Thursday 17 November 2011

Kelajuan internet yang sesuai untuk anda

entah macam mana saya boleh terfikir nak post entri bertajuk sedemikian yang berkaitan dengan kelajuan internet yang sesuai digunakan mengikut kerja2 & tujuan penggunaan internet...

ada beberapa jenis bahagian dalam penggunaan internet dalam semua jumlah pengguna mengikut tujuan atau kerja yang dilakukan setiap hari apabila menggunakannya.
jenis tujuan tersebut mungkin tak semua terlibat disebabkan internet ini adalah segala gala dan hanya dihujung jari boleh memperolehi maklumat yang begitu diperlukan dan mungkin juga ianya berharga.

Kelajuan internet memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis tujuan penggunaan internet contohnya mononton movie, downloader, uploader, online facebook atau lain2 laman sosial...

Untuk pengguna yang suka berlaman sosial.
kelajuan untuk individu yang suka akses laman sosial dan berkomunikasi dengan rakan2 hanya perlu dapatkan kelajuan internet yang biasa dan tidak terlalu laju.. kerana untuk browse page/halaman laman sosial sudah memang memadai jika menggunakan kelajuan yang biasa. kelajuan yang disarankan 256kbps / 512kbps / 1Mbps...


Untuk pengguna yang suka berblogging atau pembaca blog.
invidu yang suka berblogging dan boleh dikatakan hampir 80% tujuannya berinternet hanya untuk blogging boleh dptkan kelajuan internet yang biasa juga tapi up sikit dari yg atas tu disebabkan para blogger akan buka tab banyak2 untuk blogwalking blog ke blog.... kelajuan yang disarankan 1Mbps - 2Mbps.. kalau nk lagi cool up sikit ke 3...



Untuk wifi di restoran.
sekarang ni dah banyak restoran sediakan wifi untuk tarik pelanggan. tak kira kedai mamak, melayu dan sebagainya,. disebabkan dunia sedang membangun disebabkan technology yg merebak rebak skrg.
kelajuan yang diperlukan untuk dipasang pada restoran seelok eloknya 4Mbps Keatas. ini kerana pengguna wifi yang online dekat restoran anda bukannya jumlah yang sedikit tetapi mungkin banyak dan akan menggangu pengguna lain yang sedang menggunakan wifi restoran anda. kira mcm makin banyak pengguna makin lembab la internet restoran anda. buatnya kalau salah sorang dari pengguna tu download file lps tu pakai idm,, mmg yg lain tak merasa la nak online laju2...


Untuk huburan dirumah (youtube, download muzik, muzik video)
untuk pengguna sebegini pula ianya memerlukan tahap kelajuan internet yang agak memuaskan dan boleh dikatakan lancar ketika menikmati hiburan secara online mahu pun memuat turun file hiburan tersebut...
kelajuan yang disarankan 2Mbps - 4Mbps or lebih sikit... kalau kat rumah anda ada share internet 2-3 orang lebih baik upkan sikit dari 2Mbps..









Untuk para Downloader & Uploader..
untuk individu yang jenis suka mcm ni boleh dptkan internet yang berkelajuan sederhana tinggi dan jika nak lagi best ambil yang berkelujuan tinggi... untuk para downloader 5Mbps - 20Mbps or lebih lg. manakala untuk uploader 5Mbps - 20Mbps dan pastikan juga kelajuan upload dan download adalah lebih kurang sama. kalau download speed 5Mbps upload pula 1Mbps tak guna jugak...




itu sahaja yang dpt saya share... kalau ada lagi selain kat atas tu sila komen.... :)



Artikel Berkaitan