Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Monday, 19 December 2011

Fakta Menarik Tentang Bill Gates


salam sejahtera.... entri kali ini berkenaan dengan billgates... saya cukup minat dengan billgates dan hasil kerjanya yang telah mengembangkan microsoft dari semasa ke semasa...
berikut tentang fakta mengenainya...



1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun!

2. Jika dia terjatuh US$1,000, dia tak perlu susah-susah untuk mengutipnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengutip wang tersebut, dia sudah memperolehi income dalam jumlah yang sama.

3. Hutang kerajaan Amerika lebih kurang US$5.2 trillion, jika Bill Gates membayar seorang hutang tersebut, dia dapat melunaskannya dalam masa kurang dari 10 tahun.

4. Dia dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi tetap dapat mempunyai baki US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya kekal dalam setahun sejumlah US$30 juta, tetapi dia tetap harus menunggu sehingga 277 tahun agar dapat sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara ke 37 terkaya di dunia atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, malah melebihi IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1,400 tahun dan menggunakan sebanyak 713 buah Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita mengandaikan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wangnya.

9. Tapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat claim US$1 untuk setiap kali komputernya hang kerana Microsoft Windows, Bill Gates akan segera bangkrap dalam masa 3 tahun!


Saturday, 29 October 2011

[Video] Masa depan mengikut pandangan Microsoft

Masa depan ini dibayang oleh pihak Microsoft dan dijadikan dalam bentuk video dimana ia mnggambarkan penggunaan teknologi yang begitu canggih berbanding sekarang yang hanya gah dengan iPad, iphone dan lain2.. malah ianya lagi canggih dari semua itu...

apa yang kita tahu ini adalah sebuah bayangan sahaja dan mungkin juga ianya akan menjadi kenyataan dengan adanya rancangan yang dibuat bagi pihak microsoft dan syarikat pembuatan teknologi dengan menaiktaraf fungsi dan cara penggunaan yang lebih menarik minat dan semakin berfungsi dengan lebih baik serta mudah...

lihat sahaja video ini...

Friday, 21 October 2011

Harddisk pertama di dunia



Ini lah dia Hard disk pertama di dunia telah dikeluarkan oleh IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC.
hardisk ni kalau digunakan zaman sekarang memang menyusahkan sebab ia akan memakan lebih ruangan untuk menempatkannya.. kalau dah format file sekarang semuanya besar2 mcm mana nak sumbat dalam HDD yang berkapasiti hanya 4.8MB...

Pada 4 September 1956, IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia yang berharga $250.000!!! Yang membuatkan aku stress, kapasiti hard disk ni cuma 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3!!! Kalo sekarang ni hard disk 1TB pon xsampai rm500 n lebar beberape cm jer... LAgi satu, berat hard disk ni memcecah 1 TAN!! Gila..


Spesifikasi:
IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956
. Kapasiti: 4,8 MB
. kecepatan rotasi: 1.200 rpm
. Pengguna bisnes pertama: Chrysler’s MOPAR Division (1957)
. Jumlah unit yang pernah dikeluarkan : Lebih dari 1000 unit hingga tahun 1961

Bualkomputer akan post entri bukan sahaja berkaitan dgn komputer


SALAMsejahtera salam 1 malaysia.... disini saya nak memberitahu kepada pengunjung bual komputer dimana saya akan menaik tarafkan lagi bualkomputer dari segi entri yang saya post dengan membuat entri yang berkaitan dengan komputer dan ditambah pula dengan entri berkaitan dengan semasa, lawak, & apa2 saja... 


tujuan saya berbuat demikian,.. mungkin pengunjung bualkomputer agak bosan dengan entri yg berkaitan dengan komputer.. itu kpd yang x berminat, kpd yang berminat alhamdulillah la...

ini mungkin menarik perhatian pengunjung2 dengan post yg mungkin mereka suka...
sekarang ini ramai yang lebih kepada info, berita, lawak, gosip dan macam2 lagi berkaitan dengan dunia luar termasuklah komputer... disebabkan perkara tersebut saya akan membuat satu perubahan baru pada bualkomputer dari segi konsep entri yang saya post... apa yang terlintas difikaran saya & sesuatu berita yang menarik, saya akn post...

tapi tradmark TEKNIK & INFORMASI  tetap tidak berubah dan tidak hilang pd bualkomputer...
 demikian dengan perubahan tersebut saya tidak lupa kpd tujuan asal bualkomputer untuk mengembangkan lagi pengetahuan komputer dengan meneruskan juga entri tutorial komputer, info, dan mcm2 lagi tentang komputer/technology....

tujuan ini untuk mengembangkan lagi Bual komputer sekarang dan masa hadapan........... :D.

Asia bakal kuasai Teknologi



JIKA dulu, hanya Amerika Syarikat ( AS), Jepun dan negara Eropah saja boleh mendabik dada dan mengakui kehebatan mempelopori bidang penyelidikan dunia, kini mereka terpaksa mengakui persaingan hebat dari China.
Persaingan itu membabitkan peningkatan mendadak dalam penghasilan produk penyelidikan di institusi pengajian tinggi selain bantuan dan dana kewangan yang mencurah dari syarikat korporat.

Ini sekali gus menggugat kedudukan negara berkenaan yang selama ini memegang carta teratas dalam hasil penyelidikan dan komersil.

Lebih parah, kualiti produk sedia ada tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya ‘perlumbaan’ dan ‘percakaran’ siapa terbaik di kalangan yang terbaik.


Berdasarkan Kajian Sains Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada Hari Sains Sedunia di Paris, November tahun lalu, mendapati pembabitan China sebagai kuasa baru dalam dunia penyelidikan sangat pantas dan mengagumkan.



Peningkatan itu berdasarkan beberapa faktor seperti kepercayaan sektor korporat dan industri dalam memberi dana sebagai pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Secara tidak langsung turut memberi kesan positif terhadap pembangunan sains dan teknologi.

“Ini satu fenomena mengagumkan kerana jika berdasarkan sejarahnya, China dianggap masih baru dalam dunia penyelidikan dan pembangunan berbanding tiga negara berkenaan yang sudah jauh mendahului.

“Namun sokongan dan keberanian sektor industri melabur bagi membantu meningkatkan taraf penyelidikan di negara itu menjadikannya sebagai pesaing kompetitif, dinamik serta mampu menggugat.

“Perkembangan ini menunjukkan kehendak mereka begitu tinggi dalam menghasilkan pembangunan dan kemajuan jangka panjang serta wajar diberi pujian.

“Pada masa sama menjadi ‘amaran’ kepada negara lain supaya terus berusaha,” kata Pengarah Urusan Unesco, Irina Bokova.

Kajian itu dilaksanakan kumpulan pakar antarabangsa yang menjalankan penyelidikan semasa dalam pembudayaan sains dan teknologi berdasarkan perubahan kualiti serta kuantiti secara global.

Setiap bahagian dibahagikan kepada kawasan tertentu dengan ciri berbeza termasuk penekanan terhadap negara berpotensi tinggi dalam R&D seperti Brazil, Kanada, Cuba dan Turki.

Selain hasil penyelidikan, ia turut memberi fokus kepada peningkatan penyelidik
di negara membangun yang amat memberangsangkan iaitu 38 peratus pada 2007 dengan sebahagian besarnya dari China iaitu 1,423,400.


Peningkatan itu sekali gus membantu melonjakkan lagi perbelanjaan domestik Asia dalam R&D dan meletakkannya sebagai antara pesaing besar penyelidikan dunia.

Selain kemampuan China, India dan Korea Selatan turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan antara 27 hingga 32 peratus dalam tempoh hanya lima tahun.

Malangnya, dalam tempoh itu menunjukkan penurunan bagi AS, negara Eropah dan Jepun sekali gus membuktikan mereka sebenarnya perlu berusaha lebih keras bagi memperoleh kembali keyakinan serta kepercayaan pihak pelabur yang kini mengalih tumpuan kepada Asia.

“Situasi ini sangat memeranjatkan kerana sejak lama mendominasi carta, mereka kini semakin diketepikan meskipun dari segi kepakaran adalah yang terbaik. Perkembangan ini juga sukar ditafsir dan dijangka.

“Tumpuan pelabur kini adalah ke negara yang menunjukkan lebih kesungguhan untuk mempelopori dunia penyelidikan baru. Meskipun hasilnya masih belum terbukti sepenuhnya, mereka tetap berkeyakinan.

“Ini juga satu cabaran baru kepada negara berkenaan untuk meyakinkan pengeluar dana bahawa apa yang diberikan tidak sia-sia sebaliknya mampu memberi pulangan setimpal atau lebih tinggi,” katanya turut mengakui kos rendah juga antara faktor pelabur beralih arah.

“Tukaran kadar wang asing yang tidak menentu juga antara sebab mengapa mereka mahu mencuba di negara baru kerana risikonya lebih rendah. Dalam hal ini, negara Asia mempunyai banyak kelebihan.

“Apatah lagi dengan pembangunan pesat sektor pendidikan yang kini menjadikan Asia sebagai transit terbaru masyarakat seluruh dunia, meninggikan lagi peluang sedia ada. Banyak kelebihan diperoleh dan ia dimanfaatkan dengan baik hingga menjadikannya sebagai hab pendidikan global,” katanya.

Meskipun andaian ia mampu menimbulkan konflik, perkembangan itu seharusnya dilihat dari sudut positif kerana mampu menyumbang kepada peningkatan penghasilan produk yang boleh dikomersialkan dari dunia penyelidikan.

Manfaat itu, katanya, lebih berharga daripada sebarang pertikaian atau sikap mendabik dada kerana keutamaan adalah menjadikan kejayaan penyelidikan itu sebagai batu loncatan menghasilkan kehidupan lebih baik.

“Selain meningkatkan lagi taraf dan penemuan baru bagi manfaat kehidupan sejagat. Jika menjadikan konflik itu sebagai agenda utama, nilai penyelidikan itu tiada gunanya meskipun mampu menghasil�kan penemuan menakjubkan atau keuntungan berlipat ganda.

“Alasan mengapa penyelidikan itu dilakukan perlu diletakkan di tangga teratas supaya salah faham atau konflik yang timbul boleh diperbetulkan. Malangnya, ketaksuban terhadap siapa paling handal mengaburi segalanya.” katanya.


INFO
Pada 2002, sebanyak 83 peratus kajian penyelidikan dan pembangunan disumbangkan negara membangun.
Selain Asia, antara negara yang semakin menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya masih mampu menarik perhatian pelabur ialah Jerman, Perancis dan United Kingdom.
Eropah, AS dan China menyumbang 20 peratus penyelidik di seluruh dunia manakala Jepun 10 peratus dan Kesatuan Russia tujuh peratus.

Thursday, 6 October 2011

Imbau kembali sejarah Apple Inc.

Steve Jobs (Bekas Pengasas Apple Inc.)



Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan mendukung berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard"sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audiopermainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Macdan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut ProLogic AudioFinal Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkait.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977 , syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna. Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.
Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali. Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan dukungan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.
Berdasarkan alasan-alasan dari falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.

Sebelum Penubuhan

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

Sejarah Awal


Logo Apple Computer
Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Apple III and Lisa

Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.

Peralatan yang sedang dihasilkan Apple

Komputer
  • Mac Mini
  • MacBook
  • MacBook Pro
  • iMac
  • iPad
Pemain muzik digital iPod
Telefon bimbit
  • iPhone
Mesin penyiaran televisyien
  • Apple TV
Aksesori kamputer

Lihat post Bual komputer: sejarah Mac OS... 
Lihat kesemua post bual komputer tentang apple: 
http://www.bualkomputer.com/search/label/Mac
SUMBER ASAL: 

Pengasas Apple Inc, Steve Jobs Meninggal Dunia (1955-2011)

Berita yang sungguh mengejutkan sangat2 bagi peminat setia steve job iaitu pengasas apple inc yang banyak menyumbangkan sesuatu yang luar biasa telah meninggal dunia awal pagi tadi...

apa pun saya turut terkejut dengan berita yang menggemparkan seluruh dunia ini...
ramai yang teruja dengan tokoh IT ini dengan kebolehan dalam pencipta sesuatu yang baru dalam penggunaan IT & memajukan apple sebagai produk komputer/technology yang bertaraf tinggi yang bertahan sampai sekarang....

dengar2 sebelum steve jobs meninggal dunia, dia telah meletakkan jawatan terlebih dahulu pada ogos lepas disebabkan kesihatannya...

Laman web www.apple.com hari ini 6 october 2011..



Friday, 27 May 2011

History Of Mac OS (Video)

Disini saya nak kongsi tentang sejarah sistem operasi mac...
mac ialah sistem operasi yg maju seperti sistem operasi windows tetapi ia tidak menonjol dari segi penyebarannya... mac os adalah sistem operasi dimana ianya di pasang pada setiap komputer dan laptop berjenama apple... ianya dikhaskan kepada pengguna apple...
sistem operasinya walaupun tidak disebarkan secara menonjol tetapi popularitinya dan keistimewaannya sangat dipersetujui oleh pengguna... terutama pengguna komputer berjenama apple....

dibawah saya nak share video sejarah tentang mac os...(apple)

PART 1


PART 2



PART 3


PART 4

Thursday, 23 September 2010

Meninjau kembali sistem operasi Windows terdahulu



Windows 95
Windows 95 adalah sistem pengendalian di dalam keluarga Windows yang berasaskan antaramuka pengguna grafik berorientasikan pengguna rumah. Ia dilancarkan pada 24 Ogos 1995 oleh Microsoft sebagai pembaharuan ketara daripada Windows 3.1x dengan menyepadukan MS-DOS dan Windows di dalam satu sistem pengendalian, sekaligus menjadikan Windows 95 sebagai sistem pengendalian penuh berbanding Windows 3.0 dan 3.1x yang hanya merupakan persekitaran pengendalian bagi MS-DOS.
Windows 95 menampilkan perubahan yang ketara dari segi antaramukanya. Format bagi antaramuka Windows 95 terus diguna pakai pada versi-versi Windows yang lebih terkini termasuklah Windows Vista. Bukan itu sahaja, malah format antaramuka Windows 95 turut ditiru pengeluar distribusi Linux di dalam persekitaran pengendalian antaramuka grafik pengguna Linux. Antaramuka Windows 95 adalah faktor utama Windows 95 menjadi sistem pengendalian paling berjaya pada masa tersebut.
Antaramuka pengguna Windows 95
Antaramuka pengguna Windows 95 adalah faktor utama bagi kejayaan besar Windows 95 sebagai sistem pengendalian paling berjaya pernah dihasilkan pada masa tersebut dalam masa 1-2 tahun selepas dilancarkan. Windows 95 terbukti sangat berjaya sehingga mampu menyebabkan banyak pemain utama sistem pengendalian serasi DOS gulung tikar, satu faktor utama yang kemudiannya membawa kepada tuduhan monopoli sistem pengendalian yang dihadapi Microsoft beberapa tahun kemudian.
Sementara Windows 3.0 dan 3.1x menggunakan pengurus program (Program Manager) bagi menguruskan sistem, fail dan program, Windows 95 pula menggunakan menu Start bagi pengurusan program serta Windows Explorer bagi pengurusan fail. Windows 95 adalah versi Windows pertama yang menggunakan menu Start bar tugasan di dalam antaramuka Windows, dan ciri-ciri tersebut dikekalkan di dalam kesemua versi Windows yang lebih baru.

Edisi Windows 95
Windows 95 (versi 4.00.950): 1995
Windows 95 SP1 (versi 4.00.950a): 31 Disember 1995
Windows 95 OEM Service Release 1 (OSR1) (versi 4.00.950A): 1996 - disertakan IE 2.0
Windows 95 OSR2 (versi 4.00.950B): 1996 - disertakan IE 3.0, menyokong FAT32 dan UDMA
Windows 95 OSR2.1 (versi 4.00.950B): 1996 - disertakan IE 3.0, menyokong USB, FAT32 dan UDMA
Windows 95 OSR2.5 (versi 4.00.950C): 1996 - disertakan IE 4.0, menyokong USB, FAT32 dan UDMA


Windows 98
Windows 98 adalah sistem pengendalian bergrafik yang dilancarkan pada 25 Jun 1998 sebagai pengganti kepada Windows 95. Seperti Windows 95, Windows 98 adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit berasaskan MS-DOS. Pengganti kepada Windows 98 ialah Windows Me.

Windows 98 SE
Pada 5 Mei 1999, Microsoft melancarkan Windows 98 Second Edition (SE). Ia mengandungi fail-fail tampalan bagi kebanyakan isu kecil, menyediakan sokongan USB yang lebih baik serta disertakan dengan perisian Internet Explorer 5 dan Windows Media Player 6.
Windows 98 SE menggunakan format baru bagi pemacu peranti yang dikenali sebagai Windows Driver Model (WDM) bagi menggunakan format lama, VxD. Ini membolehkan pemacu peranti yang menggunakan piawaian WDM digunakan pada Windows 98 walaupun ketika pengeluar tidak membangunkan pemacu peranti yang optimum untuk Windows 98.










Windows 2000
Windows 2000 (juga dirujukkan sebagai Win2K) adalah versi sistem pengendalian Microsoft Windows berasaskan NT yang dikeluarkan pada 17 Februari 2000. Ia yang digantikan oleh Windows XP pada Oktober 2001 dan Windows Server 2003 pada April 2003. Windows 2000 dikelaskan sebagai sistem pengendalian inti hibrid.
Empat edisi Windows 2000 telah dikeluarkan: Professional, Server, Advanced Server, dan Datacenter Server. Windows 2000 adalah versi berasaskan inti NT terakhir Microsoft Windows yang tidak mempunyai Windows Product Activation.
Pada masa keluaran, Microsoft memasarkan Windows 2000 sebagai versi Windows paling selamat mereka dikeluarkan,[4] walaupun ia menjadi sasaran serangan virus seperti Code Red dan Nimda. Lebih daripada tujuh tahun selepas keluarannya, ia meneruskan memberi pembaikian untuk kekurangan keselamatan.
 

Saturday, 28 August 2010

Sejarah Sistem Operasi Mac

Mac OS, yang bererti Macintosh Operating System, atau Sistem Pengoperasi Macintosh, adalah sistem pengoperasi komputer Apple untuk komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem pengoperasian pertama yang menggunakan antaramuka pengguna grafik (GUI). Pasukan Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld.
Terdapat pelbagai pandangan bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana idea asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian (On-Line System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat Sejarah GUI, dan Apple v. Microsoft.
Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang "terus berfungsi" apabila anda menghidupkannya.
Sistem pengendalian Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti "Sistem 6.0.7" atau "Sistem 7". Pada awalnya juga dikenali sebagai Kotak Perkakasan "Toolbox"; yang mengandungi himpunan rutin piawaian yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepada perkakasan komputer itu sendiri.
Pengabstrakan ini yang membenarkan applikasi Mac ditulis untuk satu generasi sistem digunakan pada generasi berikutnya, sebagai contoh: dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada Power Macintosh. Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan kewujudan Sistem pengendalian ini bagi membezakan Mac daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah seperti "sistem" dan "kotak perkakasan (the toolbox)" merupakan cara mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem pengendalian dan Macintosh API seterusnya mengelakkan penggunaan istilah teknikal (technical jargon). Sehingga kemunculan era sistem G3 (yang dikenali sebagai mesin "dunia baru"), sebahagian besar sistem disimpan dalam ROM fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem pada cakera yang menambah, mengesampingkan (override)atau memperbaiki rutin ROM. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang simpanan dalam cakera liut yang terhad untuk sistem sokongan, kerana komputer Mac yang terawal tidak mempunyai cakera keras. Sebenarnya cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable) menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.
Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada 1996) merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS kerana wujudnya "klon-klon" Mac, sistem yang hampir serupa daripada syarikat-syarikat lain seperti Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak memberitahu dengan jelas bahawa sistem pengendaliannya merupakan hak milik intelektualnya sendiri.
Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Mac OS "Klasik", sistem yang mula-mula dikeluarkan untuk Mac yang pertama pada tahun 1984 hinggalah Mac OS 9.
Mac OS X (huruf "X" itu disebut sepuluh, iaitu nombor Roman) yang lebih baru. Mac OS X memasukkan unsur-unsur BSD Unix, OpenStep, dan Mac OS 9. Sistem tahap rendah asasnya, Darwin yang berasaskan Unix, merupakan sumber terbuka.


Mac OS Klasik
Mac OS klasik dikenali sebagai satu sistem yang tidak mempunyai sebarang baris perintah (command line); merupakan sistem yang menggunakan antara muka pengguna grafik (IU) sepenuhnya. Dipuji kerana senang untuk digunakan, sistem ini juga dikritik kerana menggunakan kerjasama multitugas (cooperative multitasking), ketiadaan pengurusan ingatan, dan kecenderungan pertelingkahan tambahan/sambungan. "Tambahan" adalah perisian yang ditambah kepada sistem pengoperasi, untuk memberikan fungsi tambahan - seperti rangkaian kerja (networking) - atau sokongan kepada perkakasan tertentu. Sesetengah sambungan tambahan mungkin tidak akan berfungsi dengan betul antara satu sama lain atau mungkin perlu ditambah mengikut urutan tertentu. Menyelesaikan masalah tambahan Mac OS boleh menjadi satu proses cuba jaya yang memakan masa yang panjang.
Mac OS juga memperkenalkan Sistem Fail Hierarki (Hierarchical File System), sebagai satu cara inovatif penyususnan fail. Satu fail pada DOS atau Unix merupakan jujukan bait (byte), yang memerlukan aplikasi mengetahui bahagian bait mana yang mewakili kod dan bahagian mana yang mewakili grafik atau data yang lain, Fail Mac mempunyai dua bahagian yang berlainan. Sebagai tambahan kepada cuaran data, yang merupakan ulangan bait, terdapat juga akar cuaran resource fork yang mengandungi data yang sudah disusun seperti menu, grafik, bunyi, dan segmen kod. Satu fail applikasi mungkin hanya mempunyai sumber yang tidak mengandungi bahagian data. Fail teks mungkin mengandungi teks dalam bahagian data dan maklumat stail pada sumbernya, jadi applikasi yang tidak mengenal maklumat stail tersebut masih boleh membaca teks yang disimpan. Walaupun kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan, Mac OS tidak dapat digunakan bersama-sama sistem-sistem pengoperasian lain yang tidak menggunakan sistem Mac OS; contohnya, apabila sesuatu fail disalin daripada Mac kepada DOS atau Unix, akar cuarannya akan dibuang.
Menjelang akhir 1990-an, telah disedari bahawa teknologi era 1980-an ini telah melangkaui hayatnya, dengan kewujudan sistem-sistem pengoperasian multitugas baru yang lebih stabil.

Mac OS X
Rencana utama: Mac OS X
Mac OS X mambawakan pengurusan memori ala-Unix dan pre-emptive multitasking kepada platform Mac. Pengurusan memori yang jauh lebih baik membolehkan lebih banyak perisian berjalan serentak dan hampir menghapuskan kemungkinan sesuatu perisian meruntuhkan perisian lain. Ia juga adalah Mac OS petama memasukkan baris arahan, walaupun tidak dapat dilihat kecuali apabila penggunanya melancarkan perisian "terminal".
Ramai peminat Mac OS asal menerima OS X, tetapi terdapat beberapa yang mengkritiknya sebagai lebih susah dan kurang mesra pengguna daripada Mac OS asal.

Sunday, 22 August 2010

SEJARAH FACEBOOK













SEBELUM WUJUDNYA FACE BOOK

Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan bekas teman wanita yang baru meninggalkannya
I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10 p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is open on my desktop and some of these people have pretty horrendous facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10 pada malam Selasa? Apa? Facebook asrama Kirkland dibuka dalam desktop aku, ada mereka yang buruk sangat gambar facebooknya. Aku rasa nak letakkan beberapa muka-muka mereka dekat dengan gambar haiwan ladang dan jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)
—9:48 malam
Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua orang.)
—11:09 malam
Let the hacking begin.
(Penggodaman bermula.)
—12:58 tengah malam
Menurut akhbar The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari facebook atas talian dari sembilan Rumah, meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih hangat'". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit dari setiap rumah.
Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000 tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian. Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai, dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk Facebook.
Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu oleh pihak pentadbiran, sehingga menghadapi hukuman buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.
Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah kesenian dengan memuat naik 500 imej zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen.
Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan

Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimson mengenai peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya."] On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com. "Semua orang hangat memperkatakan face book kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam seminggu."
Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra, menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.
Mereka bertiga mengadu kepada Harvard Crimson agar melakukan siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh dua daripada mereka. Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara damai.
Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini. Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti Stanford, Columbia, dan Yale. Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat.Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya.[29] Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke Palo Alto, California.[27] Perkataan The digugurkan dari namanya setelah nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.
Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005, sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik seterusnya. Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya. Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk Apple Inc. dan Microsoft.Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan alamat e-mel yang sah.

TAPAK WEB

Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar. To allay concerns about privacy, Facebook enables users to choose their own privacy settings and choose who can see what parts of their profile.
Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya.

Wednesday, 18 August 2010

Sejarah Pembangunan Ubuntu

Ubuntu ialah salah satu cabang tapak kod projek Debian.[8] Tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini. Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.[9]
Ubuntu dikeluarkan sebulan selepas keluaran GNOME.[10] Berbanding dengan cabang-cabang Debian lain yang banyak menggunakan tambahan hak milik dan sumber tertutup, Ubuntu mengutamakan perisian bebas, dan hanya membuka sedikit ruang untuk pemacu perkakas hak milik.[11]
Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu. Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian, tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelim ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata-mata demi keserasian.Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.
Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd. Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).
Pada 12 Mac 2009, Ubuntu mengumumkan sokongan pembangun untuk platform pengurusan awan pihak ketiga, seperti yang digunakan untuk Amazon EC2.

Thursday, 8 July 2010

Kenal pasti apa itu komputer?


Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizikal serta fungsi komponen-komponen komputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain. Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputer multimedia, apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini, lebih khas lag,i bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.

DIFINISI
Takrif asal "komputer", seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan, ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.
PENGGUNAAN KOMPUTER
Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan saiz dan kosnya yang besar, hanya digunakan untuk pengiraan saintifik, selalunya untuk tujuan ketenteraan, contohnya ENIAC.


Komputer terbenam

Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan rumah, seperti konsol permainan video sehingga telefon bimbitperakam kaset video (VCR),PDA, dan banyak lagi; jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain; kesemuanya mengandungi litar komputer yang Turing-sempurna. Komputer yang digunakan dalam peralatan untuk fungsi tertentu, dikenali sebagai "mikropengawal" atau "komputer terbenam". Komputer jenis ini hanya berfungsi untuk memproses maklumat tertentu sahaja.

Komputer peribadi

Kebanyakan masyarakat umum lebih mengenali komputer sebagai Komputer Peribadi.
KOMPUTER BERFUNGSI
Teknologi dalam komputer digital telah melalui perubahan besar sejak komputer yang pertama pada tahun 1940. Namun kebanyakannya masih menggunakan senibina von Neumann, yang dicadangkan oleh John von Neumann pada awal 1940-an.
Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4 bahagian utama: Unit Aritmetik dan Logik, litar pengawal, memori, dan alat input-output (I/O). Kesemua bahagian ini disambung bersama oleh wayar-wayar, yang dikenali sebagai "bas"

Ingatan

Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan bait (seperti sel), di mana setiap satunya mengandungi sebutir maklumat. Maklumat tersebut mungkin adalah arahan untuk komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.
Secara amnya, ingatan boleh diguna semula lebih sejuta kali. Ia lebih berupa pad lakaran, daripada batu tablet yang hanya boleh ditulis sekali.
Saiz setiap sel, dan bilangannya, berbeza di antara satu komputer dengan komputer yang lain. Begitu juga dengan teknologi memori tersebut, daripada denyutan elektromekanik, seterusnya tiub raksa, seterusnya kepada susunan matriks magnet kekal, seterusnya kepada transistor, dan seterusnya litar bersepadu yang mengandungi berjuta kapasitor dalam sebiji cip.

Pemprosesan

Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya), operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi. Unit ini melakukan tugas sebenar dalam komputer.
Unit pengawal menyelia slot-slot yang menyimpan arahan terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang operasi yang perlu dilakukan serta menerima maklumat yang perlu (daripada memori) untuk melaksanakan operasi tersebut. Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan memori yang sesuai. Setelah itu, Unit Pengawal akan beralih kepada arahan yang seterusnya.

Input-Output

Unit Input-output membenarkan komputer menerima maklumat daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke dunia luar. Terdapat pelbagai bentuk alat I/O, daripada Papan kekunciskrinCakera liut, kepada alat yang luar biasa, seperti Webcam.
Kesemua alat (peranti) input mengkod maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital. Alat (peranti) output pula menyahkod data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer.

Arahan

Arahan komputer bukanlah arahan berbunga seperti bahasa manusia. Komputer hanya mempunyai arahan-arahan mudah yang terhad. Arahan biasa yang disokong oleh kebanyakan komputer adalah seperti: Salin kandungan sel 123, dan letak salinan ke sel 456; tambahkan kandungan sel 666 ke sel 042, dan letak hasil tambahan ke sel 013; sekiranya sel 999 adalah 0, arahan seterusnya ialah pada sel 345.
Arahan-arahan tersebut diwakili sebagai angka (numbers). Contohnya, Kod untuk "Salin" mungkin adalah 001. Set Arahan yang disokong oleh komputer dipanggil Bahasa Mesin. Secara praktiknya, arahan untuk komputer biasanya tidak ditulis dalam bentuk Bahasa Mesin, tapi dalam bentuk Bahasa Pengaturcaraan Tahap Tinggi (High Level Programming Language). Bahasa pengaturcaraan kemudiaanya dialihbahasa kepada Bahasa Mesin dengan menggunakan Program Komputer khas (seperti Pengkompil - compiler, atau Interpreter).
Sesetengah bahasa pengaturcaraan adalah dalam bentuk yang hampir dengan Bahasa Mesin, contohnya Bahasa Penghimpun - (juga dikenali sebagai Bahasa Tahap Rendah - ); Manakala sesetengah bahasa mengguna prinsip yang jauh berbeza dengan operasi mesin, contohnya Prolog.

Program

Program Komputer ialah satu senarai arahan yang besar untuk dilaksana oleh komputer. Kebanyakan Program Komputer mempunyai berjuta arahan, dan kebanyakan daripada arahan-arahan tersebut dilaksanakan berulang-kali. Sebuah Komputer peribadi yang moden berupaya melaksanakan lebih kurang 2-3 bilion arahan per saat.
Pada masa sekarang, kebanyakan komputer berupaya melaksanakan lebih dari satu program pada satu masa. Keupayaan ini dinamakan multitugas. Walaupun secara kasarnya, seolah-olah komputer melakukan dua kerja sekaligus, sebenarnya CPU melaksanakan arahan daripada satu program dahulu, kemudian beralih ke program yang satu lagi pada jangka masa sejenak. Jangka masa sejenak ini dipanggilHirisan Masa (Time Slice). Sistem Pengoperasian ialah program yang mengawal perkongsian masa ini.
Contoh sistem pengoperasian yang membenarkan multitasking ialah Windows dan Unix.


Sistem pengendalian

Rencana utama: Sistem pengendalian


Sistem pengendalian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan. Sistem pengendalian membekalkan perkhidmatan kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membolehkan pengaturcara menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer.


KOMPUTER PADA SEBELUM INI YG MENGGUNAKAN SISTEM OPERASI LOTUS 123 DAN LAIN-LAIN SISTEM OPERASI YG LAMA.



KOMPUTER SEKARANG MNEGGUNAKAN SISTEM OPERASI WINDOWS 2000, WINDOWS XP, WINDOWS VISTA, WINDOWS 7, LINUX, MAC DAN LAIN-LAIN SISTEM OPERASI YG BARU