mywindowsxp.info | Malaysian Computer Technical Blog
16. www.omghackers.com | Tips dan Tutorial Komputer/IT

seperti diatas yang mungkin terbaik bagi saya setakat ini... :)

© 2013 www.bualkomputer.com

Thursday, 17 January 2013

Lenovo menjadi rakan kongsi dengan BlueStacks

Lenovo menjadi rakan kongsi dengan BlueStacks





Lenovo menambah namanya dalam senarai pembuat PC & Laptop baru dengan menambah pemain aplikasi Android,BlueStacks.

Lenovo,pembuat PC & Laptop pada masa kini mengumumkan bahawa syariakt ini akan membuat perjanjian dengan BlueStacks,pemain Android app yang membolehkan aplikasi Android dipasang(install) pada Windows dan Mac.

Kata BlueStacks "Aplikasi mudah alih mendapat banyak perhatian kepada pengguna hari ini kerana sambungan gajet ke sistem operasi telefon pintar mereka. Tetapi ia mempunyai kesan yang lebih besar daripada hanya dapat mengunakan Instagram atau Angry Bird pada desktop anda."

Sumber : CNET


Wednesday, 9 January 2013

All CPU Meter Gadget Windows muncul versi terkini


Assalamualaikum & salam 1 malaysia..

Dengan ini GADGET ALL CPU meter anda boleh memaparkan jumlah penggunaan pemproses dalam peratusan, kelajuan jam pemproses, nama pemproses, memaparkan semua teras penggunaan pemproses dalam peratusan dengan warna yang berbeza.

Menyokong sehingga 2 pemproses dan sehingga kepada 16 teras ada termasuk 16 teras, dua belas teras, lapan teras, enam teras, teras quad, tiga teras, dual core dan teras tunggal.

Bagi teras pemproses suhu dan ciri suhu CPU memberi amaran kpd anda untuk menjalankan PC Meter atau CoreTemp permohonan di latar belakang untuk menunjukkan suhu.
Bagi RAM (Random Access Memory) ia boleh memaparkan, percuma, jumlah penggunaan dalam MB (megabytes) dan juga jumlah penggunaan di bar dan peratusan. Bagi graf ia boleh memaparkan semua teras penggunaan pemproses dan penggunaan RAM dengan melukis gaya selaras atau dipenuhi.

Bagi ciri-ciri flyout anda perlu klik pada ikon (Intel, AMD atau CPU) atau klik pada tajuk (Penggunaan CPU) untuk menunjukkan maklumat. Terdapat banyak pemproses maklumat yang dimasukkan (pengilang, nama pemproses, Caption, pemproses Id,  kelajuan jam, saiz cache L2, saiz cache L3, voltan semasa, bilangan teras dan bilangan pemproses logik) , sistem operasi (nama OS, CSD versi, versi OS, nombor siri, tarikh pemasangan, beberapa proses, bilangan pengguna OS seni bina dan), Base Board (pengilang, produk dan nombor bersiri), BIOS (nama pengeluar BIOS, versi BIOS, tarikh pembebasan dan nombor siri) dan Sistem Komputer (pengilang, model dan jenis sistem).

anda boleg download all cpu meter gadget untuk windows disini http://addgadgets.com
(tersedia untuk edisi windows 8)

sumber rujukan: addgadgets.com (laman rasmi all cpu meter)

Tuesday, 8 January 2013

Perbezaan Laptop dan Desktop-PC serta Tips Penjagaan

Assalamualaikum&salam sejahtera..

Lama dah tak post dalam blog BK ni... Kalini aku ingat nak terangkan kat korang tentang perbezaan laptop dengan desktop-pc walaupun spec kedua-duanya sama.Banyak perkara yang user semua kene tahu tentang perbezaan ni.

Perbezaannya :
1.berapa lama kita boleh pakai dalam satu2 masa.
2.jangka hayat.
3.spare part.

LAPTOP 1.Dalam satu2 masa kita boleh on laptop paling lama pon 5 jam sahaja.. Tetapi kalau lebih daripada 5 jam berkemungkinan processor,motherboard,ram,dan alat2 lain akan panas serta merta merosakkan cip dan timah2 yang telah dipateri.

DESKTOP-PC 1.bagi desktop-pc pula dalam satu2 masa kita boleh on sehingga 2 hari, ini berbeza daripada penggunaan laptop kerana ruang desktop-pc lebih besar dan tidak mampat kerana kitaran udara didalam cpu dapat bergerak bebas.

LAPTOP 2.jangka hayat laptop ni selalunya bergantung kepada penggunaan seharian kita sama
ada hardcore ataupun biasa2 tak kisah lah alienware ke ape ke melainkan letak Solid Ice.

DESKTOP-PC 2.jangka hayat desktop-pc pulak lebih lama daripada laptop misalnya jika laptop boleh tahan sampai 5 tahun maknanya desktop-pc boleh tahan sampai 10 tahun kerana desktop-pc memang dicipta oleh pengedar komputer untuk tahan lebih lama.

Laptop 3.spare part laptop ni lebih mahal kerana pembikinannya amat rumit dan mesti dilakukan dengan penuh teliti.

DESKTOP-PC 3.spare part desktop-pc pula agak murah berbanding laptop kerana  komponen yang mudah dicipta dan tidak rumit untuk di bikin.

kedaan komponen laptop


keadaan komponen Desktop-pc

 Konklusinya,kita sebagai pengguna laptop atau desktop perlu tahu dan mengenali serba sedikit tentang komputer kita,malah tahu tentang arus teknologi IT agar kita tidak ketinggalan ke belakang.Bukan itu sahaja malah kita perlu tahu kemampuan komputer kita agar tidak melampaui batas yang telah ditetapkan oleh pengilang.Dalam pada masa yang sama user semua boleh lah  mengikuti kami di facebook atau pon twitter untuk mengajukan soalan2 dan tips penjagaan komputer mahupun gadget2 iPad,Tablet dan lain2.

Wednesday, 2 January 2013

Akses Laman Web yang di block / Tukar DNS Server (Tutorial Versi Video)

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

unblock web yang tak boleh di akses adalah dengan cara menukarkan alamat dns server dimana telah ditetapkan bagi setiap negara di pelusuk dunia ini. setiap semua laman web yang ada sekarang ini tidak semestinya diterima oleh semua negara atau beberapa. mungkin disebabkan kandungan web tidak boleh diterima pakai oleh negara tersebut atau boleh mnjejaskan ekonomi negara.

cntoh web yang boleh kita lihat sekarang ini. yang telah berlaku pada web perkongsian file seperti megaupload, file serve dan seangkatan dengannya telah di block oleh negara kita sendiri dari di akses dan begitu juga dengan beberapa buah negara yang lain turut menguat kuasakan hal ini...

memandangkan web telah diblock, sebenarnya kita masih lagi boleh mengaksesnya seperti biasa dengan cara menukar alamat dns asal kepada global dns.. dimana semua web yg diblock oleh negara kita sendiri boleh di akses seperti biasa...

berikut caranya yang saya buat dalam bentuk video.. sebelum ini sy juga ada buat dlm bentuk artikel (sini: http://goo.gl/LFlB3)

VIDEO:
DNS Server:
OpenDNS: 208.67.222.222 & 208.67.222.220
Google DNS: 8.8.8.8 & 8.8.4.4
_________________________________________________

Sunday, 28 October 2012

Kemunculan Windows 8

assalamualaikum & salam 1 malaysia...

seperti yang dijanjikan oleh microsoft mengenai pelancaran produk system operasi yang terbarunya yang akan dilancarkan pada bulan ini telah terlaksana dengan sempurna & telah pun dilancarkan di malaysia serta dipasarkan diseluruh pengedar microsoft yang sah diluar sana..

terdapat banyak komen yang positif daripada pengguna tentang system operasi windows 8 yang terbaru ini disebabkan kemunculannya mendatangkan fungsi & antaramuka yang lebih mesra pengguna serta menarik apabila berdepan dengannya.

dalam windows 8, microsoft membina 2 antaramuka depan/home iaitu desktop seperti windows terdahulu & yang terbaru iaitu antaramuka Metro UI dimana ianya sebagai altenatif utama dalam segala reka bentuk yang menarik dalam windows 8 ini. pengguna tak perlu bimbang akan desktop seperti dahulu kerana microsoft tidak lagi menghapuskan paparan tersebut dan masih boleh dinikmati seperti mana anda nikmati windows 7.

windows 8 adalah system operasi yang mengikut peredaran technolgy dimana ianya bukan sahaja boleh dinimati pada notebook & pc dirumah, malah ianya tersedia untuk kegunaan pada tablet. tablet2 windows 8 kini sudah banyak dikeluarkan oleh syarikat komputer yang popular begitu juga dengan laptop & komputer dirumah.

setakat ni sahaja mengenai windows 8.. akan dtg saya akan update lebih lanjut tentang system operasi windows 8 ini. terima kasih...

Thursday, 13 September 2012

Apple Lancar iPhone 5

assalamualaikum & salam 1 malaysia...

ini yang ditunggukan oleh apple user untuk menantikan kunculan iphone 5 yang mungkin lebih baik & hebat berbanding iphone sebelum ini dan inilah dia kemunculannya...
iphone didatangi dengan system yang dinaik tarafkan seperti A6 chip dimana sebelum ini iphone menggunakan A4 chip & A5 chip dan mengharapkan yang terbaik untuk kali ini...

spec camera pada iphone yg terbaru ini sama seperti iphone 4s iaitu 8mega pixel cuma yang membuatkan ianya lebih menarik ialah fungsi rakaman video HD didatangi dengan face detection & image yang clear... :D

design iphone 5 kali ini di naiktarafkan saiz skrin yang lebih besar berbanding iphone yang lain iaitu 4inci dan iphone sbelum ini 3.5 inci... jika dilihat dan dibandingkan, iphone 5 reka bentuknya lebih memanjang kebawah dan skrinnya hampir sama besar dengan samsung galaxy s2...

So, iphone kali ini specnya lebih kurang sama dengan iphone 4s dan cuma dinaik tarafkan cirinya yang tertentu yg tidak ada pada 4s... :D 

Wednesday, 1 August 2012

Download Advanced SystemCare 5.3.0 Pro (Free & Full)


Salam sejahtera..

Disini saya nk share software tuning system komputer untuk anda download dan gunakannya bagi menjaga system dengan lebih baik dan mengenal pasti masalah2 yang mungkin boleh diselesaikan oleh Advanced systemcare secara tidak langsung dapat meningkatkan pretasi system komputer anda kepada yang lebih baik walaupun effectnye sedikit tp sedikit sebanyak dpt membantu system komputer anda...

advanced system care ni bukan yang freeware atau free edition punya... ini adalah versi PRO dimana ianya adalah berbayar dan lebih baik dari freeware.. tp anda jgn risau.. dengan license key yg saya bekalkan anda tidak perlu keluarkan duit poket anda..

Download:  http://www.iobit.com/advancedsystemcareper.html (download yg free dlu)

selepas install klik pada Upgrade ..


license key dibawah kemudian pastekan pd ruangan Upgrade: (sebelum upgrade, off internet terlebih dahulu)
D735F-51E93-1B1E4-C8AD4





Saturday, 23 June 2012

EDMODO.. PEMBELAJARAN ANTARA LECTURE DAN STUDENT MENJADI LEBIH LANCAR...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... harini  admin nak post pasal  pembelajaran dan khas untuk guru2 or mana2 lecture dekat U korang.Bende nie sebenarnya dah lama dah dia release cuma ade sertain orang yg tak berapa nak tau dengan bende nie....... nama dia ----->EDMODO..... 








                                                                gambar hiasan...




and the second thing, bende nie kalau korang nak tau banyak membantu pembelajaran antara guru dan pelajar tanpa batasan menggunakan dunia IT... ianya seakan-akan facebook dan social networking lain tapi ianya lebih tekan kan pembelajaran.


lagi satu bende nie sangat mudah dan free.... dan kalau korang nak install dekat appstore or playstore android pon dah ade dah.Tapi bende nie  guru or lecture korang yg kene buat dulu baru student ikut signup dan masukkan code yg di bagi dekat guru  punye acc tadi... 


terdapat banyak benefit bende nie  ok admin bagi satu analogi mudah... katakan lah lecture korang or cikgu korang bersalin or ade dekat oversea... korang plak kene hantar assignment dekat lecture korang takkan korang nak pegi buat poslaju plak kan  dah la kene kluar duit dah nak beli sampul dia lah ape lah mcm2 bende dah terbuang.... so dengan menggunakan edmodo ni korang just upload korang punye assigment then hantar terus dekat lecture korang  kalau salah pon tak membazir kertas sangat... and memang lah korang boleh email  im dekat facebook lecture korang tapi laman social lain  design untuk chatting dan bersosial tapi edmodo tak dia lebih tekankan pembelajaran  dan ade gred2 yg boleh di bagi kan kepada student2 oleh lecture... ok admin tinggal kan sikit beberapa gambar edmodo ni ngan link dia slamat mencuba ;) bubye



















http://features.edmodo.com/ link ni untuk rujukan korang ;)

Saturday, 16 June 2012

Cara Akses Laman Web yang telah di block


Salam sejahtera... jumpa lagi di entri kali ini...

Ada beberapa laman web yang telah diblock oleh pihak2 tertentu atau menghalang dari di akses secara terus...
tujuan mereka memblock laman2 web tertentu adalah atas tujuan untuk pengguna tidak boleh mengaksesnya mungkin disebabkan isi kandunngan laman web tersebut tidak sesuai dipaparkan atau ada isi yang melanggar hakcipta terpelihara...

oleh kerana anda nak juga lepasi halangan tersebut, anda boleh lepasinya dengan menukar alamat DNS server... dns server boleh didapati dengan pelbagai jenis & server... ada google, open dns dan macam2 lagi..

berikut langkahnya:

sebelum mulakan pilih dns server dahulu:
Google
8.8.8.8
8.8.4.4

 Dnsadvantage
156.154.70.1
156.154.71.1

OpenDNS
208.67.222.222
208.67.220.220

 Norton
198.153.192.1
198.153.194.1

GTEI DNS 
4.2.2.1
4.2.2.2
4.2.2.3
4.2.2.4
4.2.2.5
4.2.2.6

ScrubIt
67.138.54.100
207.225.209.66


saya biasa pakai opendns & google dns..

ok...
1. pergi ke network sharing center bagi pengguna win7... pengguna winxp pergi ke icon yg ada di taskbar...

2. win7: kemudian klik pd bahagian connection..seperti gmbr dibawah...
3. akan muncul tetingkap seperti gmbr dibawah: klik properties...

9. pilih internet protocol version 4 dan klik properties bg pengguna win7... winxp pula  pilih internet protocol dan klik properties...

10. pilih use the following dns server addresses
kmudian letakkan dns server di ruangan tersedia...

11. klik OK...

dan sekarang anda boleh bebas melayari laman yang diblock....

selamat mencuba...

Friday, 24 February 2012

Windows 8 Consumer Preview (Beta) Akan Muncul tak lama lagi



Salam sejahtera & salam 1 malaysia...

Saban hari menunggu Kini pihak microsft sudah pun mengeluarkan produk percubaannya iaitu Windows 8... Dimana ianya adalah jenerasi terbaru dalam keluarga microsoft windows terutama lebih baru dari windows 7...

Sebelum ini microsoft ada juga mengeluarkan windows 8 developer preview dimana ianya versi pertama windows 8 secara percubaan & bermakna windows 8 consumer preview ini adalah terbaru windows 8 secara percubaan. tujuan untuk mendapatkan feedback dari pengguna & boleh diperbaik untuk versi stabil akan datang..

Windows 8 kini didatangi dengan konsep antaramuka yang baru iaitu fungsinya di bahagian metro ui  dan boleh juga akses desktop seperti biasa.. fungsi metro ui sedap di nikmati pada screen sentuh dengan pilihan2 yang disediakan dan tetapan mengikut susunan program dari anda sendiri...

ape pun tunggu sehingga windows 8 consumer preview (beta) ini dilancarkan pd 29/2/2012 dan insyaallah saya akan buat preview berkenaan windows 8 consumer preview ini...

kpd yang ketinggalan entri berkenaan windows 8 developer preview sila ke link berikut:
http://www.bualkomputer.com/2011/09/fungsi-terbaru-dalam-windows-8.html
http://www.bualkomputer.com/2011/09/download-windows-8-developer-preview.html
http://www.bualkomputer.com/2011/09/tinjau-windows-8-developer-preview.html


Monday, 6 February 2012

Wifi Di Kedai Mamak (Cerita Lawak)



Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak
... ... ... Man : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!....


Nuffnang Adalah Utama Kepada Kebanyakan Bloggers & Tip

salam1 malaysia semua..       http://nuffnang.com.my



kepada semua penggiat dalam aktiviti blogger anda semestinya tahu apa itu nuffnang dan fungsi widgetnya diletakkan pada halaman blog anda...
saya terangkan sekali lagi kepada yang tak pernah tahu apa itu nuffnang dan fungsinya kpd blogger2... nuffnang adalah komuniti pengiklanan dimana ianya adalah penyebar iklan2 yang dibayar oleh sesuatu syarikat yg ingin mempromosikan sesuatu produk...

Anda boleh meraih pendapatan dari nuffnang dengan mendaftar sebagai ahli di nuffnang
kemudian letakkan widget iklan pd halaman blog anda. setiap klik iklan tersebut anda akan dibayar oleh nuffnang. bermakna anda perolehi dengan setiap klik.. tapi tak boleh buat penipuan klik, nuffnang dpt kesan ip yang sama...

selain perolehi dari klik, anda juga boleh perolehi dari BE (Buffred earning) dimana itu adalah bonus bagi anda melalui traffic, status ahli & aktif dlm blogging... ingat kalau nk kekalkan BE kena ikut syarat yang ditetapkan oleh nuffnang seperti kedudukan iklan yang senang nk nampak mcm yg disarankan, status keahlian tak berubah dan kekal kpd Glitterti & turut juga dengan traffic blog anda.. traffic blog  yang mantap juga mempunyai harapan untuk perolehi BE...  kekalkan traffic/unik visitor blog anda.. kalau 100 unik visitor sehari kekalkannya dengan tidak kurang dr 100...
Biodata anda mestilah selalu diupdate,.. kalau boleh 1bln skali atau ikut kerajinan anda...

Kebanyakan Blogger sekarang memang memerlukan nuffnang supaya perolehi pendapatan sampingan dalam aktiviti berblogging.. bermakna berbaloi la hasil usaha selama ni taip entri/post & sharing2 sume tu... bukan bermaksud semata mata berblogging untuk jd kaya.. kalau boleh jgn ada sifat mcm tu.. bermakna anda tak ikhlas untuk berblogging.... tp kalau kaya dengan blogging teruskan dengan keikhlasan anda dlm dunia blogging...

Kepada blogger yang baru tu korang boleh try nuffnang kot2 boleh tambahkan pendapatan korang atau lebih dari itu siapa tahu kan.. sikit2 lama2 jadi bukit... JOM JOIN NUFFNANG http://www.nuffnang.com.my

assalamualaikum & salam1malaysia... selamat berblogging... http://www.nuffnang.com.my

Saturday, 28 January 2012

Buat Windows 7 CD & USB Installer Dengan Lebih Mudah

Salamsejahtera....

Pelbagai cara install windows 7 boleh dilakukan dengan tool2 yang ada di laman laman web yang menyediakan perisian.. yang berbayar mahupun yang percuma...

anda boleh gunakan Windows 7 CD/USB Download tool untuk create CD dan usb installer dengan lebih mudah...
kenapa saya katakan ianya mudah? - sebab antaramukanya yang kelihatan seakan akan dah biasa menggunakannya (simple dan sedap mata memandang..)...

anda boleh downloadnya disni http://wudt.codeplex.com/ ianya percuma!
perisian ini boleh digunakan untuk windows 8....









Sunday, 22 January 2012

Bualkomputer Membuka Web Radio Online! BualkomputerFM.


Salamsejahtera & salam 1 malaysia....

Ada berita baru dari kami (Bualkomputer)...
setelah beberapa minggu mencari sumber/source yang penting dan mencari satu persatu isi, saya telah membina lagi satu laman web iaitu web radio online yang boleh anda dengarnya secara streaming/online depan komputer...

idea saya buat web ni timbul sbb saya mmg minat mendengar radio secara online tambahan pula semua orang suka mendengar radio jugak...! (ape punya ayat!)

Saya namakan laman tersebut BualkomputerFM sebagai nama rasmi bagi laman radio online yang saya bina... anda boleh aksesnya dengan manaip http://fm.bualkomputer.com ...
saya akan update dari semasa ke semasa untuk meletakkan online TV pulak & tunggu dan lihat sbb saya perlukan source bagi sume bende tu... setakat ini hanya radio sahaja yang tersedia pd laman tersebut...

di BualkomputerFM, saya sediakan pelbagai jenis radio, iaitu astro radio, hotfm & akan dtg rtm... stakat ini hanya ada astro radio & lain2 radio selain rtm..
untuk mencadangkan apa2 radio lagi or report problem terhadap radio player, contact saya disini http://fm.bualkomputer.com/contact.html

ape pon kami harap anda menyokong pembaharuan yang kami lakukan ini...
JOM KE BualkomputerFM http://fm.bualkomputer.com


Sunday, 8 January 2012

Percuma 10GB Storage Online dengan CX.COM



Salam sejahtera..

Anda semestinya ketahui laman perkongsian file seperti 4shared, mediafire & lain laman perkongsian yang popular dimana ianya menyediakan perkhidmatan simpanan data dan perkongsian data secara percuma mengikut pakej...

OK.. menarik kali ini adalah anda diberi space 10GB percuma untuk digunakan/upload & share kpd rakan2 anda dengan CX.COM... CX.COM adalah laman perkongsian file seperti mana laman perkongsian lain... walaupun ianya tidak cukup untuk menyimpan file besar ianya cukup lah sekadar digunakan untuk upload image, mp3 dan sewaktu dengannya...
YANG lebih menarik ianya ala2 social network dimana boleh bersambung dengan FB, twitter dan sebagainya dan fungsi laman web itu sendiri juga ala2 social network... :)

anda boleh daftar cx  CX.COM


Friday, 30 December 2011

Download: Internet Download Manager 6.07 Build 15



Salamsejahtera..

seperti yang anda tahu perisian ini sangat popular dikalangan penggemar mendownload file2, mp3, video movie dan file2 yang bersaiz besar (GB)... kelebihan perisian ini dengan fungsi download pada browser adalah perisian ini mempunyai kawalan limit dan unlimit manakala fungsi download pd browser anda adalah limit dengan kelajuan tertentu sahaja dan x sampai kelajuan internet sebenar anda...

apa yang pasti anda akan settingnya dengan tetapan unlimited speed mengikut keseluruhan kelajuan internet anda... kalau kelajuan internet anda 1mbps bermakna transfer rate dia boleh memecut sehingga 1.7mbps..

macam saya, kelajuan internet saya 4mbps dan ketika mendownload file menggunakan IDM, transfer rate menjadi 5.8mbps dan kdg kala mencecah 7mbps..

tetapan unlimited sudah sememangnya ditetapkan semasa anda install...

untuk mendownload IDM 6.07 Build 15.. klik sini..
Memandangkan perisian ini adalah demo/percubaan sahaja, anda perlu cracknya supaya boleh digunakan sampai bila kecuali anda update...
klik sini cara2 crack http://www.bualkomputer.com/2011/07/download-internet-download-manager-607.html

atau tonton video dibawah