Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Asas Dalam Mencipta Banner Blog/Web (Photoshop)


Banner adalah sesuatu yang penting untuk memaparkan sesuatu tajuk dengan lebih jelas bagi mempelbagaikan logo atau tema sesuatu tujuan memberi tahu pengunjung tentang blog tersebut.

Asas kepada proses pembinaan banner blog yang pereka perlukan adalah perisian yang sesuai seperti photoshop oleh kerana saya biasa dengan perisian tersebut malah saya terangkannya merujuk kepada perisian berikut mungkin untuk lebih penjalasan atau permudahkan saya memberi penjelasan.

1. Mencipta saiz sebelum memulakan teknik2 penghasilan banner dalam photoshop untuk menentukan saiz banner yang dikehendaki.
kebiasaan banner bersaiz 960x150 atau 960x200 atau mengikut kesesuan saiz yang diperlukan laman utama blog/web.

pada menu "file>new>" anda boleh mencipta ruangan & menentukan saiz image bagi banner anda.
Dengan mengguna fungsi transparent, latar belakang banner anda akan ditentukan sendiri dimana anda letakkan banner anda. jika anda tidak mahu transparent, anda boleh ubahnya kpd white & ubahnya kepada background yang anda suka. tp dalam rajah saya menghidupkan transparent.




2. selepas sahaja saiz sudah dicipta, anda perlu menambah apa2 lapisan/layer seperti text atau object lain seperti gambar transparent.
dlm gambar dibawah saya mulakan dengan text.

3. Ubah kesan text dengan fungsi blending options.. untuk menghidupkan blending options anda hanya perlu doubleclick pada layer text & muncul tetingkap tetapan kesan bagi text anda.

menambah kesan bayang pada text. tetapan selebihnya bagi kesan bayang anda boleh ubahnya dibahagian tetapan disebelah kanan. 

menambah kesan kecerunan atau kesan imbangan bagi nama lain. pernampakkan text anda berkilat dan mempunyai tone gelap ke cerah atau pembahagi cahaya.

4. Menambah image.png transparent pada banner dengan hanya mengimport masuk ke dalam photoshop kemudian menggunakan move tool anda boleh tampalnya pada banner anda.

memindahkan untuk ditampal pada banner anda menggunakan move tool.


setelah kerja2 penghasilan banner blog anda menggunakan photoshop selesai, perkara yang paling penting adalah simpan//save gambar banner anda mengikut format file yang sesuai. jika image anda adalah transparent seperti dalam rajah yang saya buat, anda perlu save dalam format PNG & jika tiada transparent anda boleh menggunakan format file yang sesuai seperti jpeg & png pun boleh untuk kualiti yg lebih baik.

setakat ini sahaja asas dalam mencipta banner blog yang saya boleh kongsikan & ini juga adalah asas kepada cara-cara menggunakan adobe photoshop yang mesti anda perlu tahu untuk penggunaan yang membabitkan imej digital.

Saturday, 13 April 2013

Button Savior untuk Android seperti ada pada iOS



penggunaan button savior ini sebenarnya adalah didatangkan oleh ios kerana mendapat banyak rungutan orang ramai terutama kepada pengguna iphone, ipad yang mempunyai home button yang bermasalah.
antara sebab permasalahan tersebut adalah pengguna perlu menekannya dengan agak kuat untuk mendapatkan respon atau home button tersebut langsung rosak.


dengan adanya home button savior, pengguna dapat menjimatkan kadar pengguna home button pada iphone atau ipad supaya ianya tidak berlaku rosak dimasa akan datang.

kini pengguna android juga boleh merasi button savior untuk telefon pintar android anda untuk bertujuan sedemikian walaupun telefon anda dijamin button nya tidak berlaku apa-apa masalah pada masa akan dtg.



Thursday, 14 March 2013

Perkhidmatan Repair Smartphone/Gadget Di Kedai Mamak[GLOBAL FIX]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... amacam smua sihat ? kepada  soalan2 yang ada dlm facebook tu yg kami tak jawab harap maaf kerana kami terlalu sibuk dengan perkara2 tertentu.Baiklah, kalini admin nak post pasal repairing phone atau gadget di kedai MAMAK.PELIK ? haa, ni lah keunikan group GLOBAL FIX GENERATION... mereka ni membaiki gadjet2 pelanggan di kedai mamak je atau erti kata lain SERVIS GADGET BERGERAK.Tetapi mereka menumpukan servis mereka lebih kepada Blackberry dan iDevice(apple product)
GLOBAL FIX GENERATION

kalau korang repair smartphone korang dekat global fix ni admin rasa lebih ok berbanding repair di kedai2 biasa,kerana GLOBAL FIX ni akan repair smartphone korang depan mata korang sendiri.. so diorang akan tunjuk ape yang rosak... ape yg kena ganti jadi customer akan lebih yakin lah kan.Lagipun tiada penipuan alat ganti apabila mereka deal dengan customer mereka dan dalam pada masa yang sama mereka ini turut menjual aksesori smartphone/gadget dan power bank(PENYIMPAN KUASA).
Boleh yakin ke diorang ni ? ya, telah ramai customer mereka memberi komen positif serta pihak akhbar UTUSAN MALAYSIA pernah menemubual mereka ni.

keratan akhbar utusan
keratan akhbar utusan
GLOBAL FIX ini diketuai oleh dua orang pakar GADGET iaitu JACK IZUMI FIX dan FENDY FIX turut juga disertakan ahli2 GLOBAL FIX itu sendiri
JACK IZUMI FIX
FENDY FIX

        Antara gambar2  kerja GLOBAL FIX
(klik gambar untuk lebih jelas)



GLOBAL FIX ni sering mengadakan roadtour atau erti kata lain menjelajah dari negeri ke negeri.
Jadi,kepada sesiapa yang ingin bertemu mereka semaklah jadual roadtour mereka atau kenalah tanya mereka dimana.. hehehe


                                                 BASIC INFO OF GLOBAL FIX


Tuesday, 5 February 2013

Letak Subtitle Pada Video Secara Kekal

assalamualaikum..

kali ini saya akan kongsikan sedikit tip dan cara untuk menampal atau meletakkan subtitile video atau movie secara kekal semasa dimainkan pada apa2 media player.

tutorial ini adalah tutorial meletakkan subtitile secara kekal dan bukannya menyediakan fungsi untuk menutup dan membuka semula subtitile. dengan cara yang saya akan tunjukkan ini, subtitile yang anda letakkan pada videio itu adalah kekal (tidak boleh off)

caranya menggunakan Freemake Video Converter.

1. Download & install free make video converter: http://www.freemake.com/free_video_converter/
2. jalankan program Freemake video converter tersebut.
3. add video yang anda mahu letakkan subtitilenya.
4. klik pada ruangan subtitile

5. pilih file subtitile video tersebut..

6. kemudian pilih format video.. kebiasaannya saya akan pilih mp4..

7. pilih same as source untuk kualiti video asal..

8. pilih lokasi folder untuk meletakkan video yg diconvert tu.

9. akhir sekali klik convert.. tunggu proses convert anda selesai dan boleh view terus video. masa yang diambil dalam proses convert bergantung kepada kualiti & duration video.

www.bualkomputer.com

Monday, 28 January 2013

Aplikasi Rakam Perbualan Telefon (Android)

Dalam perbualan telefon berkemungkinan ada sesuatu maklumat yang perlu kita buat salinan untuk tujuan sesuatu dimana boleh kita jadikan rujukan semula dalam sesuautu hal. Boleh juga untuk dijadikan bahan bukti untuk sesuatu perbualan atau pengesahan yang diputuskan melalui percakapan dalam telefon.


dengan adanya Auto Call Recorder, anda boleh gunakannya untuk merakam suara perbualan semasa anda bercakap dengan sesiapa yang anda sedang membuat panggilan.

anda boleh muat turun aplikasi auto call recorder ini dihalaman google play store (android).
aplikasi ini juga akan secara automatik merakam perbualan telefon setiap kali anda membuat panggilan atau menerima panggilan sekali pun.

Download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.appstar.callrecorder&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwyLDEsImNvbS5hcHBzdGFyLmNhbGxyZWNvcmRlciJd

Sunday, 20 January 2013

Senarai Blog Komputer/IT Bahasa Melayu 2013

assalamualaikum & salamsejahtera..

makin canggih teknologi makin ramai yang berminat untuk mengikuti semua perkembangan tentang komputer, gadget, web, blog, software, hardware, virus, jenama, berita semasa tentang IT atau banyak lagi yang memberi jalan mudah untuk setiap orang ketahui semua perkara berkaitan.

saya telah explore dan telah menghimpunkan senarai blog/web dimana artikelnya tentang IT, tutorial, komputer & berita semasa tentang dunia teknologi atau sebagainya yang berkaitan yang boleh anda baca & membuat sebagala rujukan yang mungkin penting bagi anda untuk mengetahuinya.

1. Bualkomputer.com | Teknik & Informasi Komputer
2. Sembangkomputer.com | Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet
3. Amanz.my | Informasi Teknologi Terkini
4. JomPHP.com | Pusat Informasi IT anda !
5. blog.cekapkomputer.com | Sumber Ilmu Pengetahuan Untuk Anda
6. linuxmalaya.com | Lunux Untuk Semua
7. melayubuntu.blogspot.com | Ubuntu Untuk Malaysia
8. sumberterbuka.net | Laman Komuniti Sumber Terbuka
9. xlawsknowledges.blogspot.com
10. deensokmo.blogspot.com
11. www.infomalaya.com | Info Malaya
12. adamasalahbarunakcari.blogspot.com
13. www.sifoo.com | Sumber Seni Grafik & Multimedia Malaysia
14.baikipc.wordpress.com | Masalah Komputer
15. www.mywindowsxp.info | Malaysian Computer Technical Blog
16. www.omghackers.com | Tips dan Tutorial Komputer/IT

seperti diatas yang mungkin terbaik bagi saya setakat ini... :)

© 2013 www.bualkomputer.com

Saturday, 19 January 2013

Ketahui Siapa guna Wifi anda dan block!


Salamsejahtera dan salam 1malaysia...

Sekarang ini dah boleh katakan setiap rumah mesti ada line internet atau internet secara Wifi untuk berkongsi kan internet dengan laptop or komputer yang lain didalam rumah... kelebihan wifi ini banyak sebenarnya dari segi untuk berkongsi... dan keburukan dia adalah kalau jiran sebelah dpt tangkap line wifi korang & terer crack password WEP korang mmg malang la... kalau just guna untuk browse laman web tak ape..., inikan download mcm2 sampaikan tarikan jumlah Mbps tu hanya pergi ke jiran korang je,,. yg korang pulak bengang internet lembap...

kalau internet tu dah rasa lebab maybe adalah orang yang tengah ambil kesempatan kat wifi korang...

Ok.. sekarang saya nk tunjukkan cara2 check siapa yang sedang menggunakan wifi anda...

kalau nk usha sape yg guna wifi korang guna wirless network watcher... (nk watcher sahaja x boleh kill) download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Information/Wireless-Network-Watcher.shtml

nak senang guna netcut:.. boleh watch & kill... download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Monitoring/netcut.shtml

Cara2...

1. download netcut.
2. install
3. buka netcut yg telah diinstall (kalau windows vista & 7 rightclick padanya & run administrator)
4. perhatikan pd HostName.., jika ada nama komputer yg tidak dikenali atau disyaki jiran anda yg curi klik pdnya... kemudian klik cut off.. icon pd komputer yg anda block itu akan bertukar jd merah seperti langkah 5.

5. sekarang anda dah block komputer tersebut dari akses wifi anda...

6. untuk unblock balik.. klik Resume


kalau wifi korang lebab, check tak de sape yg curi.. itu kne call TM or sewktu dgnnya..



Wednesday, 16 January 2013

Remote Komputer dari jauh dengan TeamViewer

assalamualaikum & salam 1 malaysia...

mengakses komputer adalah kerja2 seharian anda semua untuk menjalankan tugas2 mahupun sekadar menikmati hiburan harian dirumah atau dimana saja...

tambahan pula anda mempunya dua buah komputer atau lebih, 
jadi, teamviewer akan membantu anda mengakses komputer lain untuk permudahkan urusan anda mengendalikan desktop atau permindahan file/data yang ada pd komputer yang lain tersebut..

contoh anda berada dirumah kawan anda, anda boleh gunakan teamviewer yg ada pada komputer kawan anda untuk permudahkan mengakses komputer anda yang berada dirumah. dengan ini anda boleh akses desktop & manage file2 atau dihantar terus ke komputer kawan anda tanpa pulang ke rumah untuk copy file ke dalam storan data & pergi semuala ke rumah kawan anda untuk berkongsi file tersebut.

Dengan teamviewer anda perlu membuat pendaftaran account untuk anda akses komputer yang anda tetapkan. ini adalah penting kerana anda boleh simpan maklumat seperti id teamviewer bg setiap komputer yang anda remote dan juga password. 

caranya anda perlu daftar, selepas daftar, add komputer yg anda mahu remote dengan mengambil id & password pd komputer lain tersebut. (kne install teamviewer pd komputer yg anda nak remote tu juga untuk dptkan id & password)

anda boleh connect bila2 masa ketika antara semua komputer bersambung dengan sambungan wifi internet. komputer yg dalam keadaan tutup/shutdown tidak akan dpt diakses untuk remote teamviewer. pastikan komputer yg nak di remote dalam keadaan on...


yg paling menarik adalah teamviewer ini tersedia untuk smartphone seperti android, ios & windows 8..


tutorial selebihnya akan post kemudian hari..insyaallah.. :)

Tuesday, 8 January 2013

How to jailbreak on apple device

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ok harini aku nak share pasal Jailbreak  iOS dekat semua user apple.
mungkin agak lambat kerana aku dengan crew BK busy siket.so bila ada masa terluang ni terpikir pulak nak post pasal cara cara jailbreak sendiri.

kalini korang tak payah membazir duit nak pergi hantar kedaiTelefon nak suruh orang tu  jailbreak,dah lah harga dia mahal sampai nak ke 80 hingga ke 100 ringgit."GILA" so nasihat aku baik baca E-book yang telah dicipta KHAS oleh Haziq Harun a.k.a TheHQ17 ni.

                                                                        Jailbreak iOS Ebook Released



TETAPI!!!!
 sebelum korang membuat sesuatu dengan idevice korang lebih baik baca dengan teliti dahulu tentang jailbreak ni dan habiskan bacaan E-book ni kerana segala risiko dan kesilapan adalah tanggungjawab sendiri.

Cc:Haziq Harun a.k.a TheHQ17



Bahaya ON laptop or Pc ketika hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kalini aku nak post pasal bahaya on laptop or pc ataupun apa2 jelah barang elektrik ketika hujan.
memang ada segelintirnya dah tahu pasal benda ni tapi kalini aku nak cerita lebih detail lagi tentang bentuk bahaya ni.Beberapa hari lepas, laptop aku tak boleh ON aku ingat nak bukak casing tu nak tengok apa problem tapi perkakas takda jadi aku hantar dekat kedai, dia check punya check dia kata processor dengan Graphic card terbakar kalau repair 530myr.Terlintas dalam kepala aku toke kedai ni mesti nak tipu aku nak cekik duit, tapi dia tanya aku "you ada on waktu hujan ka ? you cube tengok.. habis hitam semua chipset, you bakar ke ? terus aku ingat yang aku lupa off waktu hujan haritu terus aku cakap kat toke kedai tu tak jadi repair pasal 530myr tu baik aku beli baru je.. "muka hampa" :(

Kenapa tak boleh ON waktu hujan ?
 Seperti  yang kita sedia maklum hujan ni tidak turun bersendirian mesti ada kawan dia iaitu KILAT.Oleh itu,kita perlu tahu kapasiti Watt KILAT ianya bukan setakat 2 atau 3 Watt tapi beratus-ratus ribu Watt bersamaan boleh menjana elektrik sesebuah kawasan perumahan dalam masa beberapa hari.Begitu besar kapasiti Watt KILAT ni.Bukan itu sahaja, malah KILAT ni  gemar menyambar tempat2 yang tinggi,kawasan luas seperti(padang bola,golf,dan kolam renang terbuka) dan kawasan tanah yang mempunyai cas eletrik yang tinggi.sebab itulah bahayanya ON barang2 eletrik dan eletronik seperti laptop dan PC.Walaupun setiap banggunan dan rumah mempunyai penyalur EARTHING SYSTEM ianya tidak bermakna kita tidak perlu mengambil berat tentang barangan Eletrik dan eletronik dirumah atau di pejabat kita.

LANGKAH TERBAIK.
 Sehubungan dengan itu,kita perlu menganggap perkara ini sirius dan perlu mengambil beberapa langkah yang betul antaranya :
1.apabila hujan turun kita perlu mematikan suis eletrik yang berada dirumah tetapi dikecualikan kepada barangan eletrik yang heavy seperti (fridge,kipas dan lain-lain).
2.dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit ketika waktu hujan.
3.apabila guruh dan KILAT dah berdentum ketika kita berada di kawasan luas dan pada masa yang sama kita menggunakan gadget,ipad,ipod,Tablet dan lain lain secara serta merta kita perlu memberhentikan penggunaan gadget-gadget tersebut kerana berkemungkinan kita menarik cas eletrik serta KILAT.

KESAN BURUK:

1.berkemungkinan kita akan turut disambar sama.
2.menganggu kerja2 di komputer seperti words,exel dan macam2 lagi kerana rosak.
3.mengganggu faktor keuwangan kita untuk membaiki laptop yang rosak
4.membuang masa untuk pergi menghantar laptop yang rosak ke kedai untuk repair
5.boleh mengakibatkan alat2 eletronik lain yang berhampiran dengan laptop tersebut turut rosak serta merta
                                           
                                                Inilah kesan2 buruk kalau kita tidak prihatin





Perbezaan Laptop dan Desktop-PC serta Tips Penjagaan

Assalamualaikum&salam sejahtera..

Lama dah tak post dalam blog BK ni... Kalini aku ingat nak terangkan kat korang tentang perbezaan laptop dengan desktop-pc walaupun spec kedua-duanya sama.Banyak perkara yang user semua kene tahu tentang perbezaan ni.

Perbezaannya :
1.berapa lama kita boleh pakai dalam satu2 masa.
2.jangka hayat.
3.spare part.

LAPTOP 1.Dalam satu2 masa kita boleh on laptop paling lama pon 5 jam sahaja.. Tetapi kalau lebih daripada 5 jam berkemungkinan processor,motherboard,ram,dan alat2 lain akan panas serta merta merosakkan cip dan timah2 yang telah dipateri.

DESKTOP-PC 1.bagi desktop-pc pula dalam satu2 masa kita boleh on sehingga 2 hari, ini berbeza daripada penggunaan laptop kerana ruang desktop-pc lebih besar dan tidak mampat kerana kitaran udara didalam cpu dapat bergerak bebas.

LAPTOP 2.jangka hayat laptop ni selalunya bergantung kepada penggunaan seharian kita sama
ada hardcore ataupun biasa2 tak kisah lah alienware ke ape ke melainkan letak Solid Ice.

DESKTOP-PC 2.jangka hayat desktop-pc pulak lebih lama daripada laptop misalnya jika laptop boleh tahan sampai 5 tahun maknanya desktop-pc boleh tahan sampai 10 tahun kerana desktop-pc memang dicipta oleh pengedar komputer untuk tahan lebih lama.

Laptop 3.spare part laptop ni lebih mahal kerana pembikinannya amat rumit dan mesti dilakukan dengan penuh teliti.

DESKTOP-PC 3.spare part desktop-pc pula agak murah berbanding laptop kerana  komponen yang mudah dicipta dan tidak rumit untuk di bikin.

kedaan komponen laptop


keadaan komponen Desktop-pc

 Konklusinya,kita sebagai pengguna laptop atau desktop perlu tahu dan mengenali serba sedikit tentang komputer kita,malah tahu tentang arus teknologi IT agar kita tidak ketinggalan ke belakang.Bukan itu sahaja malah kita perlu tahu kemampuan komputer kita agar tidak melampaui batas yang telah ditetapkan oleh pengilang.Dalam pada masa yang sama user semua boleh lah  mengikuti kami di facebook atau pon twitter untuk mengajukan soalan2 dan tips penjagaan komputer mahupun gadget2 iPad,Tablet dan lain2.

Wednesday, 2 January 2013

Akses Laman Web yang di block / Tukar DNS Server (Tutorial Versi Video)

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

unblock web yang tak boleh di akses adalah dengan cara menukarkan alamat dns server dimana telah ditetapkan bagi setiap negara di pelusuk dunia ini. setiap semua laman web yang ada sekarang ini tidak semestinya diterima oleh semua negara atau beberapa. mungkin disebabkan kandungan web tidak boleh diterima pakai oleh negara tersebut atau boleh mnjejaskan ekonomi negara.

cntoh web yang boleh kita lihat sekarang ini. yang telah berlaku pada web perkongsian file seperti megaupload, file serve dan seangkatan dengannya telah di block oleh negara kita sendiri dari di akses dan begitu juga dengan beberapa buah negara yang lain turut menguat kuasakan hal ini...

memandangkan web telah diblock, sebenarnya kita masih lagi boleh mengaksesnya seperti biasa dengan cara menukar alamat dns asal kepada global dns.. dimana semua web yg diblock oleh negara kita sendiri boleh di akses seperti biasa...

berikut caranya yang saya buat dalam bentuk video.. sebelum ini sy juga ada buat dlm bentuk artikel (sini: http://goo.gl/LFlB3)

VIDEO:
DNS Server:
OpenDNS: 208.67.222.222 & 208.67.222.220
Google DNS: 8.8.8.8 & 8.8.4.4
_________________________________________________