Showing posts with label USB Drive. Show all posts
Showing posts with label USB Drive. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Beli Phone, Tab atau barangan Digital lain di Lazada.com.my

assalamulaikum & salam 1 malaysia...

anda tahu tentang laman web lazada.com.my.? ini adalah berita baik untuk sesiapa yang suka membeli barangan secara online dan lazada.com.my adalah khas kepada penggemar gadget, tv atau barangan elektronik & digital lain2. 

lazada menyediakan jualan dengan pelbagai jenama barangan seperti apple, samsung, panasonic, sony, acer, dell, lenovo dan banyak lagi jenama pengeluar barangan IT yg dijual di lazada.com.my.

jenis barang yang dijjual di laman web tersebut ialah seperti smartphone, tv, laptop, pc, speaker, tab, dan banyak lagi.. 


menarik pada lazada ialah harga yang ditawarkan bagi setiap barangan kebanyakannya adalah telah dibuat potongan berbanding harga asal. contoh harga asal tv RM2999, pada produk itu dilebelkan potongan dan mungkin anda boleh dpt beli dengan harga RM2300 atau mengikut jumlah peratus potongan yang lazada sediakan...
 contoh gambar dibawah...

lebih menarik lagi adalah perkhidmatan penghantaran adalah percuma jd tak perlu lah risau tentang ni...
sebelum membuat tempahan & pembayaran anda perlu register account dilazada supaya anda boleh terus berurusan dengan pelayan yang sedia membantu anda dlm proses pembelian dan pembayaran...

setakat ini tiada kes menipuan tentang web ini.. kebanyakan feedback dari pembeli barangan lazada ni berpuas hati dan yakin dengan perkhidmatan yang disediakan... 

like page Bualkomputer: http://facebook.com/bualkomputer





Saturday, 10 March 2012

Repair USB Drive Yang Corrupt & Masalah Kapasiti Asal



salamsejahtera & salam 1 malaysia...

Storan jenis USB kadang2 akan mengalami kegagalan dalam sesuatu perkara yang mengubahnya menjadi altenatif lain  seperti membuat usb booting, kegagalan semasa resize & format, menjadikan usb sebagai simpanan OS atau lain2...

hal ini selalu terjadi disebabkan kegagalan mengubah jenis system usb tersebut & kegagalan dlm resize atau tetapan lain sperti yg saya katakan diatas...

maslah yg akan terjadi seperti kapasiti storan USB anda kurang drpd yang asal walaupun ianya kosong & diformat.. atau masalah lain sewaktu dengannya...

tetapi kalau masalah kapasiti usb seperti ada file tapi isi usb tersebut kosong kemungkinan terkena virus.. kalau yg tu kene rujuk kat sini http://www.bualkomputer.com/2011/11/cara-unhidden-file-yang-disorok-virus.html

cara repair:

1. pergi ke start> run > taip "cmd"
2. taip "diskpart" & tekan enter..
3. taip "list disk"
4. akan muncul disk 0, disk 1 or lain2... pilih disk yg berkaitan dengan usb pendrive anda... jika disk 1 pilih taip "select disk 1" kemudian taip "clean" (biasa disk 0 adalah harddisk anda. anda boleh bezakan dengan kapasiti MB yg ditunjukkan) 
5. taip "create partition primary" kemudian taip "active"
6. taip "select partition 1"
7. taip "format fs=fat32" dan tunggu selesai.. apabila selesai, check pendrive anda...

selamat mencuba~~

kalau xphm rujuk beberapa video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=DkHbka7_XPo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=KQJm2eIKLvY&feature=related

Friday, 10 February 2012

Tutorial Install Ubuntu Dalam USB



salamsejahtera dan salam 1 malaysia...

Ubuntu adalah sistem operasi popular yang biasa digunakan dengan pelbagai cara dan tujuan masing2 yang ingin mencubanya dan melihat sendiri fungsi dan kehebatan sistem pengendalian dari Ubuntu atau pun ingin menjadikan ubuntu sebagai sistem operasi utama pada komputer.

Dengan pembaharuan dalam setiap versi Ubuntu dapat mempelbagaikan fungsi dan dpt sokongan dari pembina apps untuk ubuntu/linux... tabahan pula sekarang Ubuntu mempunyai jumlah software/apps yang banyak di ubuntu store/ubuntu software center...

tutorial kali ini cara install ubuntu terus ke dalam USB anda x kesah la pendrive or harddrive asalkan storan yg sama spisis dan USB..

sebelum tu saya nk terangkan sikit:
ubuntu mempunyai fungsi TRY secara live CD tanpa install apa2 terus ke dalam harddisk dan tidak mengganggu sistem operasi asal anda... begitu juga apabila anda install ubuntu ke dalam USB ianya akan mengambil space dari usb anda sahaja dan tidak menggangu space harddisk komputer dan sistem asal...

tetapi beza antara try live cd dengan usb adalah live cd tidak akan save apa yang anda setkan seperti software, background & lain2 apa yg anda lakukan apabila menggunakan fungsi live cd pd ubuntu... manakala USB pula konsepnya sama seperti live cd tetapi ianya boleh save apa yang anda lakukan (install, wallpapaer, save file, & lain2)... dimana ianya disimpan? ianya disimpan di dalam usb itu juga.. saya sarankan anda menggunakan USB yang berkapasiti 4GB keatas dan lebih baik 8GB keatas atau lagi lebih lagi baik... kerana setiap yg anda lakukan akan disave & akan memuatkan kapasiti serta kurangkan space.. tamabahan pula anda install macam2 software dalam ubuntu usb anda tersebut...

Berikut tutorialnya:

1. Dapatkan Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download
2. setelah download ubuntu,, download Universal USB installer: http://www.pendrivelinux.com/universal-usb-installer-easy-as-1-2-3/

3. jalankan program universal usb installer yg telah didownload tadi.. kemudian pada step 1: pilih Versi ubuntu... saya guna ubuntu 11.10 jadi saya pilih yg itu..

4. Pada step 2: Browse lokasi file .iso ubuntu yang anda download tadi.. klik browse > cari dan pilih file ubuntu yg anda download tadi...

5. step 3: pilih USB/Pendrive anda..

6. tarik sehingga kapasiti maksimum bagi pendrive anda.. tujuan dimaksimumkan adalah digalakkan untuk menggunakan keseluruhan kapasiti untuk Ubuntu...

7. Kemudian akhir sekali klik Create...
Tunggu hingga proses create usb ubuntu ini selesai.. masa yang diambil untuk proses ini lebih kurang dalam 10 ke 20min...
apabila semuanya dah selesai anda boleh mencubanya..
Restart komputer anda, tekan kekunci arahan (arahan mengikut jenis komputer. kdg2 tak sama. ada yg F12 or lain2) untuk memilih boot terus USB atau setting boot awal2 pada BIOS SETUP untuk boot USB...
apabila itu semua sudah selesai.. nnt akan muncul menu yg bertanyakan "try ubuntu" & lain2.. biarkan sahaja menu itu & jgn tekan apa2.. nnt Dengan secara automatik ianya akan terus ke Desktop Ubuntu anda dan anda sudah boleh gunakannya...

itu sahaja lah tutorialnya & selamat mencuba~..

akan datang saya akan buat tutorial Ubuntu... just tunggu je ekk...

antaramuka desktop ubuntu 11.10 saya... :D

Thursday, 5 January 2012

[Video] Pembakar Roti USB?



salamsejahtera..

kali ini saya nak share video mengenai tajuk yang anda baca... :) hehe..
Kebiasaan power/kuasa dari USB digunakan untuk Storan data, Cooler Pad, kipas portable dan lain-lain dimana anda boleh menjalankan gadget tersebut supaya berfungsi.  Cooler pad dan lain2 yg sama dengannya hanya mengambil tenaga dari USB manakala usb jenis storan seperti pendriver, harddisk portable menggunakan input & output data dalam USB...

Tapi yang pelik kali ini adalah selain dari storan data atau coolerpad iaitu PEMBAKAR ROTI...
Apa yang dimaksudkan adalah pembakar roti ini sumber tenaganya mengharapkan dari laptop dan komputer yang mempunyai USB... :P pembakar roti ini siap sekali dengan CD installation driver lagi tu untuk kawal pembakar roti semasa sedang digunakan melalui perisian dlm CD tersebut...

haah.. korang layan la video ni... :





Thursday, 10 November 2011

Cara buat bootable USB menggunakan Unetbootin

salam sejahtera...
kali ni saya nak share tentang unetbootin dan cara2nya...

Unetbootin adalah perisian untuk menjadikan file iso di extract ke USB pendrive anda yang kosong untuk dijadikan bootable USB installer seperti windows xp, vista, 7, ubuntu, mac dan lain2...

ada beberapa sebab kenapa cara ini digunakan... sebabnya ialah, jika anda seorang pengguna netbook, kemudian anda nak format netbook tersebut, anda perlu menggunakan cara ini untuk menjadikan CD installer Windows sebagai USB Installer...

cara ini amat mudah kpd yang tidak mempunyai optical DVD/CD or DVD drive pada laptop. Boleh dikatakan juga masa untuk install windows lebih cepat berbanding masa install menggunakan DVD or CD..

cara2nya ikuti langkah tersebut:

1. DOWNLOAD UNETBOOTIN DISINI. http://unetbootin.sourceforge.net/ kemudian open unetbootin yg dah download tu.

2. kemudian paparan seperti gmbar dibawah akan muncul.

3. tandakan pada Disk Image.

4. klik titik tiga dan pilih file .ISO installer Windows atau lain2 OS.

5. pada drive pilih drive USB anda. sama ada G:/ atau lain2. (check pd mycomputer ntuk ketahui drive USB anda)

6. kemudian klik OK.

7. Tunggu proses... apabila selesai klik EXIT dan and boleh test.

bila test pastikan arahan booting komputer anda ke USB or removable... (setting di BIOS Setup)

Saturday, 17 September 2011

Run Portable Software pada USB


selalunya yang kita semua lihat software hanya boleh diinstall pada system komputer atau storan komputer sahaja (c:)...
tetapi sekarang dah banyak software direka untuk portable & boleh diinstall pada USB.. tak kesah la external Hard driver or pendrive mahu pun memory card..

Anda boleh gunakan Portable apps untuk menjalankan & explor perisian portable dengan menginstall portable apps pada storan USB..

cara2 install portable apps & cara guna..

1. download portable apps tersebut...
2. kemudian install & pilih lokasi USB yg nak diinstall portable apps... pada destination folder, pilih USB anda dengan klik browse seperti gambar dibawah..
3. kemudian install..
selepas sahaja install, dekat USB anda akan ada folder portble apps.. masuk fail itu dan double klik pada Start.. kemudian mucul paparan portable apps seperti dibwah..

kemudian anda boleh setting dalam bahasa melayu.. pergi ke .. pilihan..
kemudian pilih bahasa melayu..
klik ok..

selepas itu... tambah aplikasi portable pada USB anda dengan klik pada manage apps
klik pada Dapatkan lebih banyak aplikasi

sekarang anda boleh pilih perisian portable yang nak diinstall pada usb anda... (saya pilih chrome)
kemudian klik Ke Depan> & tunggu proses memuat turun selesai... setelah selalai download, muncul setup bagi aplikasi yg dipilih tadi.. anda just kene klik next & next sahaja seperti install aplikasi lain...

ok.. tadi saya install chrome portable.. sekarang dah selesai install saya check pada menu portable apps... disitu akan muncul program portble yang telah diinstall pada pendrive anda...


Monday, 28 March 2011

Logitech G19 Keyboard Untuk Gaming

Berita baik kepad para gammer yang gelar dirinya gammer atau pakar dalam gaming.. hebat dalam bermain permainan bergrafik tinggi yang sedia di komputer dan sekarang ramai lagi saingan gammer yang pro..
saya tak de la pro sangat, setakat nak main hilangkan bosan je. itu pon game yang saya suke.. need for speed, GTA, & yg low skit game kat facebook.. hahaha.:D

Nampakkan anda sebagai gammer yang hebat dengan adanya keyboard atau papan kekunci yang dikhaskan oleh logitech untuk bermain permainan komputer yang hebat dan mencabar dengan adanya fungsi2 tambahan yang tak ada pada keyboard biasa dan ia amat selesa berbanding keyboard biasa yang sedang saya gunakan skrg untuk update blog :D..

key board sebegini nampak lebih gagah dan lebih canggih serta nampak maju... bagaikan anda berada dalam dunia game yang sedang asyik menyelesaikan misi yang amat penting... (x leh bla ayat):D

berikut fungsinya:


Tiltable, warna GamePanel ™ LCD
Berwarna (320x240) menunjukkan anda apa yang perlu anda ketahui-in-dan out-of-game-termasuk statistik game, maklumat sistem, komunikasi data VOIP, main balik video, gambar gambar, dan banyak lagi. mendapatkan intel lebih banyak dengan GamePanel.
 Custom-color backlighting
Custom-warna backlighting
Anda boleh memperibadikan watak backlighting lebih sesuai dengan sisa dari komputer anda dan peralatan game, dan mudah menemukan kunci-bahkan dalam gelap.
 12 fully-programmable G-keys
12 sepenuhnya-Programmable G-kunci
Tiga macro pada butang membolehkan anda menyediakan sampai 36 fungsi unik pada game, termasuk kekunci yang ditekan tunggal atau macro kompleks. Anda juga boleh membuat macro on the fly .*
 Two high-speed USB 2.0 ports
Dua berkelajuan tinggi USB 2.0 port
Powered USB port membolehkan anda memindahkan data ke dan dari peranti seperti MP3 player dan flash drive-sementara juga mengisi peranti bertenaga bateri.
 Multi-key input
Multi-key input
Anda boleh menggunakan sekurang-kurangnya lima kunci sekaligus untuk melakukan beberapa tindakan yang kompleks.
 Game/desktop mode
Game mode / desktop
Tidak ada gangguan sengaja-Anda boleh mematikan Windows / butang Menu Konteks apabila anda bermain.
 Intelligent cable management
Intelligent kabel pengurusan
Anda boleh menyimpan mouse, alat dengar, dan kabel yang lain keluar dari jalan dengan routing mereka melalui saluran di bahagian bawah keyboard.
 Instant media access
Instant media akses
Nyaman satu sentuhan kawalan memberikan anda akses cepat untuk mengawal kelantangan dan main balik media.
 G15
Umum kit pembangunan perisian (SDK)
Anda boleh meng-upload tambahan terbaru yang dibangunkan secara eksklusif untuk GamePanel ™ oleh komuniti open source Logitech.
 G15
Onboard memori
Ini menyimpan profil anda sehingga anda dapat mengambil keutamaan peribadi anda dengan anda.



System Requirements

  • Windows-based computer
    • Windows® XP, Windows Vista®, or Windows® 7
    • Available high-speed USB 2.0 port
    • 20 MB of available hard disk space
    • CD-ROM drive

  • Mac® computer
    • Mac OS® X 10.4 or later
    • Available high-speed USB 2.0 port
    • 20 MB of available hard disk space
    • CD-ROM drive

Warranty Information

  • 1-year limited hardware warranty

Package Contents

  • Logitech® G19 Keyboard for gaming
  • AC power adapter
  • Software CD-ROM
  • User documentation

Wednesday, 16 March 2011

Membaiki Autorun pada ThumbDrive

autorun kebiasaannya ada pada storan data anda seperti pendrive dan juga boleh disetkan pada CD....
kadang2 autorun mempunyai fungsi yg boleh mengubahnya kepada yg tidak baik kepada komputer... contoh: autorun itu telah disetkan dengan arahan yang menyebabkan sistem windows anda bermasalah...
disebabkan kejadian ini, antivirus anda akan bertindak memberi arahan kepada autorun anda berbahaya.. dan antivirus anda terus block or delete autorun itu...
padahal autorun itu tidak mempunyai arahan yg bertujuan merosakkan sistem...
ini menyebabkan autorun pendrive anda kadang2 tidak berfungsi..

ok.. untuk membaiki sistem autorun...
ini tak pasti dgt ia menjadi ke tidak... test je dulu.. x bahaya...

1. jika antivirus anda mengesan bahawa autorun berbahaya.., sila matikan antivirus dulu atau disablekan dulu...
2. rightclick pada desktop.. new>notepad/text document

3. taipkan pada notepad anda dgn perkataan ini: 
 [autorun]
Open=autorun
6. kemudian klik pada File kemudian save as


7. savekan nama file itu dgn nama: autorun.inf  seperti gmbr dibawah..
8. pilih lokasi desktop untuk save autorun ini... dan klik save
9. pergi ke file autorun yg anda save td.. / anda save pada desktop td... copy autorun yg telah siap itu dan paste pada thumbdrive anda...

10. apabila dah paste...,, cabut semula thumbdrive anda dan masukkan semula... dan jgn lupa aktifkan semula antivirus anda td...

Saturday, 5 February 2011

Nikmati Hiburan Berdifinisi Tinggi dengan FreeAgent Theater+™ HD Media Player

Nikmat hiburan dengan resolusi menarik serta berdifinisi tinggi yang direka khas oleh Seagate jenama terkenal bagi external harddisk atau storan data.. yang dimaksudkan hiburan ini (media player ini adalah) FreeAgent Theater+ HD Media Player...

bukan sahaja resolusi gambar, sound juga mempunyai fungsi berdifinisi tinggi yang membolehkan korang memainkan music2 yang berkualiti... dengan membuat sambungan pada TV anda bagi menjalankan atau memaparkan...
nikmat music, video dengan lebih feel...:D

sesuai digunakan untuk hiburan dirumah dan juga home theater...
anda boleh juga layan music atau media melalui sambungan USB port, external harddrive, digital camera adapter lain2 yg sesuai...



selain boleh menikmati hiburan media, anda juga boleh melayani internet melalui fungsi wifi yang disediakan untuk mendaptkan hiburan secara maya dan terus... ia turut juga mempunyai sambungan untuk LAN wayar bagi untuk melayani internet secara LAN...

boleh juga menerbitkan slide gambar yang diiringi music kegemaran anda untuk di kongsi dengan rakan2 dan keluarga...

SPESIFIKASI FreeAgent Theater HD Media Player....
SPECIFICATIONS
Model NumberSTCEM201-RK
InterfaceUSB 2.0
Capacity0GB
PHYSICAL
Height30.99mm (1.22 in)
Width182.88mm (7.2 in)
Length179.83mm (6.89 in)
Weight (typical)503.5g (1.11 lb)
Shipping Weight1.36kg (2.998 lb)
FEATURES
Video ConnectionsHDMI 1.3; Composite; Component
Audio ConnectionsHDMI 1.3; Stereo; Optical S/PDIF
Video FormatsMKV; AVI; DivX Plus™ HD; RMVB Real Media; WMV9; VC-1; MPEG-1; MPEG-2 (VOB/ISO); MPEG-4 (Xvid); Xvid HD; MOV; AVC HD; H.264; M2TS; TS/TP/M2T; WMV; FLV
SubtitlesSAMI (smi); SRT; SUB
Video ResolutionsNTSC 480i/480p; PAL 576i/576p; 720p; 1080i; 1080p
Audio FormatsAAC; MP3; Dolby® Digital; DTS; ASF; FLAC; WMA; LPCM; ADPCM; WAV; OGG
PlaylistM3U; PLS
Photo FormatsJPEG files (up to 20 megapixels); BMP; GIF; PNG; TIFF
Supported File SystemsNTFS; FAT; FAT32; HFS+
Internet Sites SupportedYouTube; Mediafly; vTuner; Picasa; Flickr; Video Feeds (RSS); Text Feeds (RSS); Finance Widget; Weather Widget
Network ConnectionEthernet; Wi-Fi Adapter (Optional)
Ports2 USB
TV SystemsPAL; NTSC

Saturday, 7 August 2010

(Cody Safe) aplikasi untuk thumb drive


Selalunya pengguna PC yg gemar menggunakan thumbdrive/pendrive dan merasa bosan dengan thumbdrive nya, kini thumbdrive anda boleh dilengkapi dan dihiasi dengan pelbagai aplikasi mudah alih iaitu aplikasi boleh dibawa kemana-mana (portable). aplikasi yang saya maksudkan iailah Cody Safe. cody safe adalah perisian untuk thmbdrive/pendrive/usb drive anda, senang dan mudah mengekses fail dan folder anda.dgn perisian ini, apabila anda memasukkan thumbdrive anda dgn secara automatik aplikasi cody safe ini akan muncul untuk memberikan pilihan kepada anda.

Selain itu anda boleh memasukkan aplikasi seperti skype, KMPplayer, openoffice.org seperti microsoft office an lian-lain. tetapi dengan syarat, aplikasi tersebut hendaklah versi portable. seperti OpenOffice.org portable. anda boleh dapatkan perisian cody safe dan aplikasi portable secara percuma dilaman cody safe. www.codyssey.com.