Sunday 11 September 2011

[Video] Cara resize partition

salam bual komputer & selamat hari raya saya ucapkan...
kali ini saya nak post tutorial cara2 nak resize partition komputer..
korang tahu tak partition tu ape..?
ok.. partition semamangnya ada pada semua komputer untuk membahagikan data biasa dan data sistem.. partition sistem biasa dugunakan dgn nama C: dan data/fail biasa yang anda letak adalah selain dari huruf C. sama ada D atau E atau lain2... ada juga yang menggunakan C sahaja disekalikan dengan simpanan data peribadi tanpa partition lain (maksudnya ada satu partition sahaja). tapi dgn cara sebegini anda tidak boleh berbuat apa2 jika sistem lumpuh/rosak... jika ada partition lain anda boleh mmbuat backup fail anda kedalam partition lain tersebut... seperti E, D  dan lain2... (saya sarankan sekuarang-kurangnya anda mempunyai 2 partition...

ok.. seterusnya cara2 nak resize partition... resize partition bermakna anda menetapkan semula kapasiti partition sama ada nak kurangkan atau nak tambah kapasiti partition tersebut dengan mengambil sedikit bahagian kapasiti dari partition lain..

contoh: saya mempunyai partition C: 20GB dan partition D: 40GB dan skrg saya nak tambah lagi 10GB pada partition C... dan saya akan mengambil sebahagian kapasiti dari pada partition D.. bermakana saya akan mengambil 10GB dari partition D dan kapasiti partition D akan berkurang sebab saya dah ambil sebahagian darinya iaitu 10GB untuk ditambah ke partition C...

cara ini saya menggunakan perisian sememangnya popular dengan pengurusan berkaitan dengan partition & kapasiti... nama perisiannya adalah EASEUS Partition Master home edition... DOWNLOAD DISINI..

berikut cara2nya saya buat dalam bentuk video..

Artikel Berkaitan