Monday 19 December 2011

Upin & Ipin Kelima Popular Di Facebook Di Antara Kartun Lain Di Dunia




KUALA LUMPUR – Siri kartun popular tempatan terbitan Les’ Copaque Production, Upin & Ipin mencatat satu lagi sejarah apabila dikategorikan sebagai siri televisyen yang kelima paling popular di dunia seperti yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook semalam.

Menurut wakil Les’ Copaque Production, Mohd. Zarin Abd. Karim, pihak Facebook telah mengeluarkan ranking Fastest Growing Pages and Most Popular Media In 2001dan Upin & Ipin telah mendapat tempat ke-5 di dalam kategori Fictional Characters sebaris dengan watak-watak antarabangsa yang lain seperti Mr Bean, Doraemon dan Sponge Bob.

“Kejayaan ini membuktikan watak Upin & Ipin sangat diminati dan telah berjaya menarik peminat dari pelbagai negara. Amat membanggakan juga, Upin & Ipin merupakan satu-satunya produk keluaran Malaysia yang disenaraikan di dalam carta ini.

“Link rasmi Facebook yang telah mengeluarkan kenyataan itu ialah https://www.facebook.com/facebook?sk...71705986210152

Upin & Ipin

“Selain itu, media online dari Kanada juga telah menulis mengenai ranking ini di dalam laman webnya http://www.theglobeandmail.com” ujarnya dalam suatu kenyataan media di sini semalam.

sumber: http://mynewshub.my/2011/12/09/upin-ipin-kelima-popular-di-facebook/

Artikel Berkaitan