Friday 20 July 2012

Membeli Domain Name & Tip

salamsejahtera & salam 1 malaysia...


assalamualaikum kpd pengunjung bualkomputer yang sudi membaca artikel2 tip, tutorial, fakta dan sebagainya..
dah lama dah rasanya tak update blog.. rasa mcm berbulan bulan. asik tangguh je disebabkan sibuk memanjang. kalau tak tiap minggu & tiap hari saya nak update.

ok sekarang ni saya nak share pasal domain sebab sekarang ni dah ramai da blogger yang semakin baik blognya dan di tukar pula ke domain yang special. special tu mcm .com .net .org atau .my

kpd blogger yang masih baru & yang tak tahu pasal domain name ni.. ok domain name ni adalah nama domain blog atau web seperti www.contoh.com atau contoh.blogspot.com bermakna .com  itu lah domain & bagi .blogspot.com pula adalah subdomain dari blogspot dimana ianya mmg free sejak anda register blog.

selain .com, banyak lagi pilihan domain2 yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian web & blog anda atau ikut suka hati anda sendiri seperti .com .net .org .asia untuk domain malaysia seperti .my .com.my .org.my .net.my dan banyak lagi pilihan.. tapi antara domain paling popular yang sering digunakan adalah .com .net .org .my.

kenapa domain2 seperti berikut perlu untuk blogger2 terer mcm anda? sebabnya domain lah yang selalunya mempermudahkan carian dan akses pengunjung ke blog/web tanpa bersusah payah menaip .blogspot.com atau lain2 subdomain yang leceh.. tapi kalau pakai domain .com & pilih la nama yang pendek sikit & jangan terlalu panjang meleret atau susah dah disebutnyer contoh: sayasukatekankeyboardlaptop.com ini akan menyusahkan pengujung untuk taip & lama2 malas nk taip ke blog anda dan blog anda jd habuk.
kebaikan menggunakan domain name berbayar ini juga banyak sebenarnya antaranya yang saya tahu CEO nya diperluaskan di seleruh engine carian popular mcm google yahoo dan sebagainya serta bnyk lagi kelebihan berdomain name berbayar ni...

seterusnya anda boleh dapatkan domain daripada pengedar2 seperti berikut:

-NetKL.com
-http://www.exabytes.com.my/
-http://www.datakl.com/
-http://www.jomhosting.net/domain.html
-http://www.namsahaz.com/
-http://sealserver.com.my/domain/
-http://www.fivio.com/domains-and-ssl/
-http://jiwahost.com

so, korang boleh la usha domain dan membuat perbandingan dari segi harga dan perkhidmatan. bila dah kompem anda boleh la order & pastikan register account domain & pembayaran supaya anda boleh manage domain name server sume tu & boleh semak status domain.

apa itu transfer domain? transfer domain adalah apabila anda hendak pindahkan domain anda kpd pengedar lain anda boleh gunakan cara transfer. contoh saya ada domain aku.com dan saya nak pindahkan domain aku.com ke pengedar exabytes dan tidak lagi netkl. jd saya guna cara transfer domain. cara tersebut memerlukan syarat2 tertentu seperti menyatakan kod tertentu ke account pengedar baru anda dan kod tersebut boleh diperolehi dari account pengedar lama anda. kalau rase2 pening, contact je wakil dari penjual domain tu sebab diorang mmg sentiasa boleh membantu.

apa itu subdomain? subdomain adalah domain yang digunakan atas domain lain. contohnya mcm ni: khairil.bualkomputer.com dan subdomainnya digunakan dari bualkomputer.com. contoh skali lg: saya bukak blog baru dan saya setkan subdomain saya untuk blog baru saya khairil.bualkomputer.com dimana blog pribadi saya menggunakan subdomain dari bualkomputer.com 

sekian setakat ini sahajalah dari saya tip2 domain name.



Kata admin khairil: kalau ade2 apa2 masalah domain name jgn tanya saya, tanya lah petugas2 di syarikat pengedar domain anda tu. :)

assalamualaikum.... 




Artikel Berkaitan