Sebuah syarikat perniagaan di Korea Selatan telah membuka kedai maya pertama di dunia khas untuk pengguna SmartPhone. Pembeli boleh meninjau barcode produk yang dipamerkan disebuah stesen keretapi bawah tanah di Seoul. Ia menawarkan 500 item termasuk makanan,elektronik, peralatan membasuh, peralatan mandi dan sebagainya.
Tujuh pintu platform dan enam skrin telah dipasang dengan imej berukuran sama besarnya dengan rak-rak kedai sedia ada yang penuh dengan barang-barang yang masing-masing mempunyai barcode kecil didepannya.Pembeli memuatturun (download) aplikasi yang terkait pada SmartPhone mereka dan melakukan pembelian dengan mengambil foto dari barcode ditiap barang.
Saturday, 12 November 2011
Beli-belah secara maya
11:01
Anonymous