Showing posts with label Modem. Show all posts
Showing posts with label Modem. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

Ketahui Siapa guna Wifi anda dan block!


Salamsejahtera dan salam 1malaysia...

Sekarang ini dah boleh katakan setiap rumah mesti ada line internet atau internet secara Wifi untuk berkongsi kan internet dengan laptop or komputer yang lain didalam rumah... kelebihan wifi ini banyak sebenarnya dari segi untuk berkongsi... dan keburukan dia adalah kalau jiran sebelah dpt tangkap line wifi korang & terer crack password WEP korang mmg malang la... kalau just guna untuk browse laman web tak ape..., inikan download mcm2 sampaikan tarikan jumlah Mbps tu hanya pergi ke jiran korang je,,. yg korang pulak bengang internet lembap...

kalau internet tu dah rasa lebab maybe adalah orang yang tengah ambil kesempatan kat wifi korang...

Ok.. sekarang saya nk tunjukkan cara2 check siapa yang sedang menggunakan wifi anda...

kalau nk usha sape yg guna wifi korang guna wirless network watcher... (nk watcher sahaja x boleh kill) download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Information/Wireless-Network-Watcher.shtml

nak senang guna netcut:.. boleh watch & kill... download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Monitoring/netcut.shtml

Cara2...

1. download netcut.
2. install
3. buka netcut yg telah diinstall (kalau windows vista & 7 rightclick padanya & run administrator)
4. perhatikan pd HostName.., jika ada nama komputer yg tidak dikenali atau disyaki jiran anda yg curi klik pdnya... kemudian klik cut off.. icon pd komputer yg anda block itu akan bertukar jd merah seperti langkah 5.

5. sekarang anda dah block komputer tersebut dari akses wifi anda...

6. untuk unblock balik.. klik Resume


kalau wifi korang lebab, check tak de sape yg curi.. itu kne call TM or sewktu dgnnya..



Tuesday, 8 January 2013

TM Menawarkan Pakej RM160 Untuk Streamyx 8Mbps

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

berita baik kepada pengguna internet yang sedang mencari perkhidmatan internet yang terbaek.
baru-baru ini telekom malaysia telah melancarkan & menyediakan pakej internet 8mbps dengan pembayaran bulanan RM160.

Sebelum ini TM hanya menyediakan 1mbps, 2mbps & maximum hanya 4mbps sahaja.. mulai tahun ini tm telah memperkenalkan perkhidmatan 8mbps dimana akan memuaskan lagi pengguna internet terutama pengguna yang gemar aktiviti download & tidak mahu slow semasa load page..

tujuan sebegini sebernya untuk memuaskan pelanggan dalam kerja2 berinternet supaya memprolehi kelajuan yang semakin lama semakin tinggi mengikut peredaran zaman. ianya juga untuk membantu projek Unifi yang memakan masa lama untuk memperluaskan ke semua lokasi.

seperti pengguna streamyx yang lain walaupun kelajuan downloadnya 4mbps atau 8mbps, berkemungkinan besar untuk 8mbps ini jumlah kelajuan upload sama juga dengan pakej yang terdahulu. jika speed download mencecah 8mbps, mungkin upload speed 0.50.. saya tak berapa pasti untuk pakej 8mbps yg baru ini tetapi itu lah yang saya alami sbb saya pengguna streamyx 4mbps...

sesiapa yang berminat boleh dptkan & naik taraf perkhidmatan streamyx ke 8mbps.
link http://streamyx.com/ap/personal/internet/Pages/broadband1.aspx

sila share artikel ini.. 

Thursday, 17 November 2011

Kelajuan internet yang sesuai untuk anda

entah macam mana saya boleh terfikir nak post entri bertajuk sedemikian yang berkaitan dengan kelajuan internet yang sesuai digunakan mengikut kerja2 & tujuan penggunaan internet...

ada beberapa jenis bahagian dalam penggunaan internet dalam semua jumlah pengguna mengikut tujuan atau kerja yang dilakukan setiap hari apabila menggunakannya.
jenis tujuan tersebut mungkin tak semua terlibat disebabkan internet ini adalah segala gala dan hanya dihujung jari boleh memperolehi maklumat yang begitu diperlukan dan mungkin juga ianya berharga.

Kelajuan internet memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis tujuan penggunaan internet contohnya mononton movie, downloader, uploader, online facebook atau lain2 laman sosial...

Untuk pengguna yang suka berlaman sosial.
kelajuan untuk individu yang suka akses laman sosial dan berkomunikasi dengan rakan2 hanya perlu dapatkan kelajuan internet yang biasa dan tidak terlalu laju.. kerana untuk browse page/halaman laman sosial sudah memang memadai jika menggunakan kelajuan yang biasa. kelajuan yang disarankan 256kbps / 512kbps / 1Mbps...


Untuk pengguna yang suka berblogging atau pembaca blog.
invidu yang suka berblogging dan boleh dikatakan hampir 80% tujuannya berinternet hanya untuk blogging boleh dptkan kelajuan internet yang biasa juga tapi up sikit dari yg atas tu disebabkan para blogger akan buka tab banyak2 untuk blogwalking blog ke blog.... kelajuan yang disarankan 1Mbps - 2Mbps.. kalau nk lagi cool up sikit ke 3...



Untuk wifi di restoran.
sekarang ni dah banyak restoran sediakan wifi untuk tarik pelanggan. tak kira kedai mamak, melayu dan sebagainya,. disebabkan dunia sedang membangun disebabkan technology yg merebak rebak skrg.
kelajuan yang diperlukan untuk dipasang pada restoran seelok eloknya 4Mbps Keatas. ini kerana pengguna wifi yang online dekat restoran anda bukannya jumlah yang sedikit tetapi mungkin banyak dan akan menggangu pengguna lain yang sedang menggunakan wifi restoran anda. kira mcm makin banyak pengguna makin lembab la internet restoran anda. buatnya kalau salah sorang dari pengguna tu download file lps tu pakai idm,, mmg yg lain tak merasa la nak online laju2...


Untuk huburan dirumah (youtube, download muzik, muzik video)
untuk pengguna sebegini pula ianya memerlukan tahap kelajuan internet yang agak memuaskan dan boleh dikatakan lancar ketika menikmati hiburan secara online mahu pun memuat turun file hiburan tersebut...
kelajuan yang disarankan 2Mbps - 4Mbps or lebih sikit... kalau kat rumah anda ada share internet 2-3 orang lebih baik upkan sikit dari 2Mbps..









Untuk para Downloader & Uploader..
untuk individu yang jenis suka mcm ni boleh dptkan internet yang berkelajuan sederhana tinggi dan jika nak lagi best ambil yang berkelujuan tinggi... untuk para downloader 5Mbps - 20Mbps or lebih lg. manakala untuk uploader 5Mbps - 20Mbps dan pastikan juga kelajuan upload dan download adalah lebih kurang sama. kalau download speed 5Mbps upload pula 1Mbps tak guna jugak...




itu sahaja yang dpt saya share... kalau ada lagi selain kat atas tu sila komen.... :)



Wednesday, 2 November 2011

Tingkatkan Signal Wifi menggunakan Tin Minuman

cara amat pelik tapi mungkin berkesan setelah dicuba... ini akan membuatkan signal wifi anda full & boleh digunakan pada jarak yang jauh berbanding jarak sebelum ini hanya beberapa meter sahaja..  tp ianya mungkin  berkesan & anda akan dpt tengok perbezaan dari  sebelum ini
































Saturday, 19 June 2010

modem CDMA



Perbezaan utama antara modem Hayes standard dan modem CDMA adalah bahawa modem Hayes menghantar dan menerima data melalui jalur telefon tetap sedangkan modem CDMA menghantar dan menerima data melalui gelombang radio.

Sekilas modem CDMA Pengenalan Modem CDMA modem wayarles yang bekerja dengan rangkaian CDMA. Modem wayarles berperilaku seperti modem Hayes dial-up yang serasi. Modem CDMA boleh unit luaran atau kad PCMCIA (juga disebut PC Card). CDMA modem luaran disambungkan ke PC melalui kabel siri, kabel USB, Bluetooth, atau Inframerah. Tidak seperti modem GSM, modem CDMA dan telefon tidak memerlukan kad SIM dari pembekal wayarles untuk beroperasi. modem CDMA dihidupkan oleh rangkaian selepas anda melanggan kepada pembekal khidmat CDMA.
menggunakan PC AT arahan untuk mengawal modem. modem CDMA dan normal Hayes modem sokongan seperangkat perintah AT. Anda boleh menggunakan modem CDMA hanya seperti Hayes modem yang serasi. modem CDMA menyokong set perintah AT diperpanjang, perlu diketahui bahawa tidak semua modem CDMA menggunakan arahan yang sama untuk menghantar SMS! Perintah AT ini diperpanjang ditakrifkan dalam standard CDMA. Dengan perintah AT diperpanjang, anda boleh melakukan hal-hal seperti: Membaca, menulis dan memadam mesej SMS. Kirim pesan SMS. Memantau kekuatan isyarat. Monitor status pengisian dan tahap pengecasan bateri. Membaca, menulis dan searche entri buku telefon. Jumlah mesej SMS yang boleh diproses oleh modem CDMA cukup rendah, kira-kira enam mesej per minit.