Tuesday 10 May 2011

Buat Windows 7 Kelihatan Seperti Windows XP :D

Windows xp adalah OS dalam keluarga windows yang paling popular sejak kemunculannya dulu sekitar 2001 sehingga sebelum Windows Vista dan windows 7 yang popular sekarang dengan kecekapannya dan dari paparannya menarik dan mempunyai fungsi Aero...

Windows xp bertahan begitu lama berbanding windows yang lain sebelumnya.. kerana windows xp kurang mendapat rungutan daripada penggunanya...

ok.. sebelum saya merepek.. lebih baik saya teruskan mengikut tajuk yang sebenarnya... kepada sesiapa pengguna windows 7 yang teringin atau rindukan paparan windows xp, disini saya nak kongsikan cara2 nak buat windows 7 anda nampak seperti windows xp... jangan risau.. ini just tema/theme je.. function dia tetap windows 7.. hanya paparan sahaja seperti windows xp...

cara-caranya:
pertama sekali anda kene patch theme windows 7 anda menggunakan universal theme patcher...
download kat sini Universal theme patch.. http://www.mediafire.com/?f99oxjnad8x0cuq

cara guna Universal theme patch...
1. download.. link kat atas tu..
2. extract file yg telah didownload tu...
3. lepas da extract, buka fail yg telah diextract tadi, kemudain ada dua aplikasi Universal theme patcher iaitu Universal theme patcher x64 & Universal theme patcher x86... jika Windows 7 anda 64bit pilih yg Universal theme patcher x64, jika Windows 7 anda 32bit, pilih yang Universal theme patcher x86
- untuk mengetahui windows anda 64bit atau 32bit, rightclick pada my computer, klik properties, kemudian perhatikan system type dan disitu ada tulis sama ada 32bit atau 64bit..

4. ok.. lepas tu right click pada Universal theme patcher mengikut bit windows anda.. mcm saya, saya pilih x64 sbb saya guna windows 7 64bit...
right click & klik run as administrator 
5. kemudian paparan seperti gambar dibawah akan muncul.. klik OK
6. Lepas tu klik Yes
7. kemudian paparan Universal theme patcher akan muncul...seperti gambar dibawah.. klik pada ketiga - tiga button Patch itu...
 8. paparan seperti dibawah akan muncul... klik Yes dan kemudian windows anda akan restart sendiri untuk proses reboot...

Sesudah komputer anda restart..,, download theme ini... http://www.mediafire.com/?pvi12gtvtqghdc4
extract fail yg dah didownload itu...,,
kemudian pergi ke fail yg telah di extract tu..,, masuk ke folder theme

kemudian copy kesemua file yg ada dalam folder theme tersebut...
lepas itu pergi ke my computer, Masuk partition C:, Windows, masuk Resource, masuk Theme kemudian rightclick dan paste kedalam folder theme tersebut....
kemudian klik pada Luna Aero untuk menjalankan Theme tersebut.... lps tu tunggu loading...
dan sekarang windows 7 anda nampak mcm windows xp... tetapi just paparan je.. fungsi2 tetapan dan ciri2 semua tu tetap windows 7... kalau nak tukar balik kpd yg asal pon boleh... slamat mencuba~~~

Artikel Berkaitan