Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

PlayStation 3(PS3) WHiTE SLiM dalam perjalanan ke Amerika Utara

PlayStation 3(PS3) WHiTE SLiM dalam perjalanan ke Amerika Utara



Sony tidak lama lagi akan melancarkan PlayStation 3 WHiTE SLiM di Amerika Syarikat & Kanada selepas laman Best Buy update posting-nya.


Laman web yang diasaskan oleh Kanada dan AS,Best Buy memberitahu bahawa PlayStation 3(PS3) WHiTE SLiM akan mula dijual di Amerika Utara tidak lama lagi.Konsol 500GB ini dipasang(install) dengan permainan baru - Little Big Planet 2. Di samping itu,PlayStation Vita akan menawarkan langganan satu tahun untuk PlayStation Plus.

Lewat tahun lepas,syarikat itu melancarkan versi putih PlayStation yang direka semula baru-baru ini di Jepun. Nampaknya konsol yang sama akan datang ke Amerika Utara.

Menurut laman Best Buy,PlayStation 3(PS3) WHiTE SLiM akan dijual dalam edisi terhad.Di Kanada, Best Buy kata "PlayStation 3(PS3) WHiTE SLiM akan dimulakan jualan pada 27 Januari."

Sumber : CNET



Spesifikasi BlackBerry 10 L-Series terbongkar


Spesifikasi BlackBerry 10 L-Series terbongkar



Telefon pintar BlackBerry,10 L-Series akan menampilkan spesifikasi yang setanding kepada persaingannya.
Laman berita Techradar mendapati maklumat mengenai BlackBerry 10 L-Series melalui dokumen latihan rasmi dari Research In Motion(RIM).


BlackBerry buat pertama kali mengeluarkan 10 L-Series.Blackberry 10 L-Series adalah ALL-Screen Touch phone yang akan menampilkan paparan skrin 4.2 inci dengan resolusi definisi setinggi 1280x768,mempunyai 2GB RAM, 16GB saiz storan dalaman dan 1,800 bateri mAh.Menurut laporan,telefon ini juga akan mempunyai kamera depan 2 megapiksel dengan zoom 2X digital dan rakaman video HD setinggi 720p manakala belakang akan mempunyai kamera 8 megapiksel dengan LED flash, auto fokus, 5x digital zoom dan keupayaan untuk merakam video dalam HD setinggi 1080p.

Seorang wakil Research In Motion(RIM) enggan mengulas lebih banyak mengenai ciri-ciri telefon pintar yang bocor ini.Wakil Research In Motion(RIM) ini berkata"Kami faham bahawa akan terdapat banyak keseronokan pengunaan BlackBerry 10 L-Series ini.Kami akan melancarkan platform ini pada 30 Januari dan kami tidak akan mengulas mengenai spesifikasi ini selebihnya."katanya.

Research In Motion(RIM) dijadualkan untuk memperkenalkan telefon pertama mereka pada akhir bulan ini tahun 2013.
Eksekutif RIM telah berkata bahawa telefon ini mampu berdaya saing di peringkat spec tetapi kadar kemajuan dalam kelajuan telefon,saiz storan dan resolusi paparan skrin merupakan TARGET telefon generasi kini.

Techradar berkata akan terdapat empat jenis BlackBerry 10 L-Series.RIM dijangka akan mengumumkan akan mengeluarkan Dual-Touch screen dan keyboard telefon pada akhir bulan ini tetapi telefon skrin sentuh BlackBerry 10 L-Series adalah pelancaran pertama tahun ini.

Sumber : CNET