Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Asas Dalam Mencipta Banner Blog/Web (Photoshop)


Banner adalah sesuatu yang penting untuk memaparkan sesuatu tajuk dengan lebih jelas bagi mempelbagaikan logo atau tema sesuatu tujuan memberi tahu pengunjung tentang blog tersebut.

Asas kepada proses pembinaan banner blog yang pereka perlukan adalah perisian yang sesuai seperti photoshop oleh kerana saya biasa dengan perisian tersebut malah saya terangkannya merujuk kepada perisian berikut mungkin untuk lebih penjalasan atau permudahkan saya memberi penjelasan.

1. Mencipta saiz sebelum memulakan teknik2 penghasilan banner dalam photoshop untuk menentukan saiz banner yang dikehendaki.
kebiasaan banner bersaiz 960x150 atau 960x200 atau mengikut kesesuan saiz yang diperlukan laman utama blog/web.

pada menu "file>new>" anda boleh mencipta ruangan & menentukan saiz image bagi banner anda.
Dengan mengguna fungsi transparent, latar belakang banner anda akan ditentukan sendiri dimana anda letakkan banner anda. jika anda tidak mahu transparent, anda boleh ubahnya kpd white & ubahnya kepada background yang anda suka. tp dalam rajah saya menghidupkan transparent.




2. selepas sahaja saiz sudah dicipta, anda perlu menambah apa2 lapisan/layer seperti text atau object lain seperti gambar transparent.
dlm gambar dibawah saya mulakan dengan text.

3. Ubah kesan text dengan fungsi blending options.. untuk menghidupkan blending options anda hanya perlu doubleclick pada layer text & muncul tetingkap tetapan kesan bagi text anda.

menambah kesan bayang pada text. tetapan selebihnya bagi kesan bayang anda boleh ubahnya dibahagian tetapan disebelah kanan. 

menambah kesan kecerunan atau kesan imbangan bagi nama lain. pernampakkan text anda berkilat dan mempunyai tone gelap ke cerah atau pembahagi cahaya.

4. Menambah image.png transparent pada banner dengan hanya mengimport masuk ke dalam photoshop kemudian menggunakan move tool anda boleh tampalnya pada banner anda.

memindahkan untuk ditampal pada banner anda menggunakan move tool.


setelah kerja2 penghasilan banner blog anda menggunakan photoshop selesai, perkara yang paling penting adalah simpan//save gambar banner anda mengikut format file yang sesuai. jika image anda adalah transparent seperti dalam rajah yang saya buat, anda perlu save dalam format PNG & jika tiada transparent anda boleh menggunakan format file yang sesuai seperti jpeg & png pun boleh untuk kualiti yg lebih baik.

setakat ini sahaja asas dalam mencipta banner blog yang saya boleh kongsikan & ini juga adalah asas kepada cara-cara menggunakan adobe photoshop yang mesti anda perlu tahu untuk penggunaan yang membabitkan imej digital.

Thursday, 14 March 2013

Perkhidmatan Repair Smartphone/Gadget Di Kedai Mamak[GLOBAL FIX]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... amacam smua sihat ? kepada  soalan2 yang ada dlm facebook tu yg kami tak jawab harap maaf kerana kami terlalu sibuk dengan perkara2 tertentu.Baiklah, kalini admin nak post pasal repairing phone atau gadget di kedai MAMAK.PELIK ? haa, ni lah keunikan group GLOBAL FIX GENERATION... mereka ni membaiki gadjet2 pelanggan di kedai mamak je atau erti kata lain SERVIS GADGET BERGERAK.Tetapi mereka menumpukan servis mereka lebih kepada Blackberry dan iDevice(apple product)
GLOBAL FIX GENERATION

kalau korang repair smartphone korang dekat global fix ni admin rasa lebih ok berbanding repair di kedai2 biasa,kerana GLOBAL FIX ni akan repair smartphone korang depan mata korang sendiri.. so diorang akan tunjuk ape yang rosak... ape yg kena ganti jadi customer akan lebih yakin lah kan.Lagipun tiada penipuan alat ganti apabila mereka deal dengan customer mereka dan dalam pada masa yang sama mereka ini turut menjual aksesori smartphone/gadget dan power bank(PENYIMPAN KUASA).
Boleh yakin ke diorang ni ? ya, telah ramai customer mereka memberi komen positif serta pihak akhbar UTUSAN MALAYSIA pernah menemubual mereka ni.

keratan akhbar utusan
keratan akhbar utusan
GLOBAL FIX ini diketuai oleh dua orang pakar GADGET iaitu JACK IZUMI FIX dan FENDY FIX turut juga disertakan ahli2 GLOBAL FIX itu sendiri
JACK IZUMI FIX
FENDY FIX

        Antara gambar2  kerja GLOBAL FIX
(klik gambar untuk lebih jelas)



GLOBAL FIX ni sering mengadakan roadtour atau erti kata lain menjelajah dari negeri ke negeri.
Jadi,kepada sesiapa yang ingin bertemu mereka semaklah jadual roadtour mereka atau kenalah tanya mereka dimana.. hehehe


                                                 BASIC INFO OF GLOBAL FIX


Tuesday, 5 February 2013

Letak Subtitle Pada Video Secara Kekal

assalamualaikum..

kali ini saya akan kongsikan sedikit tip dan cara untuk menampal atau meletakkan subtitile video atau movie secara kekal semasa dimainkan pada apa2 media player.

tutorial ini adalah tutorial meletakkan subtitile secara kekal dan bukannya menyediakan fungsi untuk menutup dan membuka semula subtitile. dengan cara yang saya akan tunjukkan ini, subtitile yang anda letakkan pada videio itu adalah kekal (tidak boleh off)

caranya menggunakan Freemake Video Converter.

1. Download & install free make video converter: http://www.freemake.com/free_video_converter/
2. jalankan program Freemake video converter tersebut.
3. add video yang anda mahu letakkan subtitilenya.
4. klik pada ruangan subtitile

5. pilih file subtitile video tersebut..

6. kemudian pilih format video.. kebiasaannya saya akan pilih mp4..

7. pilih same as source untuk kualiti video asal..

8. pilih lokasi folder untuk meletakkan video yg diconvert tu.

9. akhir sekali klik convert.. tunggu proses convert anda selesai dan boleh view terus video. masa yang diambil dalam proses convert bergantung kepada kualiti & duration video.

www.bualkomputer.com

Monday, 28 January 2013

Aplikasi Rakam Perbualan Telefon (Android)

Dalam perbualan telefon berkemungkinan ada sesuatu maklumat yang perlu kita buat salinan untuk tujuan sesuatu dimana boleh kita jadikan rujukan semula dalam sesuautu hal. Boleh juga untuk dijadikan bahan bukti untuk sesuatu perbualan atau pengesahan yang diputuskan melalui percakapan dalam telefon.


dengan adanya Auto Call Recorder, anda boleh gunakannya untuk merakam suara perbualan semasa anda bercakap dengan sesiapa yang anda sedang membuat panggilan.

anda boleh muat turun aplikasi auto call recorder ini dihalaman google play store (android).
aplikasi ini juga akan secara automatik merakam perbualan telefon setiap kali anda membuat panggilan atau menerima panggilan sekali pun.

Download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.appstar.callrecorder&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwyLDEsImNvbS5hcHBzdGFyLmNhbGxyZWNvcmRlciJd

Sunday, 20 January 2013

Senarai Blog Komputer/IT Bahasa Melayu 2013

assalamualaikum & salamsejahtera..

makin canggih teknologi makin ramai yang berminat untuk mengikuti semua perkembangan tentang komputer, gadget, web, blog, software, hardware, virus, jenama, berita semasa tentang IT atau banyak lagi yang memberi jalan mudah untuk setiap orang ketahui semua perkara berkaitan.

saya telah explore dan telah menghimpunkan senarai blog/web dimana artikelnya tentang IT, tutorial, komputer & berita semasa tentang dunia teknologi atau sebagainya yang berkaitan yang boleh anda baca & membuat sebagala rujukan yang mungkin penting bagi anda untuk mengetahuinya.

1. Bualkomputer.com | Teknik & Informasi Komputer
2. Sembangkomputer.com | Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet
3. Amanz.my | Informasi Teknologi Terkini
4. JomPHP.com | Pusat Informasi IT anda !
5. blog.cekapkomputer.com | Sumber Ilmu Pengetahuan Untuk Anda
6. linuxmalaya.com | Lunux Untuk Semua
7. melayubuntu.blogspot.com | Ubuntu Untuk Malaysia
8. sumberterbuka.net | Laman Komuniti Sumber Terbuka
9. xlawsknowledges.blogspot.com
10. deensokmo.blogspot.com
11. www.infomalaya.com | Info Malaya
12. adamasalahbarunakcari.blogspot.com
13. www.sifoo.com | Sumber Seni Grafik & Multimedia Malaysia
14.baikipc.wordpress.com | Masalah Komputer
15. www.mywindowsxp.info | Malaysian Computer Technical Blog
16. www.omghackers.com | Tips dan Tutorial Komputer/IT

seperti diatas yang mungkin terbaik bagi saya setakat ini... :)

© 2013 www.bualkomputer.com

Saturday, 19 January 2013

Ketahui Siapa guna Wifi anda dan block!


Salamsejahtera dan salam 1malaysia...

Sekarang ini dah boleh katakan setiap rumah mesti ada line internet atau internet secara Wifi untuk berkongsi kan internet dengan laptop or komputer yang lain didalam rumah... kelebihan wifi ini banyak sebenarnya dari segi untuk berkongsi... dan keburukan dia adalah kalau jiran sebelah dpt tangkap line wifi korang & terer crack password WEP korang mmg malang la... kalau just guna untuk browse laman web tak ape..., inikan download mcm2 sampaikan tarikan jumlah Mbps tu hanya pergi ke jiran korang je,,. yg korang pulak bengang internet lembap...

kalau internet tu dah rasa lebab maybe adalah orang yang tengah ambil kesempatan kat wifi korang...

Ok.. sekarang saya nk tunjukkan cara2 check siapa yang sedang menggunakan wifi anda...

kalau nk usha sape yg guna wifi korang guna wirless network watcher... (nk watcher sahaja x boleh kill) download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Information/Wireless-Network-Watcher.shtml

nak senang guna netcut:.. boleh watch & kill... download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Monitoring/netcut.shtml

Cara2...

1. download netcut.
2. install
3. buka netcut yg telah diinstall (kalau windows vista & 7 rightclick padanya & run administrator)
4. perhatikan pd HostName.., jika ada nama komputer yg tidak dikenali atau disyaki jiran anda yg curi klik pdnya... kemudian klik cut off.. icon pd komputer yg anda block itu akan bertukar jd merah seperti langkah 5.

5. sekarang anda dah block komputer tersebut dari akses wifi anda...

6. untuk unblock balik.. klik Resume


kalau wifi korang lebab, check tak de sape yg curi.. itu kne call TM or sewktu dgnnya..



Wednesday, 16 January 2013

Remote Komputer dari jauh dengan TeamViewer

assalamualaikum & salam 1 malaysia...

mengakses komputer adalah kerja2 seharian anda semua untuk menjalankan tugas2 mahupun sekadar menikmati hiburan harian dirumah atau dimana saja...

tambahan pula anda mempunya dua buah komputer atau lebih, 
jadi, teamviewer akan membantu anda mengakses komputer lain untuk permudahkan urusan anda mengendalikan desktop atau permindahan file/data yang ada pd komputer yang lain tersebut..

contoh anda berada dirumah kawan anda, anda boleh gunakan teamviewer yg ada pada komputer kawan anda untuk permudahkan mengakses komputer anda yang berada dirumah. dengan ini anda boleh akses desktop & manage file2 atau dihantar terus ke komputer kawan anda tanpa pulang ke rumah untuk copy file ke dalam storan data & pergi semuala ke rumah kawan anda untuk berkongsi file tersebut.

Dengan teamviewer anda perlu membuat pendaftaran account untuk anda akses komputer yang anda tetapkan. ini adalah penting kerana anda boleh simpan maklumat seperti id teamviewer bg setiap komputer yang anda remote dan juga password. 

caranya anda perlu daftar, selepas daftar, add komputer yg anda mahu remote dengan mengambil id & password pd komputer lain tersebut. (kne install teamviewer pd komputer yg anda nak remote tu juga untuk dptkan id & password)

anda boleh connect bila2 masa ketika antara semua komputer bersambung dengan sambungan wifi internet. komputer yg dalam keadaan tutup/shutdown tidak akan dpt diakses untuk remote teamviewer. pastikan komputer yg nak di remote dalam keadaan on...


yg paling menarik adalah teamviewer ini tersedia untuk smartphone seperti android, ios & windows 8..


tutorial selebihnya akan post kemudian hari..insyaallah.. :)

Wednesday, 2 January 2013

Akses Laman Web yang di block / Tukar DNS Server (Tutorial Versi Video)

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

unblock web yang tak boleh di akses adalah dengan cara menukarkan alamat dns server dimana telah ditetapkan bagi setiap negara di pelusuk dunia ini. setiap semua laman web yang ada sekarang ini tidak semestinya diterima oleh semua negara atau beberapa. mungkin disebabkan kandungan web tidak boleh diterima pakai oleh negara tersebut atau boleh mnjejaskan ekonomi negara.

cntoh web yang boleh kita lihat sekarang ini. yang telah berlaku pada web perkongsian file seperti megaupload, file serve dan seangkatan dengannya telah di block oleh negara kita sendiri dari di akses dan begitu juga dengan beberapa buah negara yang lain turut menguat kuasakan hal ini...

memandangkan web telah diblock, sebenarnya kita masih lagi boleh mengaksesnya seperti biasa dengan cara menukar alamat dns asal kepada global dns.. dimana semua web yg diblock oleh negara kita sendiri boleh di akses seperti biasa...

berikut caranya yang saya buat dalam bentuk video.. sebelum ini sy juga ada buat dlm bentuk artikel (sini: http://goo.gl/LFlB3)

VIDEO:
DNS Server:
OpenDNS: 208.67.222.222 & 208.67.222.220
Google DNS: 8.8.8.8 & 8.8.4.4
_________________________________________________

Tuesday, 1 January 2013

Alternatif untuk mendayakan GPS Fix pada Android

assalamualaikum & salam 1 malaysia...

Teknologi smartphone telah di sertakan dengan fungsi gps atau device yg mengesan lokasi gps anda yang mempermudahkan dalam kerja2 yang membabitkan lokasi, radar, kilometer atau sebagainya...

Setiap device yg mempunyai gps tidak semestinya sama kadar masa untuk gps fix lokasi atau mengesan satelit yang berhampiran. ada yang hanya membuka gps terus device dapat fix satelit dengan pantas dan ada juga yang bermasalah seperti lambat mengesan satelit & fix lokasi.

contoh: jika anda membuat record untuk kelajuan km/j & mencatat jarak kilometer, semasa memulakan aplikasi tersebut, gps automatik akan fix lokasi, altitude & sebagainya, masa yang diambil mengikut device.. mcm sy punya galaxy s2 agak lambat  fixed location berbanding dengan galaxy ace plus saya yang mempunyai gps yang cekap semasa fix location..


anda boleh selesai masalah ini dengan install GPS Status-test & fix. tersedia di google play store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cochibo.gpsstatus&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwxLDEsImNvbS5jb2NoaWJvLmdwc3N0YXR1cyJd

Boleh juga guna GPS status & Toolbox
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.eclipsim.gpsstatus2&hl=en



Friday, 14 December 2012

Kembalikan Start Menu Windows 8 dengan StartMenu8 & start8

Assalamualaikum & salam 1 malaysia...

Ramai pengguna windows 8 merungut dengan penghapusan start menu pada windows 8 dan digantikan dengan paparan start menu berkonsepkan tablet iaitu metro UI...
Rungutan ini timbul sejak microsoft melancarkan windows 8 versi preview lagi dan sampai lah sekarang..

namun begitu dengan penghapusan start menu pada windows 8 ini, ada juga pihak yang sering berpuas hati dengan paparan start menu metro ui ini kerana antara mukanya nampak lebih moden dan berdaya maju..

tetapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya...
jadi, bagi pengguna windows 8 yang mahukan fungsi start menu seperti windows 7 semula...
anda boleh gunakan perisian tersebut:

StartMenu8: dari IObit...
http://www.iobit.com/iobitstartmenu8.php


Start8 - *berbayar
http://www.stardock.com/products/start8/index.asp

Friday, 9 November 2012

Cara Upgrade Windows 7 ke Windows 8

salam sejahtera & salam 1 malaysia..

windows 8 kini membuatkan saya & pengguna lain menjadi lebih seronok dengan pembaharuan yang telah dibuat oleh microsoft untuk windows 8 ini...

terdapat beberapa altenatif yang anda boleh gunakan untuk install windows 8.
so, skrg saya akan terangkan cara-cara install windows 8 melalui fungsi upgrade untuk penngguna windows 7.

Kebiasaannya kepada sesiapa yang gunakan cara ini adalah untuk memudahkan anda install windows 8 anda selain dari cara format. cara ini tidak akan menghilangkan file2 dalam partition system anda begitu juga tetapan & program2 yang anda install pd windows dan masih ada lg selepas anda upgrade ke windows 8.

1. dapatkan installer windows 8 anda di kedai2 or secara online.
2. kalau download file .iso anda perlu burn terlebih dahulu ke dalam dvd. 
3. dalam dvd windows anda terdapat file setup. run setup tersebut.
4. paparan permulaan windows 8 installation akan muncul & muncul tetingkap windows 8 setup. tunggu % preparing (seperti gmbar dibawah)

5. muncul tetingkap windows 8 setup dan masukkan key windows 8 anda.. klik next

6. pada license term, klik pd "i accept the license term" & klik next.

7. pilih "keep windows setting, personal files, and apps" untuk mengekalkan file2, program & setting pd windows 7 anda pd windows 8 nanti.

8. proses ini untuk mengenal pasti masalah sebelum anda memasang windows 8.

apabila keputusan telah dipaparkan, follow semua arahan yg windows 8 setup arahkan.. contoh: system telah menjumpai microsoft security essentials dlm windows & mengarahkan membuang nya.. anda patut ikut arahannya. jika tiada apa2 arahan dari windows anda bole terus ke langkah 9.

9. seterusnya. anda sedia untuk install. klik next.

10. system akan memaparkan progress install & memakan masa beberapa minit (lebih kurang 20 minit masa menginstall) selepas install anda boleh mengisikan nama untuk pc anda. selamat mencuba.!