Showing posts with label laman web. Show all posts
Showing posts with label laman web. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Facebook Mengumumkan Penambahan Sokongan Hashtag


Sokongan  hashtag sebelum ini adalah sokongan yang digunakan pada pengguna laman twitter dimana fungsi tersebut adalah popular bertujuan untuk perkatakan topik atau digelar sebagai trend.

namun begitu pihak facebook juga mengambil langkah yang sama untuk mewujudkan fungsi sokongan hashtag bagi memperlihatkan lagi laman itu berfngsi mengikut selera pengguna.
dengan fungsi hashtag di facebook, pengguna boleh mencari pelbagai topik apa apa topik yg berkenaan dengan hashtag termasuk gambar, video, pautan atau sebagainya.

fungi baru ini mungkin akan diperluaskan secara berperingkat untuk diperluaskan tidak lama lagi bagi mewujudkan sesuatu yang baru pada laman facebook kerana ini adalah satu perkara yang menarik.


Thursday, 16 May 2013

Google Apps Mula Digunakan Oleh Sekolah-Sekolah Di Malaysia


pihak Google turut berkongsi mengenai penggunaan Chromebook dan juga Google Apps di dalam sistem pendidikan di Malaysia.


Daripada apa yang dikongsikan pihak Google, seramai 10 juta pelajar di Malaysia akan menggunakan Google Apps, dan dikatakan CHromebook akan mula digunakan di sekolah seluruh Malaysia.

Beberapa sekolah telah pun mula menggunakannya, dan turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G daripada Yes pada hari ini. Pihak Yes sendiri dijangka akan membuat pengumuman berkaitan dengan perkara ini pada minggu hadapan.

SUMBER ASAL: AMANZ.MY

Sunday, 20 January 2013

Senarai Blog Komputer/IT Bahasa Melayu 2013

assalamualaikum & salamsejahtera..

makin canggih teknologi makin ramai yang berminat untuk mengikuti semua perkembangan tentang komputer, gadget, web, blog, software, hardware, virus, jenama, berita semasa tentang IT atau banyak lagi yang memberi jalan mudah untuk setiap orang ketahui semua perkara berkaitan.

saya telah explore dan telah menghimpunkan senarai blog/web dimana artikelnya tentang IT, tutorial, komputer & berita semasa tentang dunia teknologi atau sebagainya yang berkaitan yang boleh anda baca & membuat sebagala rujukan yang mungkin penting bagi anda untuk mengetahuinya.

1. Bualkomputer.com | Teknik & Informasi Komputer
2. Sembangkomputer.com | Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet
3. Amanz.my | Informasi Teknologi Terkini
4. JomPHP.com | Pusat Informasi IT anda !
5. blog.cekapkomputer.com | Sumber Ilmu Pengetahuan Untuk Anda
6. linuxmalaya.com | Lunux Untuk Semua
7. melayubuntu.blogspot.com | Ubuntu Untuk Malaysia
8. sumberterbuka.net | Laman Komuniti Sumber Terbuka
9. xlawsknowledges.blogspot.com
10. deensokmo.blogspot.com
11. www.infomalaya.com | Info Malaya
12. adamasalahbarunakcari.blogspot.com
13. www.sifoo.com | Sumber Seni Grafik & Multimedia Malaysia
14.baikipc.wordpress.com | Masalah Komputer
15. www.mywindowsxp.info | Malaysian Computer Technical Blog
16. www.omghackers.com | Tips dan Tutorial Komputer/IT

seperti diatas yang mungkin terbaik bagi saya setakat ini... :)

© 2013 www.bualkomputer.com

Saturday, 19 January 2013

Ketahui Siapa guna Wifi anda dan block!


Salamsejahtera dan salam 1malaysia...

Sekarang ini dah boleh katakan setiap rumah mesti ada line internet atau internet secara Wifi untuk berkongsi kan internet dengan laptop or komputer yang lain didalam rumah... kelebihan wifi ini banyak sebenarnya dari segi untuk berkongsi... dan keburukan dia adalah kalau jiran sebelah dpt tangkap line wifi korang & terer crack password WEP korang mmg malang la... kalau just guna untuk browse laman web tak ape..., inikan download mcm2 sampaikan tarikan jumlah Mbps tu hanya pergi ke jiran korang je,,. yg korang pulak bengang internet lembap...

kalau internet tu dah rasa lebab maybe adalah orang yang tengah ambil kesempatan kat wifi korang...

Ok.. sekarang saya nk tunjukkan cara2 check siapa yang sedang menggunakan wifi anda...

kalau nk usha sape yg guna wifi korang guna wirless network watcher... (nk watcher sahaja x boleh kill) download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Information/Wireless-Network-Watcher.shtml

nak senang guna netcut:.. boleh watch & kill... download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Monitoring/netcut.shtml

Cara2...

1. download netcut.
2. install
3. buka netcut yg telah diinstall (kalau windows vista & 7 rightclick padanya & run administrator)
4. perhatikan pd HostName.., jika ada nama komputer yg tidak dikenali atau disyaki jiran anda yg curi klik pdnya... kemudian klik cut off.. icon pd komputer yg anda block itu akan bertukar jd merah seperti langkah 5.

5. sekarang anda dah block komputer tersebut dari akses wifi anda...

6. untuk unblock balik.. klik Resume


kalau wifi korang lebab, check tak de sape yg curi.. itu kne call TM or sewktu dgnnya..



Monday, 14 January 2013

Google Chrome versi beta Untuk Android dilepaskan


pengguna Android kini boleh mencuba google chrome versi baru & beta..

Google Chrome 25 beta untuk  android versi 4.x  telefon pintar dan tablet, nombor versi selari dengan pengumuman untuk komputer peribadi. Sebelum ini, satu-satunya pilihan tepat adalah versi stabil Chrome untuk Android.

Chrome beta untuk Android boleh didapati di  store aplikasi Google Play, tetapi hanya dengan mengikuti pautan yang - ia tidak kelihatan dalam carian Google Play, kata Google. Versi beta boleh dipasang dan berjalan sebelah menyebelah dengan versi stabil.

Google telah bekerja untuk meletakkan Chrome untuk Android pada yang sama enam minggu kemas kini kitaran sebagai versi komputer peribadi pelayar. Chrome 25 beta membawa beberapa ciri-ciri baru, tetapi Google memberi amaran prestasi lembap dan beberapa masalah lain.

Antara ciri-ciri baru, mengikut Chrome pemaju Peter Beverloo:
• A baru "text autosizing" teknik untuk memformat teks pada skrin peranti mudah alih, lukisan di bahagian atas "inflasi font" kerja oleh Mozilla. Kadang-kadang ia menyebabkan Chrome untuk memaparkan kawasan-kawasan yang berlainan teks dalam saiz fon yang berpadanan, walaupun.
• JavaScript yang prestasi untuk penggunaan versi baru perisian V8 Google.
• Pelbagai pemaju yang berorientasikan ciri-ciri seperti CSS penapis untuk kesan visual, dinamik viewport unit untuk pengendalian lebih baik saiz skrin dan saiz piksel variasi, IndexedDB untuk penyimpanan data luar talian dan lain-lain keperluan pengendalian data, dan kebolehan susun atur flexbox untuk lebih format menyesuaikan diri.

DOWNLOAD Chrome Beta untuk android disini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.chrome.beta

Sumber Rujukan: CNET

Tuesday, 8 January 2013

TM Menawarkan Pakej RM160 Untuk Streamyx 8Mbps

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

berita baik kepada pengguna internet yang sedang mencari perkhidmatan internet yang terbaek.
baru-baru ini telekom malaysia telah melancarkan & menyediakan pakej internet 8mbps dengan pembayaran bulanan RM160.

Sebelum ini TM hanya menyediakan 1mbps, 2mbps & maximum hanya 4mbps sahaja.. mulai tahun ini tm telah memperkenalkan perkhidmatan 8mbps dimana akan memuaskan lagi pengguna internet terutama pengguna yang gemar aktiviti download & tidak mahu slow semasa load page..

tujuan sebegini sebernya untuk memuaskan pelanggan dalam kerja2 berinternet supaya memprolehi kelajuan yang semakin lama semakin tinggi mengikut peredaran zaman. ianya juga untuk membantu projek Unifi yang memakan masa lama untuk memperluaskan ke semua lokasi.

seperti pengguna streamyx yang lain walaupun kelajuan downloadnya 4mbps atau 8mbps, berkemungkinan besar untuk 8mbps ini jumlah kelajuan upload sama juga dengan pakej yang terdahulu. jika speed download mencecah 8mbps, mungkin upload speed 0.50.. saya tak berapa pasti untuk pakej 8mbps yg baru ini tetapi itu lah yang saya alami sbb saya pengguna streamyx 4mbps...

sesiapa yang berminat boleh dptkan & naik taraf perkhidmatan streamyx ke 8mbps.
link http://streamyx.com/ap/personal/internet/Pages/broadband1.aspx

sila share artikel ini.. 

Thursday, 3 January 2013

GOOGLE memberi pengguna Peta baru dengan resolusi yang baru bagi 2013

GOOGLE memberi pengguna Peta baru dengan resolusi yang baru bagi 2013



Orang di seluruh dunia kini boleh berkongsi maklumat mereka untuk pada tahun 2013 dalam peta interaktif, sama ada untuk membuat lebih banyak DUiT,menghabiskan masa bersama keluarga atau pergi ke suatu tempat-tempat yang baru.

GOOGLE MAP bertujuan untuk memanfaatkan rakyat untuk mengunakan PETA Tahun Baru mereka dan kemudian menggunakannya untuk membantu orang lain mencari maklumat mereka. Jadi ia mengurangkan berat badan, membuat lebih banyak wang, belajar bahasa baru, atau meneymak perjalanan, pengguna boleh melihat apa orang di seluruh dunia sedang berusaha untuk di atas peta resolusi interaktif baru Google.

"Kajian menunjukkan bahawa kita lebih cenderung untuk mencapai resolusi jika kita catatkannya dan mempunyai sokongan," Bersekutu Google Pengurus Pemasaran Produk Liz Wessel menulis dalam blog post semalam. "Cuba berkongsi matlamat anda dengan masyarakat di sekeliling anda."

Peta 'ZOOMABLE' dipenuhi dengan titik berwarna yang pop keluar di berpuluh-puluh negara-negara di seluruh dunia. Warna-warna sesuai dengan kunci peta yang mengkategorikan resolusi yang dicapai menjadi cinta, kesihatan, kerjaya, kewangan, keluarga, pendidikan, dan banyak lagi. Pengguna boleh memilih mana-mana bahasa bagi semua jawatan yang diterjemahkan ke dalam.

Pengguna juga boleh menambah resolusi mereka sendiri untuk peta dengan memilih kategori yang paling sesuai dan menambah dalam kod pos dan nama negara. Resolusi yang mengambil antara 24 dan 48 jam untuk hantar ke peta.

Kabinet Memutuskan Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar Dibawah Pakej Komunikasi Belia

Assalamualaikum & salam 1 malaysia...


Baru-baru ini pihak skmm telah mengadakan rebat untuk RM200 untuk telefon pintar yang berharga RM500 kebawah..

perkara sedemikian membuatkan ramai pihak yang mengatakan ianya tidak memberi peluang untuk membeli telefon yang lebih dari rm500 dengan menggunakan rebat rm200 tersebut...

Menurut Rais Yatim melalui Twitter beliau, pihak kabinet bersetuju atas penggunaan rebat rm200 untuk apa sahaja jenis telefon pintar bagi mereka berkelayakan. 

syarat yang dikenakan untuk memohon rebat rm200 untuk semua telefon pintar ini hanya untuk golongan belia yang berumur 21 tahun hingga 30 dan yang pasti pemilik perlu melanggan pelan yang tersedia dengan bermacam pilihan dari pelbagai pihak telco..

tujuan ini mempermudahkan lagi golongan belia dalam penggunaan internet & komunikasi seharian dalam semua aspek urusan & dapat juga memajukan tahap penggunaan gadget2 yang terbaru sekarang serta menguasai dunia telefon pintar di malaysia. selain itu juga negara juga mengharapkan para2 belia maju dengan dunia digital dengan melalui kaedah mampu milik yang diujudkan oleh kerajaan...


Wednesday, 2 January 2013

Akses Laman Web yang di block / Tukar DNS Server (Tutorial Versi Video)

assalamualaikum & salam 1 malaysia..

unblock web yang tak boleh di akses adalah dengan cara menukarkan alamat dns server dimana telah ditetapkan bagi setiap negara di pelusuk dunia ini. setiap semua laman web yang ada sekarang ini tidak semestinya diterima oleh semua negara atau beberapa. mungkin disebabkan kandungan web tidak boleh diterima pakai oleh negara tersebut atau boleh mnjejaskan ekonomi negara.

cntoh web yang boleh kita lihat sekarang ini. yang telah berlaku pada web perkongsian file seperti megaupload, file serve dan seangkatan dengannya telah di block oleh negara kita sendiri dari di akses dan begitu juga dengan beberapa buah negara yang lain turut menguat kuasakan hal ini...

memandangkan web telah diblock, sebenarnya kita masih lagi boleh mengaksesnya seperti biasa dengan cara menukar alamat dns asal kepada global dns.. dimana semua web yg diblock oleh negara kita sendiri boleh di akses seperti biasa...

berikut caranya yang saya buat dalam bentuk video.. sebelum ini sy juga ada buat dlm bentuk artikel (sini: http://goo.gl/LFlB3)

VIDEO:
DNS Server:
OpenDNS: 208.67.222.222 & 208.67.222.220
Google DNS: 8.8.8.8 & 8.8.4.4
_________________________________________________

Friday, 14 December 2012

Kembalikan Start Menu Windows 8 dengan StartMenu8 & start8

Assalamualaikum & salam 1 malaysia...

Ramai pengguna windows 8 merungut dengan penghapusan start menu pada windows 8 dan digantikan dengan paparan start menu berkonsepkan tablet iaitu metro UI...
Rungutan ini timbul sejak microsoft melancarkan windows 8 versi preview lagi dan sampai lah sekarang..

namun begitu dengan penghapusan start menu pada windows 8 ini, ada juga pihak yang sering berpuas hati dengan paparan start menu metro ui ini kerana antara mukanya nampak lebih moden dan berdaya maju..

tetapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya...
jadi, bagi pengguna windows 8 yang mahukan fungsi start menu seperti windows 7 semula...
anda boleh gunakan perisian tersebut:

StartMenu8: dari IObit...
http://www.iobit.com/iobitstartmenu8.php


Start8 - *berbayar
http://www.stardock.com/products/start8/index.asp

Wednesday, 12 December 2012

Beli Phone, Tab atau barangan Digital lain di Lazada.com.my

assalamulaikum & salam 1 malaysia...

anda tahu tentang laman web lazada.com.my.? ini adalah berita baik untuk sesiapa yang suka membeli barangan secara online dan lazada.com.my adalah khas kepada penggemar gadget, tv atau barangan elektronik & digital lain2. 

lazada menyediakan jualan dengan pelbagai jenama barangan seperti apple, samsung, panasonic, sony, acer, dell, lenovo dan banyak lagi jenama pengeluar barangan IT yg dijual di lazada.com.my.

jenis barang yang dijjual di laman web tersebut ialah seperti smartphone, tv, laptop, pc, speaker, tab, dan banyak lagi.. 


menarik pada lazada ialah harga yang ditawarkan bagi setiap barangan kebanyakannya adalah telah dibuat potongan berbanding harga asal. contoh harga asal tv RM2999, pada produk itu dilebelkan potongan dan mungkin anda boleh dpt beli dengan harga RM2300 atau mengikut jumlah peratus potongan yang lazada sediakan...
 contoh gambar dibawah...

lebih menarik lagi adalah perkhidmatan penghantaran adalah percuma jd tak perlu lah risau tentang ni...
sebelum membuat tempahan & pembayaran anda perlu register account dilazada supaya anda boleh terus berurusan dengan pelayan yang sedia membantu anda dlm proses pembelian dan pembayaran...

setakat ini tiada kes menipuan tentang web ini.. kebanyakan feedback dari pembeli barangan lazada ni berpuas hati dan yakin dengan perkhidmatan yang disediakan... 

like page Bualkomputer: http://facebook.com/bualkomputer





Thursday, 13 September 2012

Apple Lancar iPhone 5

assalamualaikum & salam 1 malaysia...

ini yang ditunggukan oleh apple user untuk menantikan kunculan iphone 5 yang mungkin lebih baik & hebat berbanding iphone sebelum ini dan inilah dia kemunculannya...
iphone didatangi dengan system yang dinaik tarafkan seperti A6 chip dimana sebelum ini iphone menggunakan A4 chip & A5 chip dan mengharapkan yang terbaik untuk kali ini...

spec camera pada iphone yg terbaru ini sama seperti iphone 4s iaitu 8mega pixel cuma yang membuatkan ianya lebih menarik ialah fungsi rakaman video HD didatangi dengan face detection & image yang clear... :D

design iphone 5 kali ini di naiktarafkan saiz skrin yang lebih besar berbanding iphone yang lain iaitu 4inci dan iphone sbelum ini 3.5 inci... jika dilihat dan dibandingkan, iphone 5 reka bentuknya lebih memanjang kebawah dan skrinnya hampir sama besar dengan samsung galaxy s2...

So, iphone kali ini specnya lebih kurang sama dengan iphone 4s dan cuma dinaik tarafkan cirinya yang tertentu yg tidak ada pada 4s... :D 

Thursday, 6 September 2012

Kualiti Camera Nokia Lumia

salamsejahtera & salam 1malaysia...

Nokia kini mencetuskan kemunculan telefon pintar Nokia Lumia yang dikatakan antara product yang berjaya dikeluarkan dengan pelbagai fungsi yang baru mengikut peredaran teknologi terutama apabila mempunyai banyak pesaing seperti smart phone android samsung & ios apple..

Lumia didatangi dengan pelbagai siri seperti lumia800, lumia900 dan lain2 yang mempuyai perbezaan spec mengikut siri dan juga harga.

Nokia lumia kini delengkapi dengan sistem operasi windows phone dimana ianya setanding dengan os popular lain.

dengan kedatangan nokia lumia kini, nokia menyempuarnakannya dengan menaiktarafkan kualiti image kamera pada nokia lumia.
memang tak dapat dinafikan lagi lumia adalah antara smartphone yang mempunyai kualiti kamera yang menakjubkan dengan fungsi autofocus, jumlah pixel yang tinggi, macro & lain2 yang membuatkan image yang anda ambil berkualiti tinggi (HD)...

Tidak lupa juga apabila anda record video kerana lumia mempunyai fungsi hd video recorder dengan kualiti pixel yang tinggi, autofocus, macro, jumlah zoom yang berpatutan serta tidak menggangu image menjadi rosak apabila telah di zoom. begitu juga dengan rakman suara yang sangat jelas apabila sedang record video..

fungsi kamera pada lumia setanding dengan camera digital biasa malah boleh dikatakan lebih baik dari kamera digital biasa & mungkin juga dslr... :D

anda boleh review spec camera pada lumia disini..: http://www.nokia.com/my-en/products/lumia/

anda juga boleh view video sample rakaman video yang diambil menggunakan smartphone lumia..
 


Wednesday, 8 August 2012

Interface Baru Laman Web Nuffnang

assalamualaikum & salam 1malaysia...

seperti mana yang anda semua tahu nuffnang adalah sebuah laman web pengiklanan popular terutama di kalangan blogger yg sedang menggunakan perkhidmatannya. nuffnang kini telah menaik tarafkan webnya dengan antara muka yang kelihatan baru dan mudah dikendali oleh user/pengguna nuffnang.

selain dari perubahan antaramuka yang baru dan cantik, nuffnang juga menaik tarafkan system webnya kepada yang lebih baik dan pantas berbanding dengan system web yang sebelum ini...

Dengan antaramuka baru, semestinya fungsi dan penyusunan webnya juga diperbaharui supaya memudahkan pengguna dapat mengendalikan account nuffnang mereka dengan lebih mudah. 

antara fungsi yg dipermudahkan adalah seperti pada bahagian statistic & earning.. permudahkan user menyemak mengikut hari ke minggu dan bulanan dengan lebih jelas dan mengetahui jenis2 kempen iklan yg dibahagikan... 


Saturday, 23 June 2012

EDMODO.. PEMBELAJARAN ANTARA LECTURE DAN STUDENT MENJADI LEBIH LANCAR...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... harini  admin nak post pasal  pembelajaran dan khas untuk guru2 or mana2 lecture dekat U korang.Bende nie sebenarnya dah lama dah dia release cuma ade sertain orang yg tak berapa nak tau dengan bende nie....... nama dia ----->EDMODO..... 








                                                                gambar hiasan...




and the second thing, bende nie kalau korang nak tau banyak membantu pembelajaran antara guru dan pelajar tanpa batasan menggunakan dunia IT... ianya seakan-akan facebook dan social networking lain tapi ianya lebih tekan kan pembelajaran.


lagi satu bende nie sangat mudah dan free.... dan kalau korang nak install dekat appstore or playstore android pon dah ade dah.Tapi bende nie  guru or lecture korang yg kene buat dulu baru student ikut signup dan masukkan code yg di bagi dekat guru  punye acc tadi... 


terdapat banyak benefit bende nie  ok admin bagi satu analogi mudah... katakan lah lecture korang or cikgu korang bersalin or ade dekat oversea... korang plak kene hantar assignment dekat lecture korang takkan korang nak pegi buat poslaju plak kan  dah la kene kluar duit dah nak beli sampul dia lah ape lah mcm2 bende dah terbuang.... so dengan menggunakan edmodo ni korang just upload korang punye assigment then hantar terus dekat lecture korang  kalau salah pon tak membazir kertas sangat... and memang lah korang boleh email  im dekat facebook lecture korang tapi laman social lain  design untuk chatting dan bersosial tapi edmodo tak dia lebih tekankan pembelajaran  dan ade gred2 yg boleh di bagi kan kepada student2 oleh lecture... ok admin tinggal kan sikit beberapa gambar edmodo ni ngan link dia slamat mencuba ;) bubye



















http://features.edmodo.com/ link ni untuk rujukan korang ;)

Saturday, 16 June 2012

Cara Akses Laman Web yang telah di block


Salam sejahtera... jumpa lagi di entri kali ini...

Ada beberapa laman web yang telah diblock oleh pihak2 tertentu atau menghalang dari di akses secara terus...
tujuan mereka memblock laman2 web tertentu adalah atas tujuan untuk pengguna tidak boleh mengaksesnya mungkin disebabkan isi kandunngan laman web tersebut tidak sesuai dipaparkan atau ada isi yang melanggar hakcipta terpelihara...

oleh kerana anda nak juga lepasi halangan tersebut, anda boleh lepasinya dengan menukar alamat DNS server... dns server boleh didapati dengan pelbagai jenis & server... ada google, open dns dan macam2 lagi..

berikut langkahnya:

sebelum mulakan pilih dns server dahulu:
Google
8.8.8.8
8.8.4.4

 Dnsadvantage
156.154.70.1
156.154.71.1

OpenDNS
208.67.222.222
208.67.220.220

 Norton
198.153.192.1
198.153.194.1

GTEI DNS 
4.2.2.1
4.2.2.2
4.2.2.3
4.2.2.4
4.2.2.5
4.2.2.6

ScrubIt
67.138.54.100
207.225.209.66


saya biasa pakai opendns & google dns..

ok...
1. pergi ke network sharing center bagi pengguna win7... pengguna winxp pergi ke icon yg ada di taskbar...

2. win7: kemudian klik pd bahagian connection..seperti gmbr dibawah...
3. akan muncul tetingkap seperti gmbr dibawah: klik properties...

9. pilih internet protocol version 4 dan klik properties bg pengguna win7... winxp pula  pilih internet protocol dan klik properties...

10. pilih use the following dns server addresses
kmudian letakkan dns server di ruangan tersedia...

11. klik OK...

dan sekarang anda boleh bebas melayari laman yang diblock....

selamat mencuba...

Saturday, 9 June 2012

Convert Video Mengikut Kesesuaian Player Android, nokia, sony, samsung, BB & lain2

Salamsejahtera & salam 1malaysia...

Dalam kerja2 mengubah format file video adalah perkara biasa bagi individu yang gemar dengan hiburan untuk dinikmati dalam pelbagai jenis player seperti mobile phone, smart phone (android, iOS,BB, nokia), mp4, mp5 dan macam2 lagi bentuk player.

tetapi tidak semua peranti ini dapat memainkan format file video yang sama jenis atau kualiti disebabkan setiap player peranti tersebut mempunyai had dan keperluan paparan yang telah ditetapkan seperti kiraan pixel, ratio, frame rate, kualiti audio & lain2...  walaupun sesuatu alat itu menyokong file .mp4, tak semestinya ianya boleh memainkannya dengan baik atau tak boleh langsung untuk dimainkan. ini adalah disebabkan faktor2 detail dalaman format video tersebut seperti apa yang saya terangkan.

contoh, format mp4 yg mempunyai pixel 1080p boleh dimainkan di laptop & apabila dimasukkan pada samsung galaxy ianya gagal dimainkan disebabkan samsung galaxy mungkin menyokong pixel yang lagi rendah dari 1080p atau frame rate yang low sedikit.

untuk memastikan & menjadikan video anda itu boleh dimainkan pada alat anda, anda boleh gunakan freemake video converter. perisian ini sgt popular dengan antaramuka yang memuaskan serta mesra pengguna.

so, anda kena download terlebih dahulu serta install dan cara penggunaannya sgt mudah dengan hanya insert video yg nak diconvert "klik +video" kemudian pilih jenis peranti seperti samsung, nokia, android, bb serta model2nya sekali.

DOWNLOAD SINI..

Sunday, 27 May 2012

RockMelt Browser lebih sesuai untuk Blogging & Laman Sosial

salamsejahtera & salam 1malaysia...

Seperti mana yang telah diketahui rockmelt adalah browser yang dicipta lebih kepada laman sosial, link, share, bookmark, update status & macam2 lagi shortcut mudah... mudah difahamkan rockmelt ini permudahkan korang mengendali laman sosial seperti facebook dan twitter serta tidak lupa juga kepada berblogging...

saya sarankan kepada blogger2 untuk menggunakan browser ini kerana terdapat banyak faedah yang mempermudahkan anda dalam kerja2 yang membabitkan blogging, entri & sebagainya..

ok. kpd blogger2 semestinya ada menyimpan bookmark untuk ping entri dan altenatif untuk menyebarkan entri blog, dengan rockmelt anda boleh import bookmark web dari google chrome dan yang paling special ianya boleh dipaparkan pada komputer lain dengan melalui account facebook anda. bermakna anda menggunakan rockmelt atas nama account facebook anda. jika anda login rockmelt pada komputer lain maka terpaparlah segala bookmark yang anda simpan, themes & edge yang kat tepi2 tu. kaedah ini akan menyelamatkan bookmark anda dari hilang walaupun anda format komputer anda kemudian anda install semula rockmelt & login fb anda pada rockmelt semua data2 rockmelt anda terselamat.

dengan fungsi edge disebalah kiri rockmelt anda boleh mark laman web untuk mengetahui update web tersebut dengan menyatakan feed url atau link web serta ianya automatik memberi anda pilihan untuk anda tanda jika anda buka facebook.com, twitter dan sebagainya. anda akan dapat lihat newsfeed dari facebook & post2 dari twiiter serta boleh update melalui rockmelt dan post facebook anda akan ditanda dengan "via rockmelt"

fungsi chat facebook disediakan pada rockmelt membuatkan anda lebih mudah untuk explor web lain tanpa membuat tab khas untuk facebook jika berkomunikasi dengan rakan melalui fb chat. fb chat disediakan disebelah kanan rockmelt. walaupun anda sedang melayari web lain tanpa buka facebook.com, anda tetap boleh berkomunikasi secara chat dengan rakan fb anda dan rakan anda sentiasa boleh berhubung dengan anda selagi chat pada rockmelt tidak di offkan dan rockmelt tidak "close" selagi tu la chat anda berstatus online.

fungsi share sesuatu difacebook dengan mudah seperti link web & lirik, text dan sebagainya dengan bberapa klik sahaja boleh share pd rakan2 difacebook contohnya seperti link web atau entri blog yang hendak dikongsikan di facebook, anda hanya perlu rightklik pada text yg berlink tersebut dan klik share link kemudian muncul tetingkap untuk anda olah huraian untuk sebelum anda post di facebook.


turut juga fungsi share text secara highlight contohnya anda mahu kongsikan perkataan pd facebook tanpa copy paste, dan dengan rockmelt anda hanya perlu highlight pd text yg nak dikongsikan kemudian rightklik seterusnya klik share text.


Notification facebook dipaparkan pada rockmelt walaupun anda sedang layari laman web lain tetapi bukan facebook.com begitu juga notis paparan mesej baru dan notis tambah kenalan facebook.

fungsi gmail edge pada sebelah kiri rockmelt juga permudahkan anda ketahui notis2 dan mesej2 baru yang masuk ke email anda dan yangpaling menarik email tersebut disimpan data loginnya dan anda boleg setkan edge email dengan banyak. data login yg disimpan hanya pada komputer yg anda login dan tidak kpd komputer lain. jika untuk komputer lain anda perlu login semula. (email hanya untuk perkhidmatan gmail)

themes boleh menggunakan theme dari google chrome kerana rockmelt ini adalah dibina dari chromium dimana sumbernya sama dengan google chrome tetapi telah diubah menjadi rockmelt dan rockmelt ini dibawah chromium. turut juga apps2 lain untuk google chrome seperti extension dan sebagainya boleh di pasang pada rockmelt.

anda jangan risau, settingnya sama seperti google chrome dan begitu juga fungsi lain seperti bookmark dan inspect element. cuma ada tambahan dari segi fungsi dari rockmelt sendiri yang dibina dan direka khas untuk permudahkan social network.

kalau nak tau tahap mana hebatnya rockmelt ini anda sepatutnya kena cuba terlebih dahulu baru boleh membuat penilaian. mungkin juga ada sesetengah yang tak suka tetapi mejoriti apa yang saya lihat skrg ni ramai yang bagi komen yang baik terhadap rockmelt browser ini. jadi jgn tunggu lagi, cubalah sekrg.
download sini http://www.rockmelt.com/

kata admin khairil: tak sentuh tak rasa.

Wednesday, 2 May 2012

Aplikasi Facebook Chat Untuk Android & iPhone (Download)



salam sejahtera,, & salam1malaysia...

sekarang ni dah popular dengan gadget pintar seperti smartphone yang menggunakan platform sistem operasi yang berasaskan android, bada dan juga iPhone dimana salah satu drpdnya terdapat pada setiap smartphone kecuali iphone disebabkan iphone dikhaskan dengan iOS (osnya sendiri)..

ok skrg ni saya nak sharekan aplikasi untuk anda berchating facebook menggunakan smartphone anda..
kebiasaannya apabila anda jalankan browser or aplikasi facebook  pd smartphone anda ntuk layari facebook, fungsinya hanya komen, post wall, mesej & lain2 kecuali im/chatbox tidak seperti mana anda chat menggunakan laptop/komputer(os komputer)...

anda boleh gunakan applikasi Messengger untuk anda nikmati fungsi chat pd smartphone anda supaya boleh berkomunikasi secara terus dengan rakan anda melalui facebook chat..

Berikut aplikasinya:

Untuk Android: DOWNLOAD
Untuk iOS/iPhone: DOWNLOAD




Saturday, 17 March 2012

Senarai Web Template Untuk Bloggers


salamsejahtera dan salam satu malay..

saya nak share laman2 web template bloggers supaya mudah korang pilih yang mana best untuk dipilih mungkin juga koleksinya yang menarik...
Korang boleh pilih & search je kat laman web berikut untuk mencari theme blog kegemaran korang atau disitu diberi pilihan mengikut keyword & kategori template...

berikut nilah dia hasil carian laman2 template yang saya perolehi melalui google...
ada lagi banyak sebenarnya tapi yang ni jela yang saya dpt kongsikan kpd korang semua... kalau x puas lagi pandai2 la tanya pakcik saya (encik google)..

btemplates.com


deluxetemplates.net


bloggerstyles.com


bloggertemplatesblog.com


splashytemplates.com


allblogtools.com


http://ucallweconn.net/en/extras/wp_themes/


premiumbloggertemplates.com


http://www.raytemplates.com/


http://bloggertemplates.info/


http://blogtemplate4u.com/


blogskins.com


http://www.bloggertemplates4you.com/


kalau suka share kat kengkawan!~.... :D