Showing posts with label kipas penyejuk. Show all posts
Showing posts with label kipas penyejuk. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

All CPU Meter Gadget Windows muncul versi terkini


Assalamualaikum & salam 1 malaysia..

Dengan ini GADGET ALL CPU meter anda boleh memaparkan jumlah penggunaan pemproses dalam peratusan, kelajuan jam pemproses, nama pemproses, memaparkan semua teras penggunaan pemproses dalam peratusan dengan warna yang berbeza.

Menyokong sehingga 2 pemproses dan sehingga kepada 16 teras ada termasuk 16 teras, dua belas teras, lapan teras, enam teras, teras quad, tiga teras, dual core dan teras tunggal.

Bagi teras pemproses suhu dan ciri suhu CPU memberi amaran kpd anda untuk menjalankan PC Meter atau CoreTemp permohonan di latar belakang untuk menunjukkan suhu.
Bagi RAM (Random Access Memory) ia boleh memaparkan, percuma, jumlah penggunaan dalam MB (megabytes) dan juga jumlah penggunaan di bar dan peratusan. Bagi graf ia boleh memaparkan semua teras penggunaan pemproses dan penggunaan RAM dengan melukis gaya selaras atau dipenuhi.

Bagi ciri-ciri flyout anda perlu klik pada ikon (Intel, AMD atau CPU) atau klik pada tajuk (Penggunaan CPU) untuk menunjukkan maklumat. Terdapat banyak pemproses maklumat yang dimasukkan (pengilang, nama pemproses, Caption, pemproses Id,  kelajuan jam, saiz cache L2, saiz cache L3, voltan semasa, bilangan teras dan bilangan pemproses logik) , sistem operasi (nama OS, CSD versi, versi OS, nombor siri, tarikh pemasangan, beberapa proses, bilangan pengguna OS seni bina dan), Base Board (pengilang, produk dan nombor bersiri), BIOS (nama pengeluar BIOS, versi BIOS, tarikh pembebasan dan nombor siri) dan Sistem Komputer (pengilang, model dan jenis sistem).

anda boleg download all cpu meter gadget untuk windows disini http://addgadgets.com
(tersedia untuk edisi windows 8)

sumber rujukan: addgadgets.com (laman rasmi all cpu meter)

Tuesday, 8 November 2011

Bahaya apabila guna Laptop atas tilam

laptop adalah portable komputer mudah alih yang boleh dibawa kemana dan membuat kerja harian anda yang berkaitan dengan penggunaan komputer, online, menaip, movie, download, upload dan mcm2...

ada beberapa perkara yang berbahaya sekali apabila anda sedang menggunakan laptop.
sebelum itu baca kisah ini terlebih dahulu.


Sepasang suami isteri kehilangan anaknya berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka pada 4 Jun. Anak mereka mempunyai ijazah MBA graduan University of Wisconsin-madison 2 minggu lalu pulang ke rumah untuk seketika. Dia makan tengah hari bersama bapanya di rumah sementara menuggu ibunya pulang ke rumah. Sebelum pulang ke hostel, dia mengambil keputusan untuk tidur seketika memandangkan ibunya masih belum pulang. Tak lame selepas itu, jiran mereka menghubungi 911 kerana ternampak asap tebal di rumah mereka.

Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun itu maut dalam kebakaran dan kes ini disiasat selama beberapa hari untuk mengetahui sebab kebakaran berlaku. Apabila siasatan selesai, keputusan menunjukkan kebakaran bermula dari laptop yang diletakkan di alas tilam. lelaki berusia 25 tahun itu bukan mati akibat terbakar, sebaliknya mati akibat terhidu asap beracun carbon monoxide.

Sememangnya perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tidak memberi keselamatan yang terjamin lagi pun ianya bukan sahaja membahayakan kita malah mengurangkan tahap kesihatan laptop dari segi processor yang mengeluarkan dan menyedut udara apabila diatas tilam.
tilam mengeluarkan haba yang tidak baik kepada kita dan juga peralatan lain. saya sendiri dah siasat perkara ini, ramai pengguna laptop mengalami kerosakan laptopnya darisegi cpu processor/cooler disebabkan letak diatas tilam.
yang disarankan adalah dapatkan cooler pad untuk menjadikan alas pendingin bagi laptop anda dan ini akan menyamankan laptop anda yang mengalami panas yang melampau.

kisah ini saya dpt dari blog http://campurojak.blogspot.com/2011/11/perhatian-kepada-pengguna-laptop.html
dan huraian berikutnya dari saya sendiri.

Monday, 10 October 2011

Ketahui Suhu CPU komputer/laptop (Tips)

CPU adalah komponen yang teramat penting diperlukan oleh komputer mahu pun laptop untuk memproses segala arahan dan semua aktiviti..
CPU (Central Processing Unit) adalah pekerja yang utama dalam papan induk komputer anda (motherboard) dimana ianya sentiasa bekerja & memproses walaupun anda sekadar membuka paparan desktop...

jika processor tersebut terberhenti bermakna komputer anda terus tertutup dengan sendiri dan jika processor mengalami sedikit masalah apabila sedang memproses atau pun jumlah core cpu yg telah digunakan dengan sepenuhnya, waktu itu komputer anda menjadi lembap disebabkan proses yg keterlaluan sehinggakan boleh menyebabkan mouse anda tersekat atau pon yang lebih TERUK terus langsung tak bergerak...

ok.. entri yg sepatutnya adalah cara ketahui suhu CPU anda...
cpu akan panas jika komputer digunakan terlalu lama. disebabkan pada bahagian motherboard anda terdpat kipas untuk cpu malah kurang lah tahap kepanasan.. tahap kepanasan yg teruk akan menyebabkan cpu rosak..
bagi pengguna laptop anda disarankan supaya menggunakan cooler fan/kipas penyejuk untuk mengawal thap kepnasan laptop anda... lebih elok lagi jika rumah anda menggunakan aircon.. ini akan mengurangkan lagi suhu cpu anda & menjaminkan lagi jangka hayatnya...

saya pernah menggunakan kipas angin yg menggunakan bateri kemudian saya halakan kipas tersebut pada lubang cpu yg mengeluarkan angin panas... kemudian saya biarkan dalam 15 - 30 minit.. hasilnya, saya cuba letakkan tangan pada lubang tersebut & tiada rasa panas pd lubang tersebut kemudian saya check suhu semakin berkurang dari 80 darjah kemudian menjadi 50... (kalau nk kekalkan suhu tersebut kene biarkan kipas tersebut menghala ke lubang cpu laptop) tp kipas ni pki bateri... untuk direct x payah pakai bateri, cari wayar USB yg tak digunakan lagi kemudian potong, dapatkan wayar berwarna merah dan hitam pada wayar USB tersebut kemudian hubungkan wayar tersebut pada kipas bateri tersebut.. sekarang masukkan usb tersebut dan kipas sentiasa berpusing selagi tak dicabut usb atau laptop ditutup... (hahaha.. cara ni berkesan.. saya sendiri dah test)
tapi kalau rumah dah ada aircon tak payah la buat cara ni...



terdapat pelbagai cara untuk ketahui suhu cpu anda iaitu:

cara pertama melalui paparan menu BIOS dimana semasa anda on komputer, tekan F1 atau sebagainya mengikut jenama komputer anda & paparan BIOS akan keluar disitu anda boleh lihat status CPU termasuklah suhu...


cara kedua menggunakan software dimana cara ini amat mudah sekali digunakan & tak payah nak buka bios setup lah bagai... anda hanya perlu download perisian Real Temp.. gunakan perisian tersebut untuk melihat status/suhu komputer cpu anda... download Real Temp disni... download & extract file tersebut kemudian double click pada Real Temp...

untuk lebih mudah saya sarankan guna cara yang kedua....
selamat mencuba!!

Tuesday, 8 June 2010

Cooler Pad

(gambar) cooler pad yang biasa

Penyejuak untuk laptop atau komputer riba. ramai pengguna - pengguna gemar menggunakan laptop di atas tilam atau di lapik dengan batal. perbuatan tersebut sebenarnya perbuatan yang tidak baik sebaigai pengguna laptop yang cermat.
kenapa tidak boleh bermain laptop diatas tilam?
kerana tilam akan menghalang kemasukan udara dan tilam juga mempunyai udara yang tidak baik untuk laptop anda. udara atau kotoran tilam akan memasuki bahagian kipas didalam mainboard anda membuatkan kotoran itu menyekat dan memperlahankan sistem kipas pada laptop anda dan kemudian laptop anda mengalami kerosakan yang teruk. KaN DAh MEMbazir jer....

COOLER PAD
Ramai yang tidak tahu cooler pad ini ape, bagaimana, dan berapa harganya? cooler pad bertujuan untuk menyejukkan bahagian kipas atau senang cerita temperature laptop terkawal dengan baik. apabila anda menggunakan cooler pad kadar temperature laptop anda terkawal dan tidak terlalu panas anda boleh menggunakan laptop berjam-jam gitu.... apa bila terlalu panas motherboard akan bermasalah atau sistems operasi terganggu. cooler pad ini tidaklah terlalu mahal cuma dibawah RM50 sahaja malah ada harga yang lebih murah iaitu RM 20/10. cooler pad ini saya jamin ia tidak mudah rosak jika anda menggunakan dgn betul kerana ia tidak menggunakan board litar yang berserabut ia cuma menggunakan USB, wayar, dan motor DC. kemungkinan ada cooler pad yang mempunyai board litar mungkin itu lebih power........

cooler pad yang mahal skit....tu...