Showing posts with label edit gambar. Show all posts
Showing posts with label edit gambar. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Asas Dalam Mencipta Banner Blog/Web (Photoshop)


Banner adalah sesuatu yang penting untuk memaparkan sesuatu tajuk dengan lebih jelas bagi mempelbagaikan logo atau tema sesuatu tujuan memberi tahu pengunjung tentang blog tersebut.

Asas kepada proses pembinaan banner blog yang pereka perlukan adalah perisian yang sesuai seperti photoshop oleh kerana saya biasa dengan perisian tersebut malah saya terangkannya merujuk kepada perisian berikut mungkin untuk lebih penjalasan atau permudahkan saya memberi penjelasan.

1. Mencipta saiz sebelum memulakan teknik2 penghasilan banner dalam photoshop untuk menentukan saiz banner yang dikehendaki.
kebiasaan banner bersaiz 960x150 atau 960x200 atau mengikut kesesuan saiz yang diperlukan laman utama blog/web.

pada menu "file>new>" anda boleh mencipta ruangan & menentukan saiz image bagi banner anda.
Dengan mengguna fungsi transparent, latar belakang banner anda akan ditentukan sendiri dimana anda letakkan banner anda. jika anda tidak mahu transparent, anda boleh ubahnya kpd white & ubahnya kepada background yang anda suka. tp dalam rajah saya menghidupkan transparent.




2. selepas sahaja saiz sudah dicipta, anda perlu menambah apa2 lapisan/layer seperti text atau object lain seperti gambar transparent.
dlm gambar dibawah saya mulakan dengan text.

3. Ubah kesan text dengan fungsi blending options.. untuk menghidupkan blending options anda hanya perlu doubleclick pada layer text & muncul tetingkap tetapan kesan bagi text anda.

menambah kesan bayang pada text. tetapan selebihnya bagi kesan bayang anda boleh ubahnya dibahagian tetapan disebelah kanan. 

menambah kesan kecerunan atau kesan imbangan bagi nama lain. pernampakkan text anda berkilat dan mempunyai tone gelap ke cerah atau pembahagi cahaya.

4. Menambah image.png transparent pada banner dengan hanya mengimport masuk ke dalam photoshop kemudian menggunakan move tool anda boleh tampalnya pada banner anda.

memindahkan untuk ditampal pada banner anda menggunakan move tool.


setelah kerja2 penghasilan banner blog anda menggunakan photoshop selesai, perkara yang paling penting adalah simpan//save gambar banner anda mengikut format file yang sesuai. jika image anda adalah transparent seperti dalam rajah yang saya buat, anda perlu save dalam format PNG & jika tiada transparent anda boleh menggunakan format file yang sesuai seperti jpeg & png pun boleh untuk kualiti yg lebih baik.

setakat ini sahaja asas dalam mencipta banner blog yang saya boleh kongsikan & ini juga adalah asas kepada cara-cara menggunakan adobe photoshop yang mesti anda perlu tahu untuk penggunaan yang membabitkan imej digital.

Wednesday, 9 January 2013

Pentax menyertai pembuatan KAMERA KOMPAK


Pentax menyertai pembuatan KAMERA KOMPAK



Sebuah kamera berjenama "Pentax Scuderia" Design Retro Camera dicipta dengan Reka Bentuk Brass klasik.  Walau bagaimanapun,Pentax memasuki pasaran kamera kompak dengan harga $499,95 bagi model MX-1 yang pertama.Kamera Vintaj gaya sepanjang garis X20 FUJIFILM - masih lagi menarik perhatian orang ramai.

Setakat yang saya boleh beritahu, Pentax masih dalam jejak langkah mengembara. Malangnya,kamera Pantex MX-1 menggunakan sensor BSI YANG telah menjadi popular akhir-akhir ini, sebaliknya, spesifikasi agak setanding dengan model seperti Olympus XZ-2 atau Samsung EX2F, kedua-duanya juga mempunyai 1/17-inch BSI sensor.Pentax MX-1 mempunyai 12 megapixel. Ia mampu menangkap dengan cepat, walaupun skrin tidak besar,mempunyai Frame - f1.8-2.5 28-112mm.

Ciri - ciri lain termasuk ialah mempunyai resolusi skrin yang agak tinggi iaitu 3-inci dengan paparan jelas, 1080/30p video H.264, dan sensor peralihan penstabilan.

Walaupun terdapat banyak kata-kata negatif mengenai kamera ini,namun tiada apa yang menghalangnya keluar di pasaran untuk semua peminat kamera.Pentax MX-1 mampu memenuhi beberapa keperluan yang tidak terdapat dalam pasaran kamera lain. Saya rasa kita akan melihat Pantex MX-1 dipasaran.Ia kemungkinan dijadualkan untuk penjualan pada bulan Februari 2013.


                                          Terdapat lebih 50 jenis warna bagi kamera Pantex MX-1


Sumber rujukan: CNET UK

Saturday, 24 March 2012

Kemunculan Adobe Photoshop CS6 Beta (Download)

Salam sejathtera & salam 1 malaysia...

Berita baik kepada semua pengguna photoshop terutama yang menjadikan photoshop sebagai perisian pengeditan kegemaran..

Adobe kini mula melancarkan photoshop CS6 dan ianya versi terbaru berbanding CS5.5..

photoshop cs6 beta kini didatangi dengan ciri dan fungsi pengeditan yang baru serta korang boleh kendalinya dengan mudah berbanding dengan fungsi cs sebelumnya yang korang rasa masih lagi pening untuk menggunakannya.

Ciribaru dan fungsinya amat mengkagumkan para pengguna yang ingin menantikan kemunculan rasmi dan versi stabil adobe photoshop cs6 akan datang. setakat ini adobe hanya melancarkan versi beta dimana ianya adalah versi percubaan untuk mendapatkan maklum balas dari pengguna sama ada positif atau negatif. ini akan membantu adobe untuk memperbaiki PS CS6 beta kpd yang lebih baik dan mencapai ke tahap stabil dan dalam masa yang sama status BETA akan dihapuskan untuk CS6.

insyaallah, akan datang saya akan post tentang fungsi CS6 beta ini...
so, korang boleh la cuba sekarang & tengok preview video kat bawah ni..

DOWNLOAD Photoshop CS6 Beta.
VIDEO:

 Korang boleh usha lagi preview video photoshop cs6 yang disiarkan oleh adobe di laman rasmi youtube adobe:
http://www.youtube.com/playlist?list=PL8776E00BAFB19D73&feature=plcp

Sunday, 13 November 2011

[Video] Photoshop tutorial - Neon Text

gambar original yg telah saya neonkan.. :) klik pada gambar untuk resolusi tinggi..

salamsejahtera kpd pelawat bualkomputer... kali ini saya nak share cara-cara (tutorial) buat neon text menggunakan perisian mengedit yang popular iaitu photoshop...
teknik yang saya gunakan ialah mengambil latar belakang batu retak yang asalnya terang dan digelapkan supaya nnt boleh di lawankan dengan neon text tersebut.... ini adalah basic saya dalam teknik ini.. maybe anda boleh buat lebih lagi dengan daya kreatif anda..

font yang saya gunakan adalah font neon.. dimana anda boleh dapatkan pelbagai jenis font yg menarik ni dafont.com....

ikut langkah yang disediakan dlm video yang telah saya buat ni... selamat mencuba...

Tuesday, 18 October 2011

Permudahkan pengurusan Media dengan Free Studio


Freestudio adalah perisian pengurusan media yang mudah digunakan dengan antaramukanya yang mesra pengguna dan kelihatan mudah digunakan dengan menu yang simple dan cantik...
antaramukanya kelihatan seperti mobile))

dengan perisian ini anda boleh mendownload dan memuat naik terus video ke youtube & convert ke format yg dipilih....

antara fungsi mudah yang berikut ialah cut/memotong mp3 & audio.... antaranya: audio converter, audio to flash, free audio dub/cut, youtube to mp3, video to mp3, audio cd burner, audio cd to mp3 & bnyak lagi....

berikut fungsinya:







Thursday, 1 September 2011

Photoshop Tutorial - Cara Design ketupat [video]



salam... sempena raya ini saya ada buat tutorial (video)  cara2 design ketupat guna photoshop...
caranya amat mudah sekali kpd yang baru nak jinak dengan photoshop ini...
anda hanya perlu mengikut step yang telah saya tunjukkan dalam video tersebut dimana anda perlu membuat layer baru setiap object yang anda buat...

lihat video berikut untuk tutorial kali ini:

Friday, 26 August 2011

[Download] Set Icon Menarik

disini saya nak share icon2 yang menarik yang boleh dijadikan icon folder or application pada windows anda... supaya nampak lebih menarik.. malah ianya juga disokong oleh perisian stardock/objectdock iaitu perisian hiasan desktop anda supaya nampak icon anda lebih menarik dengan pergerakan dan susun atur icon anda menggunakan objectdock...

koleksi2 ini boleh didpati di carian icon di laman iconfinder.com.. disitu terdapat berlambak-lambak icon yang boleh anda download....

kat sini saya nak shortcutkan lah kpd sesiapa yang malas nk search...
atau anda boleh mendaftar account iconfinder.com untuk mendapatkan latest update icon yg menarik... http://www.iconfinder.com/browse

Google plus
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3Aiconshock_plus
Google Plus

Adobe
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3AAdobe_Set
Adobe Set

Supermono reflection
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3Asuper-mono-reflection
Super Mono Reflection

Super mono stickers
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3Asuper-mono-sticker
Super Mono Stickers

iWindows
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3Aiwindows-by-wwalczyszyn-d3dwi6l
iWindows

RSS Icon
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3ARSS_icons
RSS icons

SHARP Folder icon
http://www.iconfinder.com/search/?q=iconset%3Asharp_folder_icons_by_folksnet
SHARP Folder icons

NAK PILIHAN ICON LAGI BEST? SINI...


Monday, 27 June 2011

FreemakeVideoConverter video converter yang Best!~

Seperti yang korang semua lihat & tahu, bnyak software2 video converter yang bersepah-sepah di internet dimana korang semua boleh download/muatturunnya secara percuma mahupun premium (yg berbayar)
jpelbagai keistimewaan setiap jenis2 perisian video converter yang ada disediakan.. kene la rajin xplor...

tetapi kali ini apa yang saya nak kongsi adalah sebuah lagi perisian video converter yang best & mudah digunakan dengan paparan menunya yang simple malah cantik... pelbagai fungsi kita boleh perolehi dengan video converter ini.. yang saya maksudkan adalah perisian Freemake Video Converter...

Dengan menggunakan freemake video converter ini korang boleh memilih format video yang nak diconvertkan dengan adanya format2 seperti avi, mkv, apple, mobile seperti 3gp dan lain2, DVD, mp4, wmv, swf, flv, mpeg, sony.

 fungsinya bukan hanya kepada converter sahaja, anda boleh burn video terus ke DVD dengan tetapan yang tersedia..
bagi setiap format yang dipilih anda boleh mengubah suai ciri2 format yang anda pilih dari segi nisbah aspek, pixel, resolusi dan lain2 mengikut kesesuaian anda dan pemain video... ia juga turut menyediakan fungsi convert terus ke format bluray...

antara fungsi tambahannya ialah, anda boleh memilih gambar2 anda untuk dijadikan slideshow video dalam format pilihan anda... dan yang paling best anda boleh memuat turun video youtube dengan copy url video youtube dan paste diruangan freemake video converter... bukan itu sahaja, boleh juga memuat naik terus video anda ke youtube memalui perisian tersebut...

DOWNLOAD FREE MAKE VIDEO CONVERTER DISINI

Sunday, 12 June 2011

Reka Rupa Wajah Anda Dengan Tanah Liat

Kali ni saya nak share laman web yang dikhaskan untuk reka wajah yang diperbuat dari tanah liat.. ini bukan bermakna anda perlukan tanah liat, tetapi dengan reka bentuk dan anggotanya yang tersedia, anda boleh memilih mengikut keseuaian sama ada mahukan wajah seiras anda atau seseorang mahu pun sekadar suka2...

dengan wajah2 tanah liat yang comel-comel ini anda boleh mamuat naik dan dijadikan sebagai profile picture laman sosial seperti facebook atau laman2 lain yang memerlukan account...
saya amat menyukakan bentuknya yang agak comel walaupun wajahnya tidak seiras dengan saya.. :D

untuk memulakan penghasilan untuk membuat wajah tanah liat ini,, pergi ke http://clayyourself.com
paparan seperti gambar dibawah akan muncul... klik GET START

dan sekarang anda boleh mulakan reka wajah DENGAN menu yang diseakan.. menu yang disediakan amat mudah digunakan dengan hanya pilih, pilih dan pilih...

pilih reka bentuk rupa & angota yang diinginkan...







Apabila sudah siap dan berpuas hati dengan apa yang anda lakukan tadi..,, anda boleh siapkan dengan klik pada Finish..
dan daftarkan nama dan email anda.. kemudian pilih sama ada anda nak share terus ke facebook, twitter atau terus memuat turun ke komputer anda..

SELAMAT MENCUBA!!~~

Saturday, 11 June 2011

Download Splatter, Dimension, evasion & Circle Brush untuk Photoshop

disini saya nak share brush2 yang menarik untuk dipasang dan digunakan pada Photoshop anda... kegunaan brush bagi photoshop sebenarnya boleh dipelbagaikan dengan mencarinya dicarian dan memuatturun...
bermacam macam jenis brush yang menarik yg direka oleh pihak tertentu dengan tujuan memantapkan lagi penggunaan phoshop dan mempermudahkan...

untuk memasang brush yg saya nak kongsikan ini anda perlu download dahulu... lepas dah download, extract file yg berformatkan zip tersebut.. dan copy yg telah di extract tersebut dan pastekan pada C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop\Presets\Brushes dan anda boleh test brush baru tersebut dengan membuka photoshop anda dan pilih brush kemudian right click dan klik pada simbol anak panah kanan dan pilih nama brush yg baru diinstall tadi... kalau tak faham juga, rujuk entri lama ini... http://www.bualkomputer.com/2010/12/koleksi-tattoo-brush-untuk-photoshop.html

http://myphotoshopbrushes.com/brushes/id/378 : splatter

Photoshop brushes
http://myphotoshopbrushes.com/brushes/id/381 : Dimension

Photoshop brushes
http://myphotoshopbrushes.com/brushes/id/332 : evasion

Photoshop brushes
http://myphotoshopbrushes.com/brushes/id/331 : circles

Monday, 7 March 2011

Wallpaper Bual komputer (1600x1000)

salam.. semua kepada pelawat pelawat blog bual komputer x kira pelawat setia atau just singgah2.. post kali ni saye nak share wallpaper Bual komputer yang didesign oleh adminnye.. saye la tu..:D..
Bukan ape, boring2 menghadap komputer sambil2 Conteng2 dan terlalu bosan sangat terpikir nak design2 wallpaper Bual komputer ni..
saye tak terpikir nak buat design macam ni.. tiba2 datang pulak idia...

saye design wallpaper ni menggukan adobe photoshop.., tak kire la CS ke atau yang biase.. klo stakat nak design mcm ni 7.0 pun boleh.. cume nak bnyak design dalam kepale la.. 
pixel wallpaper ni saye amik 1600x1000.. ok tak.. ok kan... berdifinisi tinggi HD... hehe.. simple je.. x gempak mane pun.. 

ini dia wallpaper yang didesign saye. simple.. Nak tengok cantik tak cantik,, klik pada gambar & zoom..
Bual komputer - PurpleLens - 2011
Bual komputer - Orange1 - 2011
Bual komputer Cloud1 - 2011

cantik tak.. klo cantik komen kat bawah.. klo tak komen jugak ok.. thnks..

Saturday, 5 March 2011

Domain name Baru Bual komputer

salam semua.. haa.. saat-saat yang ditunggu dah pun tibe.. 
Bual komputer da menggunakan DOMAIN NAME .COM http://bual-komputer.com .. dengan domain baru ni, moge2 dpt tingkat kan lg bual komputer... dpt maju lagi.. yelakan da lame sy tunggukan saat ni... moge2 menjadi lebih baik dari sebelum ni...

bukan ape saya ingin mempermudahkan lagi pelawat2 blog bual komputer mengakses bual komputer dengan lebih mudah menaip domain name berikut.. kalau blogspot.com dengan .com.. semestinya .com lg mudah dan menjimatkan masa menaip serta mudah diingati... 

saya bukan nak berlagak or nk memperlekehkan pengguna domain free sy just nak share je... korang yg mane blom tukar lagi domain cube2 la explor... kot2 ade yg best.. yg mane selesa dngn blogspot teruskan lah.. 7 yg nak tukar sile lah...

saya memohon kpd sume tolong support blog ni k..  supaye lebih mantop... & saye cube sedaya upaya untuk menaiktarafkan blog ni & cube kurangkan ape yg x patot.. k.. ini jela sy bole update.. da x de bende nak taipkan lagi... k sebelum tu saya nak bagi tau sy beli domain ni kat laman web HTTP://JIWAHOST.COM kt situ mmg best la.. harge pn bole tahan... 

ok.. nak stop sini je.. teruskan melawat... jd pelawat setia k...

Sunday, 27 February 2011

Tips Banner Blog


salam sejahtera pelawat blog bual komputer... update terskini.. saya ingin share tip2 buat banner blog nampak lebih menarik... kebanyakannya banner blog diedit dengan menggunakan perisian2 biase seperti photoscape atau sebagainya... dan mengambil serta mencari gmbr diinternet dan terus diedit untuk dijadikan latar belakang banner blog... ini membuatkan kretiviti korang tidak nampak sangat....

anda digalakkan lagi mendesign sendiri banner menggukan perisian photoshop.. di phooshop anda boleh mnegedit pelbagai jenis gamba serta membuat fail gambar baru dan direka sendiri olah anda mengikut selera dan kretiviti anda..
banner Bual komputer january.2011 http://bual-komputer.blogspot.com/
Banner Bual komputer February.2011 http://bual-komputer.blogspot.com/ 

untuk nmpak lebih menarik anda perlu setkan banner anda dengan saiz 960x200 atau 960x180.. ini adalah saiz banner yg sesuai dan nampak berdifinisi tinggi.. anda boleh jadikan banner anda lebih jelas.. 
membuat banner transparent seperti bual komputer diatas.. dimana banner itu hanya memaparkan layer  yg anda letak sahaja contoh seperti tulisan bual komputer dan dikelilingnya transparent/tembus latar blakang... pastikan jika buat transparent pilih format gambar .PNG....

buat banner jangan lah terlalu serabut sehinggakan nampak buruk.. jika serabut tapi menarik serta bertujuan itu adalah digalakkan.. tp jika serabut dan semak ia akan nampak buruk... pastikan yg serabut tu nmpak warna warni yg bersih dan menarik.. seperti abstract atau sebagainya...

jika edit gunakan photoshop dan ingin meletakkan gamabr anda pada banner pastikan pemotongan layer itu nampak kemas.. tidak anda bekas2 comot layer yg terdapat pada layer... pastikan nampak real sikit apabila lekat pada background...

lagi satu...,, pastikan banner atau warna banner bersesuaian dengan tema blog.. jika biru sesuaikan sengan tema blog korang yg biru atau biru putih atau biru dengan warna lain.. jangan mempelbagaikan warna lebih dari 3 warna.. kemungkinan akan serabutkan tema warna blog...
 biarkan agak simple asalkan menarik...
ok... setakat ini sahajalah yang saya boleh kongsi... jumpe dilain ntri k...