Salam sejahtera
Anda juga mungkin tergolong dalam golongan dibawah ini...
setiap status yang anda update berkaitan dengan kategori/jenis orang yang update status FB...
sekarang ni dah jadi perkara biasa dalam adat laman sosial tak kira lah siapa dimana, orang lain mahupun anda sendiri...
jom usha 5 jenis manusia di facebook... :)
1. Manusia Kaki Update
Tak kira bila dan di mana sekalipun, mereka akan selalu
update status.Statusnya pendek tetapi padat.
Contoh : "sarapan nasi lemak^^"
: "on da way pergi jamban"
2. Manusia Kaki Mengeluh
Manusia jenis ni tak pernah puas dan suka sangat nak
mengeluh.Pagi,petang,siang,malam hanya mengeluh.
Contoh : "Panas gila hari ni"
: "Menyampah betul hari ni"
3. Manusia Kaki Berlagak
Mungkin diorang tak berniat nak berlagak, tapi orang lain
yang baca status tu mungkin rasa menyampah dengan status yang
berbau sombong ni.
Contoh : "Siot, BMW aku rosak"
: "On da way pergi Milan"
4. Manusia Kaki Jiwang
Manusia jenis ni istimewa sikit, sebab setiap status yang dia
update semua indah - indah dan berbunga belaka.
Contoh : "Mencintaimu adalah perkara terindah dalam hidupku"
: "Kita berdua bagaikan sepasang burung yang bersayap
satu, dan hanya mampu terbang bila bersama."
5. Manusia Kaki Review
Manusia jenis ni pulak agak mulia sikit sebab selalu
kongsikan segala segala pengalaman dia dengan kawan-kawan
dia dengan membuat review.
Contoh : "Call Of Duty Black Ops memang gempak"
: "Filem 2 alam filem paling terbaik dalam dunia"
sila like & share kat kawan2... thnks...
credit: http://yang-arif.blogspot.com/2011/10/5-jenis-manusia-di-facebook.html