Showing posts with label apa itu motherboard. Show all posts
Showing posts with label apa itu motherboard. Show all posts

Monday, 26 December 2011

[Gambar] Design Casing CPU yang Unik

salam sejahtera...
beberapa hari lepas saya ada usha2 blog2 lain & then ternampak pula koleksi gambar menunjukkan desgin casing cpu yang begitu unik hasil kretiviti pemiliknya.. tapi saya tak tahu la siapa pemiliknya..
setiap diantara banyak2 gambar dibawah mempunyai pereka yang berbeza dan kretiviti mereka tersendiri...

mungkin juga gambar ni dah lama... saje nak share..::





















anda suka?? sila like & share entri ni... :D terima kasih...


Monday, 19 December 2011

Fakta Menarik Tentang Bill Gates


salam sejahtera.... entri kali ini berkenaan dengan billgates... saya cukup minat dengan billgates dan hasil kerjanya yang telah mengembangkan microsoft dari semasa ke semasa...
berikut tentang fakta mengenainya...



1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun!

2. Jika dia terjatuh US$1,000, dia tak perlu susah-susah untuk mengutipnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengutip wang tersebut, dia sudah memperolehi income dalam jumlah yang sama.

3. Hutang kerajaan Amerika lebih kurang US$5.2 trillion, jika Bill Gates membayar seorang hutang tersebut, dia dapat melunaskannya dalam masa kurang dari 10 tahun.

4. Dia dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi tetap dapat mempunyai baki US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya kekal dalam setahun sejumlah US$30 juta, tetapi dia tetap harus menunggu sehingga 277 tahun agar dapat sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara ke 37 terkaya di dunia atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, malah melebihi IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1,400 tahun dan menggunakan sebanyak 713 buah Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita mengandaikan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wangnya.

9. Tapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat claim US$1 untuk setiap kali komputernya hang kerana Microsoft Windows, Bill Gates akan segera bangkrap dalam masa 3 tahun!


Tuesday, 8 November 2011

Bahaya apabila guna Laptop atas tilam

laptop adalah portable komputer mudah alih yang boleh dibawa kemana dan membuat kerja harian anda yang berkaitan dengan penggunaan komputer, online, menaip, movie, download, upload dan mcm2...

ada beberapa perkara yang berbahaya sekali apabila anda sedang menggunakan laptop.
sebelum itu baca kisah ini terlebih dahulu.


Sepasang suami isteri kehilangan anaknya berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka pada 4 Jun. Anak mereka mempunyai ijazah MBA graduan University of Wisconsin-madison 2 minggu lalu pulang ke rumah untuk seketika. Dia makan tengah hari bersama bapanya di rumah sementara menuggu ibunya pulang ke rumah. Sebelum pulang ke hostel, dia mengambil keputusan untuk tidur seketika memandangkan ibunya masih belum pulang. Tak lame selepas itu, jiran mereka menghubungi 911 kerana ternampak asap tebal di rumah mereka.

Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun itu maut dalam kebakaran dan kes ini disiasat selama beberapa hari untuk mengetahui sebab kebakaran berlaku. Apabila siasatan selesai, keputusan menunjukkan kebakaran bermula dari laptop yang diletakkan di alas tilam. lelaki berusia 25 tahun itu bukan mati akibat terbakar, sebaliknya mati akibat terhidu asap beracun carbon monoxide.

Sememangnya perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tidak memberi keselamatan yang terjamin lagi pun ianya bukan sahaja membahayakan kita malah mengurangkan tahap kesihatan laptop dari segi processor yang mengeluarkan dan menyedut udara apabila diatas tilam.
tilam mengeluarkan haba yang tidak baik kepada kita dan juga peralatan lain. saya sendiri dah siasat perkara ini, ramai pengguna laptop mengalami kerosakan laptopnya darisegi cpu processor/cooler disebabkan letak diatas tilam.
yang disarankan adalah dapatkan cooler pad untuk menjadikan alas pendingin bagi laptop anda dan ini akan menyamankan laptop anda yang mengalami panas yang melampau.

kisah ini saya dpt dari blog http://campurojak.blogspot.com/2011/11/perhatian-kepada-pengguna-laptop.html
dan huraian berikutnya dari saya sendiri.

Monday, 10 October 2011

Ketahui Suhu CPU komputer/laptop (Tips)

CPU adalah komponen yang teramat penting diperlukan oleh komputer mahu pun laptop untuk memproses segala arahan dan semua aktiviti..
CPU (Central Processing Unit) adalah pekerja yang utama dalam papan induk komputer anda (motherboard) dimana ianya sentiasa bekerja & memproses walaupun anda sekadar membuka paparan desktop...

jika processor tersebut terberhenti bermakna komputer anda terus tertutup dengan sendiri dan jika processor mengalami sedikit masalah apabila sedang memproses atau pun jumlah core cpu yg telah digunakan dengan sepenuhnya, waktu itu komputer anda menjadi lembap disebabkan proses yg keterlaluan sehinggakan boleh menyebabkan mouse anda tersekat atau pon yang lebih TERUK terus langsung tak bergerak...

ok.. entri yg sepatutnya adalah cara ketahui suhu CPU anda...
cpu akan panas jika komputer digunakan terlalu lama. disebabkan pada bahagian motherboard anda terdpat kipas untuk cpu malah kurang lah tahap kepanasan.. tahap kepanasan yg teruk akan menyebabkan cpu rosak..
bagi pengguna laptop anda disarankan supaya menggunakan cooler fan/kipas penyejuk untuk mengawal thap kepnasan laptop anda... lebih elok lagi jika rumah anda menggunakan aircon.. ini akan mengurangkan lagi suhu cpu anda & menjaminkan lagi jangka hayatnya...

saya pernah menggunakan kipas angin yg menggunakan bateri kemudian saya halakan kipas tersebut pada lubang cpu yg mengeluarkan angin panas... kemudian saya biarkan dalam 15 - 30 minit.. hasilnya, saya cuba letakkan tangan pada lubang tersebut & tiada rasa panas pd lubang tersebut kemudian saya check suhu semakin berkurang dari 80 darjah kemudian menjadi 50... (kalau nk kekalkan suhu tersebut kene biarkan kipas tersebut menghala ke lubang cpu laptop) tp kipas ni pki bateri... untuk direct x payah pakai bateri, cari wayar USB yg tak digunakan lagi kemudian potong, dapatkan wayar berwarna merah dan hitam pada wayar USB tersebut kemudian hubungkan wayar tersebut pada kipas bateri tersebut.. sekarang masukkan usb tersebut dan kipas sentiasa berpusing selagi tak dicabut usb atau laptop ditutup... (hahaha.. cara ni berkesan.. saya sendiri dah test)
tapi kalau rumah dah ada aircon tak payah la buat cara ni...



terdapat pelbagai cara untuk ketahui suhu cpu anda iaitu:

cara pertama melalui paparan menu BIOS dimana semasa anda on komputer, tekan F1 atau sebagainya mengikut jenama komputer anda & paparan BIOS akan keluar disitu anda boleh lihat status CPU termasuklah suhu...


cara kedua menggunakan software dimana cara ini amat mudah sekali digunakan & tak payah nak buka bios setup lah bagai... anda hanya perlu download perisian Real Temp.. gunakan perisian tersebut untuk melihat status/suhu komputer cpu anda... download Real Temp disni... download & extract file tersebut kemudian double click pada Real Temp...

untuk lebih mudah saya sarankan guna cara yang kedua....
selamat mencuba!!

Monday, 19 September 2011

Tingkatkan Prestasi RAM komputer


RAM amat penting kepada semua komputer untuk menyimpan data secara sementara & menjalankan sesuatu program dengan cekap mengikut kapasiti RAM yang dimiliki...
makin tinggi kapasiti RAM, makin berprestasi lah RAM tersebut untuk tampung pelbagai program yang sedang digunakan....

tujuan untuk memeprestasikan RAM adalah untuk membuang saki baki program yang masih melekat pada RAM... cara ini dengan menggunakan perisian yang boleh membersihkan RAM (Clean RAM) iaitu perisian dari ioBIT advanced system care....

Dalam iobit advanced system care dapat pebagai pilihan tools yang berkhidmat dalam penjagaan komputer seperti clean junk file, system fixer dan mcm2 lagi... dan sekarang saya nak focuskan kpd RAM...

anda boleh download advanced system care disini... http://www.iobit.com/advancedsystemcareper.html

berikut cara2 Clean RAM...

1. install system care tersebut..
2. run system care...
3. paparan seperti dibawah akan muncul.. klik pada toolbox


4. pilih menu Optimize.

5. pilih smart RAM.

6. kemudian anda akan dpt lihat status semasa RAM anda... seperti gmbr dibawah..
sekarang status RAM  komputer saya yg telah digunakan ialah 2.01GB.

7. klik Go untuk mulakan clean RAM... & pilih smart clean.
8. sekarang perubahan status RAM anda dpt dilihat.. sekarang jumlah yg digunakan dlm RAM saya berubah menjadi 1.74.
bermakna ia menambahkan lagi ruang RAM anda dan mengurangkan penggunaan & saki baki running yg ada dalam ram...
selamat mencuba...

Saturday, 5 March 2011

Domain name Baru Bual komputer

salam semua.. haa.. saat-saat yang ditunggu dah pun tibe.. 
Bual komputer da menggunakan DOMAIN NAME .COM http://bual-komputer.com .. dengan domain baru ni, moge2 dpt tingkat kan lg bual komputer... dpt maju lagi.. yelakan da lame sy tunggukan saat ni... moge2 menjadi lebih baik dari sebelum ni...

bukan ape saya ingin mempermudahkan lagi pelawat2 blog bual komputer mengakses bual komputer dengan lebih mudah menaip domain name berikut.. kalau blogspot.com dengan .com.. semestinya .com lg mudah dan menjimatkan masa menaip serta mudah diingati... 

saya bukan nak berlagak or nk memperlekehkan pengguna domain free sy just nak share je... korang yg mane blom tukar lagi domain cube2 la explor... kot2 ade yg best.. yg mane selesa dngn blogspot teruskan lah.. 7 yg nak tukar sile lah...

saya memohon kpd sume tolong support blog ni k..  supaye lebih mantop... & saye cube sedaya upaya untuk menaiktarafkan blog ni & cube kurangkan ape yg x patot.. k.. ini jela sy bole update.. da x de bende nak taipkan lagi... k sebelum tu saya nak bagi tau sy beli domain ni kat laman web HTTP://JIWAHOST.COM kt situ mmg best la.. harge pn bole tahan... 

ok.. nak stop sini je.. teruskan melawat... jd pelawat setia k...

Saturday, 12 February 2011

Masalah Aero Windows anda tak aktif


..aero theme selalunya akan disediakan pada setiap windows 7 kecuali windows versi starter dan home basic... aero memang sudah popular dengan fungsi menariknya yang ada pada windows 7 anda... kini.. ada juga yang pelik apabila mereka install windows 7 pada komputer mereka, fungsi aero tidak aktif.. seakan-akan tidak ada.. tetapi mereka menggukan windows 7 versi selain dari starter...

tapi yang pakai starter anda jangan lah pelik pulak.. sebab memang fungsi aero pada starter tidak ada...
tapi bagi yang selain starter..., korang bole rujuk masalah ni dengan menyemak masalah korang melalui fungsi Troubleshoot problems yg ada pada personalize windows 7 anda..

korang boleh semak apa punca maslah aero korang.. kemudian windows akan beri tahu apa masalah yg dihadapi dengan aero korang..

kebnyakannya berpunca dari perisian driver display tidak diinstall selepas diformat.. kerana perisian driver itu amat penting bagi paparan komputer anda.. untuk dapatkan keseuaian lagi paparan windows dengan screen korang.. untuk dapatkan display driver, anda boleh download melalui laman web jenama komputer anda atau motherboard anda... tetapi jangan sekali-kali suka2 mendownload driver yg bukan jenis komuter atau motherboard anda, ia akan meyebabkan ketidak serasian windows dengan driver yg membuatkan bluescreen akan muncul apabila on komputer nnt,, dan akan restart sentiasa...

jadi, cari lah driver yg sepadan dengan komputer anda... dapatkan driver untuk display komputer anda.. ini membolehkan aero anda aktif dan potensi paparan anda lebih baik dari paparan biasa yg belum diinstall driver ntuk display anda...

ok.. stakat ini sahaja... yang saya boleh share.. saya cuma boleh membantu.. dan saya tidak boleh mencarikan driver.. disebabkan bermacam dan terlalu benyak jenis driver dan model2 komputer... ingat.. driver tidak boleh dikongsi dengan komputer yg tidak sama jenis, model dan jenama...

Tuesday, 1 June 2010

apa itu motherboard

TENTANG MOTHERBOARD
FUNGSI MOTHERBOARD
Pusat pengendali yang mengatur kerja-kerja dari semua komponen yang terpasang padanya.
contohnya KOMPONEN:
CD-ROM
USB
HARD DISK
GRAPHIC CARD
AUDIO CARD
NETWORK CARD
DAN SLOT - SLOT YG LAIN...

Mengatur pemberian daya listrik pada setiap komponen PC.
Lalu lintas data semuanya diatur oleh motherboard, mulai dari peranti peyimpanan (harddisk, CD-ROM), peranti masukan data (keyboard, mouse, scanner), atau printer untuk mencetak.
Perkembangan Motherboard

Pada akhir tahun 1980-an dan selama dekade 1990-an, pasar prosesor untuk PC didominasi oleh Intel. Ada beberapa perusahaan prosesor untuk PC, tetapi pengaruh mereka kalah jauh dibanding Intel. Lagi pula rata-rata prosesor buatan mereka masih mengambil desain x86 buatan Intel juga.
Mulai akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000, kondisi tersebut berubah. Pasar prosesor tidak lagi terlalu tergantung pada Intel, karena pesaing mereka, AMD, mengeluarkan prosesor K6-2 dan Athlon yang ternyata mampu bersaing dengan prosesor buatan Intel.
Dan di tahun itu pula sebuah industri penghasil chipset asal Taiwan, VIA Technologies, juga telah mampu membuat chipset yang berkualitas dan berharga murah. Para produsen motherboard tidak lagi tergantung pada Intel untuk merancang dan membuat motherboard mereka, sehingga perkembangan teknologi dan desain motherboard mengalami peningkatan yang sangat pesat.
Selain itu, demam overclocking juga turut menyumbangkan peranan dalam perkembangan dunia motherboard. Para produsen motherboard berlomba-lomba mengeluarkan motherboard yang dirancang mampu memberikan tingkat overclock yang tinggi, tapi tetap mampu menjaga kestabilan sistem. Pokoknya, kalau ada motherboard yang tidak bisa digunakan untuk meng-overclock prosesor dan memori, maka hampir dapat dipastikan motherboard tersebut kurang laku di pasaran.