Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, 3 May 2013

[Video] Review Ringkas Samsung Galaxy S4

Assalamualaikum & salam sejahtera..

untuk post kali ini admin akan memaparkan video ringkas berkenaan telefon pintar samsung yang baru sahaja dilancarkan iaitu samsung galaxy s4.

mengikut apa yang diperlihat dari segi fizikal, galaxy s4 mempunyai sedikit perubahan dari segi reka bentuk dan permukaan kulit yang agak style.. dari segi spesifikasi iainya memang berprestasi dengan pembaharuan kelajuan berbanding galaxy s3. s4 menggunakan pemproses octa core 1.6GHz Quad + 1.2GHz Quad CPU.

dari segi fungsi yang dapat saya lihat, s4 mempunyai fungsi yang telah dinaiktarafkan bermula dari fungsi yang ada pada s3 kerana ciptaan fungsi baru yang ada pada s4 agak stabil jika dibandingkan dengan s3. contohnya seperti fungsi smart stay yang ada pada s3 tidak secekap smart stay yang ada pada s4. begitu juga dengan fungsi yang lain seperti screen capture secara imbasan tangan yang telah dinaiktarafkan untuk s4 daripada s3.

Berikut adalah video review ringkas berkenaan samsung galaxy s4 dari kami.. btw ini adalah video review bualkomputer yang pertama.. :D

Wednesday, 10 April 2013

Teroka muzik dengan Freemake Music Box

assalamualaikum...

setiap penggemar mendengar music akan memastikan carian mereka bertepatan dengan tajuk lagu yang dicari dan semestinya juga dengan kadar masa yang agak cepat & mudah serta tidak memerlukan banyak link untuk mendengar music yang dicari.

dengan music box anda boleh mencari lagu dengan mudah tanpa melayari laman youtube dimana ramai pendengar music mendapatkan sumber lagu dari youtube. anda boleh menggunakan music box untuk anda mencari terus video yang terkandung pada halaman youtube serta dimainkan terus pada freemake musicbox.


anda juga boleh membuat playlist untuk lagu yang anda pilih supaya boleh dimainkan mengikut urutan yang anda tetapkan atau menyimpan secara playlist supaya tidak perlu search lagi dimasa akan datang.

kalau rasa menarik anda boleh mencubanya..
DOWNLOAD: http://www.freemake.com/download?id=FreemakeMusicBox.exe


Tuesday, 5 February 2013

Letak Subtitle Pada Video Secara Kekal

assalamualaikum..

kali ini saya akan kongsikan sedikit tip dan cara untuk menampal atau meletakkan subtitile video atau movie secara kekal semasa dimainkan pada apa2 media player.

tutorial ini adalah tutorial meletakkan subtitile secara kekal dan bukannya menyediakan fungsi untuk menutup dan membuka semula subtitile. dengan cara yang saya akan tunjukkan ini, subtitile yang anda letakkan pada videio itu adalah kekal (tidak boleh off)

caranya menggunakan Freemake Video Converter.

1. Download & install free make video converter: http://www.freemake.com/free_video_converter/
2. jalankan program Freemake video converter tersebut.
3. add video yang anda mahu letakkan subtitilenya.
4. klik pada ruangan subtitile

5. pilih file subtitile video tersebut..

6. kemudian pilih format video.. kebiasaannya saya akan pilih mp4..

7. pilih same as source untuk kualiti video asal..

8. pilih lokasi folder untuk meletakkan video yg diconvert tu.

9. akhir sekali klik convert.. tunggu proses convert anda selesai dan boleh view terus video. masa yang diambil dalam proses convert bergantung kepada kualiti & duration video.

www.bualkomputer.com

Tuesday, 22 January 2013

Paparan Resolusi 4K Cuba diperluaskan (1080p x4)

semakin lama semakin canggih teknologi yang dihasilkan oleh pengeluar setiap teknologi yang sedia ada dengan pelbagai fungsi baru, tambahan mahupun fungsi yang diciptanya secara tersendiri.

begitu juga paparan resolusi yang sebelum ini sangat popular dengan 1920x1080 HD.. jika dulunya popular dengan 720 HD.. Selepas 1920x1080, resolusi 720 tidak lagi digelarkan resolusi tinggi yang menakjubkan malah ianya sesuatu yang biasa berbanding dgn 1080...

tetapi akan datang mungkin juga akan berkata "apa barang 1080p"..
kata2 itu mungkin tak lama lagi kerana beberapa pihak cuba menyebarkan dan perluaskan resolusi baru iaitu 4k.

4k adalah gabungan 1080p dimana gandaannya 4 kali untuk resolusi 1080..
pembaharuan ini masih lagi diusahakan untuk semua peranti dan ianya mempunyai kekurangan kerana peranti yang dipasarkan sekarang ini jarang menggunakan 4K tersebut walapun beberapa jenis TV yg sudah tersedia dgn 4k resolution.. memandangkan resolusi ini masih baru lagi untuk disertakan dengan semua peranti seperti kamera dan lain2...

preview video 4K Resolution: http://www.youtube.com/playlist?list=PL5BF9E09ECEC8F88F

Wednesday, 2 January 2013

Akses Laman Web yang di block / Tukar DNS Server (Tutorial Versi Video)

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

unblock web yang tak boleh di akses adalah dengan cara menukarkan alamat dns server dimana telah ditetapkan bagi setiap negara di pelusuk dunia ini. setiap semua laman web yang ada sekarang ini tidak semestinya diterima oleh semua negara atau beberapa. mungkin disebabkan kandungan web tidak boleh diterima pakai oleh negara tersebut atau boleh mnjejaskan ekonomi negara.

cntoh web yang boleh kita lihat sekarang ini. yang telah berlaku pada web perkongsian file seperti megaupload, file serve dan seangkatan dengannya telah di block oleh negara kita sendiri dari di akses dan begitu juga dengan beberapa buah negara yang lain turut menguat kuasakan hal ini...

memandangkan web telah diblock, sebenarnya kita masih lagi boleh mengaksesnya seperti biasa dengan cara menukar alamat dns asal kepada global dns.. dimana semua web yg diblock oleh negara kita sendiri boleh di akses seperti biasa...

berikut caranya yang saya buat dalam bentuk video.. sebelum ini sy juga ada buat dlm bentuk artikel (sini: http://goo.gl/LFlB3)

VIDEO:
DNS Server:
OpenDNS: 208.67.222.222 & 208.67.222.220
Google DNS: 8.8.8.8 & 8.8.4.4
_________________________________________________

Sunday, 8 April 2012

Photoshop CS6: Buat Animations menggunakan fungsi Timeline

salam sejahtera & salam 1 malaysia...

Seperti mana yang anda tahu photoshop telah dilahirkan dengan versi terkini iaitu 13.0 atau boleh digelar CS6 (Creative suite 6).. lihat entri sebelum ini mengenai kemunculan photoshop CS6 & DOWNLOAD: http://www.bualkomputer.com/2012/03/kemunculan-adobe-photoshop-cs6-beta.html

fungsi photoshop kini lebih mudah serta telah dinaik tarafkan sehingga mencecah tahap kepuasan bagi pengguna.. namun ada segelintir masih tidak tahu lagi fungsi baru yang paling popular yang ada dalam CS6 ini...

ok, untuk entri photoshop cs6 kali ini mengenai fungsi timeline..
timeline adalah satu fungsi dimana ianya adalah tempat pengurusan pergerakan setiap object & element supaya object dlm frame dapat bergerak dengan key frame yang ditanda pada setiap pergerakan..
object yang diuruskan adalah layer2 yang terkandung dalam ruangan layer disebelah bawah & kanan..

jadi kpd sesiapa yang biasa menggunakan adobe premiere pro & after effect semestinya sudah faham konsep timeline photoshop cs6 yang lebih kurang sama dengan fungsi timeline premiere pro dan after effect...

untuk memaparkan fungsi timeline, pertama sekali anda perlu create new project.. file>new..
kemudian tentukan size/pixel panjang & lebar gambar anda then OK..

anda boleh start conteng2 or add ape2 gambar letak pada layer pertama anda.. mcm sy, sy buat bualkomputer.com

kemudian pergi ke window> pilih timeline

so, skrg muncullah timeline & bermula disitu anda boleh start project animation anda.. anda just setkan keyframe (klik pd layer & klik icon jam & alih2 lah object/text anda supaya ianya bole bergerak..


ni contoh simple animation yg saya dah buat...

so sampai sini jer.. sori, saya tak pndai nk aja bab manage timeline/keyframe sbb tak tahu mcm mana nak  ajar.. korang kena lah try godek2 sendiri & lama2 boleh faham..

Kata Admin Khairil:  kalo suke klik like & share kat member.. :)

Tuesday, 31 January 2012

[Video] Lawak jepun - Power Rangers Nike



salasejahtera...
kali ni bukan tutorial, tip, info ke hape,.. kali ini saya nak share video lawak jepun yang mempromosikan produk nike... video ni dah lama, saja nak tunjuk balik & mana yang tak tau lagi..
saksikan video kat bawah ni...

mmg kretif...

 

kalau la kat KL ade mcm ni.. :P


Thursday, 12 January 2012

[Video] Cara Burn Audio ke dalam CD



Salamsejahtera dan salam satu malaysia...

Kali ni saya nak share tutorial cara mudah merakam audio ke dalam CD/DVD kosong (Burn audio CD).. kpd yg dah tau dok diam2... ini khas kpd yang tak tahu menahu langsung...

Ada 2 beza yang terdapat dalam kaedah merakam/burn audio cd ini, seperti mengikut minit atau pon mengikut kapasiti CD...
OK, cuba korang perhatikan album2 original tu di dalamnya ada banyak track dan ianya support semua jenis media player termasuklah dvd player lain dlm kereta atau sebagainya... ini bermakna cara rakamannya adalah jenis minit... kebiasaan CD kosong mencecah 80 minit, bermakna tidak boleh isi lagu terlalau banyak sehingga had yg ditetapkan...

kedua.. kaedah mengikut kapasiti CD.. cara ini keabiasaan audionya berformatkan mp3 dan boleh diisi lagu dengan jumlah yang banyak mengikut kapasiti CD.. kebiasaan kapasiti CD/DVD adalah 700MB - 4.7GB... bermakna tidak melebihi kapasiti tersebut laa.. terdapat kelemahan pd cara ini adalah, tak semua player (dalam kereta, dvd player, cd player or lain) dpt membaca audio tersebut tambahan pula pada cd player itu hanya bertulis "Digital audio" sahaja dan tidak ada tulis "mp3".. ada juga kedua duanya ada dan support untuk dimainkan.. tp nasib la...

kelemahan menggunakan kaedah burn mengkut minit adalah tak boleh isi dgn jumlah lagu yg banyak dan hanya semata mata mengikut minit... tetapi kelebihan adalah support untuk semua player...

langkah ini hanya menunjukkan cara2 burn audio mengikut minit..

1. dapatkan perisian CDBurner XP.. http://cdburnerxp.se
2. install CDBunerXP tersebut... dalan jalankannya...
3. Langkah berikutnya ada dalam video dibawah ini... :)



sila kongsikan entri ini pd rakan2 anda...! terima kasih..!

Thursday, 5 January 2012

[Video] Pembakar Roti USB?



salamsejahtera..

kali ini saya nak share video mengenai tajuk yang anda baca... :) hehe..
Kebiasaan power/kuasa dari USB digunakan untuk Storan data, Cooler Pad, kipas portable dan lain-lain dimana anda boleh menjalankan gadget tersebut supaya berfungsi.  Cooler pad dan lain2 yg sama dengannya hanya mengambil tenaga dari USB manakala usb jenis storan seperti pendriver, harddisk portable menggunakan input & output data dalam USB...

Tapi yang pelik kali ini adalah selain dari storan data atau coolerpad iaitu PEMBAKAR ROTI...
Apa yang dimaksudkan adalah pembakar roti ini sumber tenaganya mengharapkan dari laptop dan komputer yang mempunyai USB... :P pembakar roti ini siap sekali dengan CD installation driver lagi tu untuk kawal pembakar roti semasa sedang digunakan melalui perisian dlm CD tersebut...

haah.. korang layan la video ni... :





Friday, 30 December 2011

Download: Internet Download Manager 6.07 Build 15



Salamsejahtera..

seperti yang anda tahu perisian ini sangat popular dikalangan penggemar mendownload file2, mp3, video movie dan file2 yang bersaiz besar (GB)... kelebihan perisian ini dengan fungsi download pada browser adalah perisian ini mempunyai kawalan limit dan unlimit manakala fungsi download pd browser anda adalah limit dengan kelajuan tertentu sahaja dan x sampai kelajuan internet sebenar anda...

apa yang pasti anda akan settingnya dengan tetapan unlimited speed mengikut keseluruhan kelajuan internet anda... kalau kelajuan internet anda 1mbps bermakna transfer rate dia boleh memecut sehingga 1.7mbps..

macam saya, kelajuan internet saya 4mbps dan ketika mendownload file menggunakan IDM, transfer rate menjadi 5.8mbps dan kdg kala mencecah 7mbps..

tetapan unlimited sudah sememangnya ditetapkan semasa anda install...

untuk mendownload IDM 6.07 Build 15.. klik sini..
Memandangkan perisian ini adalah demo/percubaan sahaja, anda perlu cracknya supaya boleh digunakan sampai bila kecuali anda update...
klik sini cara2 crack http://www.bualkomputer.com/2011/07/download-internet-download-manager-607.html

atau tonton video dibawah

 


Wednesday, 28 December 2011

Menonton Youtube Tanpa Gunakan Internet




salam,,
hari saya nak share bagaimana nak menonton youtube tanpa menggunakan internet..
so, dkt sini korang bole jimat RM150 sebulan untuk bayar bil streamyx atau pon Unifi..


1st step: dpatkan sticker you tube di kedai2 yg berdaftar
sticker ni penting, kalau tak de sticker bukan lah youtube namanya..



 2nd step: bukak sticker tu hati2 dan jangan koyakkan sticker tu walau skit pon..
sbb sticker adalah penting.. ingat!! sticker penting..



 3rd: tampalkan sticker tu di kaca tv rumah anda..
kalau takda tv kat microwave pon bole,, asalkan dari jauh nampak mcm tv
pastu korang on la tv korang tu puas2..

so? amacam? best layan you tube? haha
mana ada bnda free kat dunia ni.. nk on facebook pon kne ada internet connection..
terima kasih streamyx sbb bagi service trbaek untuk sy terus online 24 hours..

kalau anda suka sila Like dan Share kat kawan2 anda....... thanks...~

Sumber: Coretankuky.blogspot.com



Saturday, 17 December 2011

[Video] Polis Buli Mat Rempit


korang suka dengan mat rempit...? siapa yang suka kan..? kadang2 aksi bahaya diorang boleh menyusahkan pengguna jalan raya...
pemandu lain akan menggelabah bila terserempak dengan diorang terutama apabila tgh buat aksi2 bahaya... (skema pulak kalini)

jom layan video ni,..
kalau saya jd polis, saya suruh buat kat tengah org ramai.. baru diorang tau...

 


Sunday, 11 December 2011

Upload Video ke Youtube menggunakan FreeYoutubeUploader



salamsejatera...

post kali ini khas untuk uploader (youtube video).. selain memuat naik video ke youtube secara terus, sebenarnya banyak lagi jalan lain... beza diantara upload melaui youtube yg tersedia dengan menggunakan perisian, mungkin ianya menjimatkan masa...

saya tak dapat nak pastikan yang mana lebih baik... "berkemungkinan cara sebegini lebih baik dan sebab itulah perisian ini tercipta... :)
kalau nak tahu lagi anda boleh cuba dengan memuatturunnya disini" http://dvdvideosoft.com/products/dvd/Free-YouTube-Uploader.htm

selamat mencuba_

Monday, 28 November 2011

Cara Split Video

Split adalah memisah satu video untuk dijadikan beberapa bahagian untuk mempermudahkan dalam urusan upload ke file hosting terutama file hosting yang limited bukan premium... kaedah ini ramai digunakan oleh para uploader dengan tujuan berikut dan ianya juga membrikan peluang kpd pemuatturun yang mempunyai kelajuan internet yang tak brapa nak laju...

berikut langkah2nya...

1. muat turun HJ split disini.. http://www.hjsplit.org/
2. extract file zip tersebut dan run hjsplit.
3. paparan akan seperti gmbar dibwah..

4. klik pd split. klik pd input file untuk memilih video untuk di split..

5. kemudian pd split file size, pilih size yg nk dibahagikan.. disebabkan video saya size 139MB jd saya split 40Mbytes untuk setiap satu video yg di split.. dan jgn lupa ubah Kbytes menjadi MBytes...

6. kemudian klik start.. tunggu proses split selesai dan pergi ke folder asal video anda dan lihat hasil split tersebut... nampaknya saya sudah split video kepda 4 bahagian dimana setiap satu bersaiz 40mb.. boleh gabungkan semula menggunakan hjsplit ni jugak dengan fungsi join yg disediakan...

selamat mencuba...


Thursday, 24 November 2011

Convert dan kecilkan size video



salamsejahtera..
sori sangat2 sebab dah lama tak update bualkomputer ni disebabkan saya mempunyai masalah kesihatan yang agak lambat nak sembuh.. (chicken pox) alhamdulillah sekarang hampir sembuh dari penyakit tersebut...

ok, tutorial hari ini adalah cara mengecilkan size video melalui cara convert menggunakan perisian percuma iaitu freemake video converter... download freemake video converter disini http://www.freemake.com/free_video_converter/

sebelum memulakan saya nak terangkan sikit... 
cara ini adalah cara dimana ianya berfungsi mengecilkan size video melalui kaedah convert atau pertukaran format video dan dalam masa yang sama ianya tidak menfocuskan kepada convert. jd, anda boleh pilih mana2 format video.. semasa setting dalam freemake kita akan setting sizenya sahaja dimana size minimum mengikut panjang sesuatu video...tetapi kualiti hasil video yang dah convert tersebut akan berkurangan akibat proses pertukaran size. tp perubahan kualiti berubah sedikit sahaja.. tak ketara sangat dan masih cantik lagi2 video yang HD.... 

cara2:

1. buka freemake..
2. klik pada "video" pilih video anda..

3. pilih format dibahagian bawah.. saya pilih mp4..

4. kemudian pilih same as source pd tetapan preset

5. perhatikan size pd bahagaian bawah preset dan disebelah kanan.. ubah size tersebut kpd minimum.. minimum bg video saya ialah 21MB... kemudian klik OK.


6. pilih lokasi nak save video tersebut.. kemudian convert dan tunggu proses dan lihat hasilnya...



ini adalah hasil video yang telah di encoding td... kualiti masih sama... kalau nak jelas klik gambar diatas untuk zoom..
cara ini amat bersesuaian dengan kualiti dan size frame video yang tinggi, HD dan sebagainya.. ianya tidak sesuai untuk video berkualiti rendah kerana akan merendahkan lagi kualiti video yg rendah tersebut...
selamat mencuba...

Saturday, 12 November 2011

[Video]Pengantin lelaki gelabah

disebabkan terlalu gelabah,,,... macam nilah jadinye.....
:0.........
   

Saturday, 5 November 2011

[Video] Malang yang berganda


tak tau la apa kena dengan mamat sorang ni.. x de bakat ada hati nak try lompat.. elok lagi budak kecik yang nak try tu...
nak kata video ni saje2 tak tau la... yang penting mamat ni ntah hape2...
malang betul nasib mamat ni.. dah malu, malu lg, dah malu lagi, lepas tu malu lagi... :)

korang layan la video ni.. :)

 

Thursday, 3 November 2011

Hidup Steve Jobs akan Difilemkan



Nampaknya mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat filem Steve Jobs dipawagam, apabila kini ia dilaporkan yang mana Sony Pictures dalam perbincangan akhir untuk mendapatkan hak untuk menerbitkan filem mengenai tokoh teknologi terkemuka itu.

Sebelum ini, pada 6 Oktober yang lepas, Steve Jobs telah meninggal dunia yang menjadi salah satu berita utama seluruh dunia.

Sony Pictures diperkatakan sedang dalam perbincangan antara $1 juta ke $3 juta. Mungkin sekiranya Sony Pictures mendapat hak tersebut, maka mereka akan mulakan proses pembangunan skrip serta mula merakamkannya, sebelum kita dapat melihat kisah hidup Steve Jobs ditayangkan dipawagam seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi.

Sebelum ini, Sony Pictures turut sama telah mengeluarkan kisah berkenaan dengan Facebook melalui filem The Social Network, selain sebahagian daripada kisah Steve Jobs yang pernah dipertontonkan sebelum ini melalui filem Pirates of Silicon Valley.

Sumber: http://amanz.my/2011/10/sony-pictures-dalam-perbincangan-akhir-untuk-mendapatkan-hak-filem-steve-jobs/

Tuesday, 1 November 2011

[Video] Crocs tak selamat digunakan

korang mesti tahu and penah pakai kasut crocs bukan?? tak kesah la yang jenis ori atau yang ciplak2 ni... apa yang saya tahu ianya sangat berbahaya untuk dipakai disebabkan beberapa kemalangan yang menimpa oleh pemakai crocs..
terutama kpd pemakai crocs yg melalui escalator yang membuatkan ia mudah terikat dengan permukaan besi yang licin pd bahagian tepi escalator & terus terselit pd celah tangga escalator disertakan dgn kaki sipemakai crocs.... :)

ianya jenis yang bergetah & lembut serta mudah mencengkap sesuatu permukaan yang licin...

lihat sahaja video ini untuk ketahui lebih lanjut... :) 


Sunday, 30 October 2011

Download Video Youtube tanpa menggunakan software

Pada kebiasaannya anda menonton dan mendownload video di laman youtube anda menggunakan perisian youtube downloader, IDM, or software downloader lain...
sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk download video youtube tanpa menggunakan apa2 perisian downloader dengan hanya beberapa step anda boleh mendownloadnya mengikut kualiti yang sedia ada untuk dipilih...

cara tersebut ialah generatekan link video youtube memalui laman web saveyoutube.com..
dimana anda boleh preview video tersebut dan mendownloadnya terus melalui laman web tersebut...

cara2:

1. pergi ke laman youtube & search video yg dikehendaki
2. copy URL video youtube tersebut

3. pergi ke www.saveyoutube.com kemudian pastekan URL tersebut pada ruangan yg disediakan seperti gambar dibawah...

4. klik download..
5. Jika ada muncul seperti gmbr dibawah klik RUN...

6. pilih jenis format dan kualiti video tersebut...

SELAMAT MENCUBA~~