Showing posts with label Theme. Show all posts
Showing posts with label Theme. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Asas Dalam Mencipta Banner Blog/Web (Photoshop)


Banner adalah sesuatu yang penting untuk memaparkan sesuatu tajuk dengan lebih jelas bagi mempelbagaikan logo atau tema sesuatu tujuan memberi tahu pengunjung tentang blog tersebut.

Asas kepada proses pembinaan banner blog yang pereka perlukan adalah perisian yang sesuai seperti photoshop oleh kerana saya biasa dengan perisian tersebut malah saya terangkannya merujuk kepada perisian berikut mungkin untuk lebih penjalasan atau permudahkan saya memberi penjelasan.

1. Mencipta saiz sebelum memulakan teknik2 penghasilan banner dalam photoshop untuk menentukan saiz banner yang dikehendaki.
kebiasaan banner bersaiz 960x150 atau 960x200 atau mengikut kesesuan saiz yang diperlukan laman utama blog/web.

pada menu "file>new>" anda boleh mencipta ruangan & menentukan saiz image bagi banner anda.
Dengan mengguna fungsi transparent, latar belakang banner anda akan ditentukan sendiri dimana anda letakkan banner anda. jika anda tidak mahu transparent, anda boleh ubahnya kpd white & ubahnya kepada background yang anda suka. tp dalam rajah saya menghidupkan transparent.




2. selepas sahaja saiz sudah dicipta, anda perlu menambah apa2 lapisan/layer seperti text atau object lain seperti gambar transparent.
dlm gambar dibawah saya mulakan dengan text.

3. Ubah kesan text dengan fungsi blending options.. untuk menghidupkan blending options anda hanya perlu doubleclick pada layer text & muncul tetingkap tetapan kesan bagi text anda.

menambah kesan bayang pada text. tetapan selebihnya bagi kesan bayang anda boleh ubahnya dibahagian tetapan disebelah kanan. 

menambah kesan kecerunan atau kesan imbangan bagi nama lain. pernampakkan text anda berkilat dan mempunyai tone gelap ke cerah atau pembahagi cahaya.

4. Menambah image.png transparent pada banner dengan hanya mengimport masuk ke dalam photoshop kemudian menggunakan move tool anda boleh tampalnya pada banner anda.

memindahkan untuk ditampal pada banner anda menggunakan move tool.


setelah kerja2 penghasilan banner blog anda menggunakan photoshop selesai, perkara yang paling penting adalah simpan//save gambar banner anda mengikut format file yang sesuai. jika image anda adalah transparent seperti dalam rajah yang saya buat, anda perlu save dalam format PNG & jika tiada transparent anda boleh menggunakan format file yang sesuai seperti jpeg & png pun boleh untuk kualiti yg lebih baik.

setakat ini sahaja asas dalam mencipta banner blog yang saya boleh kongsikan & ini juga adalah asas kepada cara-cara menggunakan adobe photoshop yang mesti anda perlu tahu untuk penggunaan yang membabitkan imej digital.

Wednesday, 9 January 2013

All CPU Meter Gadget Windows muncul versi terkini


Assalamualaikum & salam 1 malaysia..

Dengan ini GADGET ALL CPU meter anda boleh memaparkan jumlah penggunaan pemproses dalam peratusan, kelajuan jam pemproses, nama pemproses, memaparkan semua teras penggunaan pemproses dalam peratusan dengan warna yang berbeza.

Menyokong sehingga 2 pemproses dan sehingga kepada 16 teras ada termasuk 16 teras, dua belas teras, lapan teras, enam teras, teras quad, tiga teras, dual core dan teras tunggal.

Bagi teras pemproses suhu dan ciri suhu CPU memberi amaran kpd anda untuk menjalankan PC Meter atau CoreTemp permohonan di latar belakang untuk menunjukkan suhu.
Bagi RAM (Random Access Memory) ia boleh memaparkan, percuma, jumlah penggunaan dalam MB (megabytes) dan juga jumlah penggunaan di bar dan peratusan. Bagi graf ia boleh memaparkan semua teras penggunaan pemproses dan penggunaan RAM dengan melukis gaya selaras atau dipenuhi.

Bagi ciri-ciri flyout anda perlu klik pada ikon (Intel, AMD atau CPU) atau klik pada tajuk (Penggunaan CPU) untuk menunjukkan maklumat. Terdapat banyak pemproses maklumat yang dimasukkan (pengilang, nama pemproses, Caption, pemproses Id,  kelajuan jam, saiz cache L2, saiz cache L3, voltan semasa, bilangan teras dan bilangan pemproses logik) , sistem operasi (nama OS, CSD versi, versi OS, nombor siri, tarikh pemasangan, beberapa proses, bilangan pengguna OS seni bina dan), Base Board (pengilang, produk dan nombor bersiri), BIOS (nama pengeluar BIOS, versi BIOS, tarikh pembebasan dan nombor siri) dan Sistem Komputer (pengilang, model dan jenis sistem).

anda boleg download all cpu meter gadget untuk windows disini http://addgadgets.com
(tersedia untuk edisi windows 8)

sumber rujukan: addgadgets.com (laman rasmi all cpu meter)

Friday, 14 December 2012

Kembalikan Start Menu Windows 8 dengan StartMenu8 & start8

Assalamualaikum & salam 1 malaysia...

Ramai pengguna windows 8 merungut dengan penghapusan start menu pada windows 8 dan digantikan dengan paparan start menu berkonsepkan tablet iaitu metro UI...
Rungutan ini timbul sejak microsoft melancarkan windows 8 versi preview lagi dan sampai lah sekarang..

namun begitu dengan penghapusan start menu pada windows 8 ini, ada juga pihak yang sering berpuas hati dengan paparan start menu metro ui ini kerana antara mukanya nampak lebih moden dan berdaya maju..

tetapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya...
jadi, bagi pengguna windows 8 yang mahukan fungsi start menu seperti windows 7 semula...
anda boleh gunakan perisian tersebut:

StartMenu8: dari IObit...
http://www.iobit.com/iobitstartmenu8.php


Start8 - *berbayar
http://www.stardock.com/products/start8/index.asp

Sunday, 27 May 2012

RockMelt Browser lebih sesuai untuk Blogging & Laman Sosial

salamsejahtera & salam 1malaysia...

Seperti mana yang telah diketahui rockmelt adalah browser yang dicipta lebih kepada laman sosial, link, share, bookmark, update status & macam2 lagi shortcut mudah... mudah difahamkan rockmelt ini permudahkan korang mengendali laman sosial seperti facebook dan twitter serta tidak lupa juga kepada berblogging...

saya sarankan kepada blogger2 untuk menggunakan browser ini kerana terdapat banyak faedah yang mempermudahkan anda dalam kerja2 yang membabitkan blogging, entri & sebagainya..

ok. kpd blogger2 semestinya ada menyimpan bookmark untuk ping entri dan altenatif untuk menyebarkan entri blog, dengan rockmelt anda boleh import bookmark web dari google chrome dan yang paling special ianya boleh dipaparkan pada komputer lain dengan melalui account facebook anda. bermakna anda menggunakan rockmelt atas nama account facebook anda. jika anda login rockmelt pada komputer lain maka terpaparlah segala bookmark yang anda simpan, themes & edge yang kat tepi2 tu. kaedah ini akan menyelamatkan bookmark anda dari hilang walaupun anda format komputer anda kemudian anda install semula rockmelt & login fb anda pada rockmelt semua data2 rockmelt anda terselamat.

dengan fungsi edge disebalah kiri rockmelt anda boleh mark laman web untuk mengetahui update web tersebut dengan menyatakan feed url atau link web serta ianya automatik memberi anda pilihan untuk anda tanda jika anda buka facebook.com, twitter dan sebagainya. anda akan dapat lihat newsfeed dari facebook & post2 dari twiiter serta boleh update melalui rockmelt dan post facebook anda akan ditanda dengan "via rockmelt"

fungsi chat facebook disediakan pada rockmelt membuatkan anda lebih mudah untuk explor web lain tanpa membuat tab khas untuk facebook jika berkomunikasi dengan rakan melalui fb chat. fb chat disediakan disebelah kanan rockmelt. walaupun anda sedang melayari web lain tanpa buka facebook.com, anda tetap boleh berkomunikasi secara chat dengan rakan fb anda dan rakan anda sentiasa boleh berhubung dengan anda selagi chat pada rockmelt tidak di offkan dan rockmelt tidak "close" selagi tu la chat anda berstatus online.

fungsi share sesuatu difacebook dengan mudah seperti link web & lirik, text dan sebagainya dengan bberapa klik sahaja boleh share pd rakan2 difacebook contohnya seperti link web atau entri blog yang hendak dikongsikan di facebook, anda hanya perlu rightklik pada text yg berlink tersebut dan klik share link kemudian muncul tetingkap untuk anda olah huraian untuk sebelum anda post di facebook.


turut juga fungsi share text secara highlight contohnya anda mahu kongsikan perkataan pd facebook tanpa copy paste, dan dengan rockmelt anda hanya perlu highlight pd text yg nak dikongsikan kemudian rightklik seterusnya klik share text.


Notification facebook dipaparkan pada rockmelt walaupun anda sedang layari laman web lain tetapi bukan facebook.com begitu juga notis paparan mesej baru dan notis tambah kenalan facebook.

fungsi gmail edge pada sebelah kiri rockmelt juga permudahkan anda ketahui notis2 dan mesej2 baru yang masuk ke email anda dan yangpaling menarik email tersebut disimpan data loginnya dan anda boleg setkan edge email dengan banyak. data login yg disimpan hanya pada komputer yg anda login dan tidak kpd komputer lain. jika untuk komputer lain anda perlu login semula. (email hanya untuk perkhidmatan gmail)

themes boleh menggunakan theme dari google chrome kerana rockmelt ini adalah dibina dari chromium dimana sumbernya sama dengan google chrome tetapi telah diubah menjadi rockmelt dan rockmelt ini dibawah chromium. turut juga apps2 lain untuk google chrome seperti extension dan sebagainya boleh di pasang pada rockmelt.

anda jangan risau, settingnya sama seperti google chrome dan begitu juga fungsi lain seperti bookmark dan inspect element. cuma ada tambahan dari segi fungsi dari rockmelt sendiri yang dibina dan direka khas untuk permudahkan social network.

kalau nak tau tahap mana hebatnya rockmelt ini anda sepatutnya kena cuba terlebih dahulu baru boleh membuat penilaian. mungkin juga ada sesetengah yang tak suka tetapi mejoriti apa yang saya lihat skrg ni ramai yang bagi komen yang baik terhadap rockmelt browser ini. jadi jgn tunggu lagi, cubalah sekrg.
download sini http://www.rockmelt.com/

kata admin khairil: tak sentuh tak rasa.

Saturday, 3 March 2012

Tutorial Buat Folder Berwarna



salamsejahtera dan salam 1 malaysia...

tutorial kali ini adalah berkaitan dengan folder...
dimana ada perisian yang boleh mempelbagaikan warna folder windows anda kepada warna yang anda suka dan boleh menetapkan dengan tetapan tone2 warna yang disediakan serta boleh disimpan dan dinamakan warna tersebut...~

dengan perubahan ini kdg2 boleh membantu anda untuk membezakan folder tambahan pula document dlm laptop/pc anda terlalu serabut sehinggakan tak dapat nak cari sesuatu folder sedangkan ada didepan mata... dengan cara warnakan folder ini anda dpt membezakan dan permudahkan anda tertumpu pd folder tersebut...

tutorial kali ini menggunakan perisian Folder Colourizer..
anda tidak perlu risau kerana perisian ini menyokong/serasi dengan windows xp, vista seven mahupun windows 8 beta...


cara2:

1. Download dan install folder colourizer: http://softorino.com/
2. pergi ke folder yg nk dicolourkan tu...

3. rightclick pada folder... pada colourize!, pilih colour yg anda suka~

4. kemudian ada muncul free activation~,,,.. masukkan email anda dan klik free activation...
5. sekarang!,,, refresh document tersebut...dan lihat hasilnya~

sekarang folder dah bertukar warna.. anda boleh ubah folder lain dengan pelbagai warna..


Thursday, 16 February 2012

Buat Firefox Kelihatan Seperti Chrome


salam sejahtera dan salam 1 malaysia... :D

tutorial kali ini cara2 mengubah theme firefox dan mempernampakkan firefox seperti google chrome dengan plugin/theme yang saya nak share ni..
korang boleh search plugin2 ini pegi kat "add-on" & pilih kategori theme.

atau korang boleh terus dapatkan plugin FXChrome kat sini: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/fxchrome/ (pastikan guna firefox untuk buka link ini.)
klik "add to firefox" kemudian restart firefox anda...

selamat mencuba....


Sunday, 22 January 2012

Buat Windows 7 Kelihatan seperti iOS5



Salamsejahtera & salam 1malaysia...

Adakah anda tahu apa itu iOS? adakah anda pernah menggunakannya...
tak kira lah sekarang ni sama ada anda tahu atau pon tak, iOS adalah System operasi bagi gadget iPhone, iPad dimana ianya hanya ada pada produk apple...
yang menariknya antaramuka ios ini amat menarik pada iphone & ipad lebih2 lagi dengan kualiti screen HD...

Tidak kurang hebatnya jika Windows 7 anda kelihatan seperti iOS5...
ok.. sekarang saya tunjukkan cara2 nak buat windoows 7 kelihatan seperti ios..

Pertama anda perlu download iOS SKIN PACK http://freebiesbuzz.com/free-download-ios-skin-pack-for-windows-7-32-bit-and-64-bit/
Dimana software ini akan mengubah semua style windows 7 anda menjadi kelihatan seperti iOS.. fungsinya sehingga mengubah paparan booting apple, wallpaper desktop, bunyi startup, shudown, icon, animation icon (rocketdock), taskbar, kedudukan taskbar kpd top, & mcm2 lagi...

1. anda hanya perlu download & install.. sekiranya anda menggunakan windows 7 64bit download yg 64bit.. jika 32bit download yg 32bit punya... cara nk tahu 64 or 32.. rightclick kt mycomputer & properties perhatikan pd system type...


Jika ianya tidak memuaskan bagi anda.. anda jgn risau, tetapan windows anda boleh dikembalikan kpd yang asal dengan hanya uninstall semula iOS SKIN PACK tersebut pd control panel> program and feature>cari iOS5 SKIN PACK...

Saturday, 20 August 2011

Enable Aero pada Windows 7 Strater


Windows 7 starter adalah edisi sistem operasi windows 7 yang paling terhad berbanding banyak2 edisi windows 7 yang lain seperti home premium, professional & ultimate...
Seperti yang anda semua tahu ianya terhad dari segi fungsi hiasannya seperti desktop, personalize & lain... kelebihannya hanya kepada presrtasinya yang sesuai dengan semua jenis komputer sama ada komputer lama & yang baru... tetapi penggunanya masih merungut dengan had yang diberi seperti tak boleh tukar backgorund, theme serta semua fungsi aero tak diperolehnya...

sebelum ini saya ada juga menunjukkan cara2 nak tukar background pada windows starter tetapi kali ini amat special kerana windows 7 starter anda kelihatan seperti edisi home premium dan yang keatas...
anda hanya perlu enable/aktifkan fungsi aero dengan menggunakan perisian WinAero... Download winaero disini..

Wednesday, 27 July 2011

14 Harry Potter 7 Part 2 Wallpaper 1920x1200 (HD)

Harry Potter adalah filem paling gempak dan terpanjang sirinya berbanding filem2 lain dan ia sangat digemari ramai dengan aksinya dan jalan ceritanya yang menarik... walaupun saya tak tengok sangat siri2 yang sebelum ini tetapi dengan adanya harry potter 7 part 1 saya mula faham penjelasan tentang harry potter diceritakan dalam harry potter 7 part1 dan bermula lah aksi yang lebih mencabar pada harry potter 7 part 2 dimana ianya berusaha untuk mencapai sesuatu walaupun harry hampir mati.....

kalau yang belum tengok silakan lah tengok dan siapa yang dah tu, tengok la bnyak2 kali...

ok sekarang saya nak share koleksi wallpaper harry potter 7 berformatkan JPG dengan kualiti gambarnya yang tinggi hd (1920x1200) Dimana ianya sesuai untuk screen lebar (widescreen) kalau yang screen biasa tu pandai2 lah crop...  DOWNLOAD DISNI KOLEKSI WALLPAPER HARRY POTTER 7 HD.. (fail ini dalam bentuk zip dimana anda perlu extract)

Harry Potter
Untuk Theme Harry potter 7 bagi pengguna Windows 7 DOWNLOAD SINI (enjoy!!)

Tuesday, 10 May 2011

Buat Windows 7 Kelihatan Seperti Windows XP :D

Windows xp adalah OS dalam keluarga windows yang paling popular sejak kemunculannya dulu sekitar 2001 sehingga sebelum Windows Vista dan windows 7 yang popular sekarang dengan kecekapannya dan dari paparannya menarik dan mempunyai fungsi Aero...

Windows xp bertahan begitu lama berbanding windows yang lain sebelumnya.. kerana windows xp kurang mendapat rungutan daripada penggunanya...

ok.. sebelum saya merepek.. lebih baik saya teruskan mengikut tajuk yang sebenarnya... kepada sesiapa pengguna windows 7 yang teringin atau rindukan paparan windows xp, disini saya nak kongsikan cara2 nak buat windows 7 anda nampak seperti windows xp... jangan risau.. ini just tema/theme je.. function dia tetap windows 7.. hanya paparan sahaja seperti windows xp...

cara-caranya:
pertama sekali anda kene patch theme windows 7 anda menggunakan universal theme patcher...
download kat sini Universal theme patch.. http://www.mediafire.com/?f99oxjnad8x0cuq

cara guna Universal theme patch...
1. download.. link kat atas tu..
2. extract file yg telah didownload tu...
3. lepas da extract, buka fail yg telah diextract tadi, kemudain ada dua aplikasi Universal theme patcher iaitu Universal theme patcher x64 & Universal theme patcher x86... jika Windows 7 anda 64bit pilih yg Universal theme patcher x64, jika Windows 7 anda 32bit, pilih yang Universal theme patcher x86
- untuk mengetahui windows anda 64bit atau 32bit, rightclick pada my computer, klik properties, kemudian perhatikan system type dan disitu ada tulis sama ada 32bit atau 64bit..

4. ok.. lepas tu right click pada Universal theme patcher mengikut bit windows anda.. mcm saya, saya pilih x64 sbb saya guna windows 7 64bit...
right click & klik run as administrator 
5. kemudian paparan seperti gambar dibawah akan muncul.. klik OK
6. Lepas tu klik Yes
7. kemudian paparan Universal theme patcher akan muncul...seperti gambar dibawah.. klik pada ketiga - tiga button Patch itu...
 8. paparan seperti dibawah akan muncul... klik Yes dan kemudian windows anda akan restart sendiri untuk proses reboot...

Sesudah komputer anda restart..,, download theme ini... http://www.mediafire.com/?pvi12gtvtqghdc4
extract fail yg dah didownload itu...,,
kemudian pergi ke fail yg telah di extract tu..,, masuk ke folder theme

kemudian copy kesemua file yg ada dalam folder theme tersebut...
lepas itu pergi ke my computer, Masuk partition C:, Windows, masuk Resource, masuk Theme kemudian rightclick dan paste kedalam folder theme tersebut....
kemudian klik pada Luna Aero untuk menjalankan Theme tersebut.... lps tu tunggu loading...
dan sekarang windows 7 anda nampak mcm windows xp... tetapi just paparan je.. fungsi2 tetapan dan ciri2 semua tu tetap windows 7... kalau nak tukar balik kpd yg asal pon boleh... slamat mencuba~~~

Sunday, 3 April 2011

Tukar Background Welcome/Logon Windows 7

logon screen / welcome

apa yang dimaksudkan dengan log on adalah gambar latar dimana ia muncul apabila anda on komputer anda dan muncul paparan WELCOME.,.. dan mempunyai background semasa welcome iaitu warna biru.. dan background itu sebenarnya boleh ditukar dengan pelbagai gambar lain yang anda suka... 
saya sendiri dah mencuba menukarkannya sebab saya terlalu bosan dengan latar yang berwarna biru.. sakit mata tengok warna / latar yang sama...

ok.. untuk menukarkan latar/background logon/welcome ini anda mestilah perlukan perisian logon changer dimana perisian yang saya nak share ini sememangnya cukup popular sejak ini.. dan fungsi dan paparan nya amat mudah dugunakan.. tidak membebankan ruangan cakera keras anda... dan ia seolah-olah portable.. tidak perlu install.. hanya download dan terus guna.. dan boleh copy paste share dengan rakan serta jalankan pada storan data mudah alih atau pendrive...

ok.. cara penggunaan..
cara nya amat mudah hanya beberapa klik sahaja...

step pertama yg perlu anda ikut adalah... download perisian yg saya katakan tadi.. tweaks.com logon changer for windows 7.. klik download

2. perisian ini disediakan dalam Zip.. anda perlu extract file yang didownload itu..
3. bile da extract, pergi lokasi dimana anda extract file logon changer td,.. 
4. apabila da buka/jalankan perisian tweakslogon, paparan akan keluar dan anda perlu klik change logon screen
5. Pilih gambar yang nak dijadikan logon/welcome background..
 6. apabila da pilih.. paparan seperti ganbar dibawah akan keluar.. 
7. klik YES...
8. klik OK..
9. sekarang latar belakang logon/welcome windows 7 anda sudah bertukar kpd gambar yg anda pilih td..
untuk memastikan hasil kerja yang anda buat td berjaya, sila klik test..
ape mcm? ok tak? cun en...
kalau berhasil sila komen, kalau x berhasil komen jugak :D
Selamat mencuba.. teruskan baca artikel2 bual komputer...

Friday, 25 March 2011

Download Theme untuk Firefox


Firefox 4 mempunyai penampilan baru yg nampak lebih cantik berbanding versi sebelumnya... dan ia boleh lebih kelihatan cantik apabila anda menetapkan personas/background dan theme untuk firefox 4 anda...

kepada sesiapa yang belum dptkan firefox 4, klik sini..
atau update...

ok.. disini saya nak share theme2 n background2 yang cantik2 & best2... korang tapk payah bersusah payah nak search kat google, korang hanya perlu ke satu laman web ni untuk memilih theme dan terus install theme tersebut pada firefox anda...
 laman web ini adalah laman web rasmi firefox sendiri dan ramai yang tercari cari theme & personas yg boleh dipilih.. ia selalunya disediakan pada bahagian add-on dan anda perlu pilih theme / personas untuk firefox..

dilaman firefox itu sudah mmg tersedia theme2 yg menarik dan boleh katakan jumlah yg agak bnyak jugak.. cuma korang kene cari & cari atau klik terus kt pilihan kategori mengikut kehendak anda...
Firefox Personas

ok.. lagi satu yang nak diterangkan.., beza personas firefox dan theme firefox adalah, personas adalah mengubah latar belakang atau tab, toolbar, menu diatas dengan gamabr2 yg disediakan.. malah anda boleh letak gmbar anda sendiri (upload) tp kene register dulu la..

Firefox Themes
yg theme pulak ia mengubah latar serta kedudukan dan corak atau jenis menu, tab, close, toolbar firefox anda dgn lebih cantik mengikut theme yg anda pilih...

Untuk download Personas/background untuk firefox.. klik sini..
Untuk download Theme firefox.. klik sini..