Saturday 29 May 2010

Tahu Tak Nape PC/Laptop Korang Slow?



Blogger dan komputer memang tak dapat dipisahkan. Tanpa komputer siapalah blogger. Tak gitu? Kalau bagi blogger tegar, komputer ni diibaratkan seperti isteri pertamanya. So, untuk jadi blogger yg baik, isterinya juga mestilah harus dijaga dan ‘diservice’ selalu supaya keadaan baik kan. Uhuk uhukk..
Sakit jiwa kalau pc/laptop kita slow. Sbg blogger, chatter ataupun kaki youtube, kita mestilah kena tau beberapa basic punca2 yg menyebabkan komputer kita lembab.











1. Processor memang dah lembab.

Processor menunjukkn berapa pantas kerja yg boleh dilakukan bagi satu2 komputer. Kalau processor dah lembab, tak guna buat benda laen lagi nak bagi laju. Oleh tu pemilihan kepala komputer (processor) ni penting masa mula2 kita nak beli pc ataupun laptop. utk rujukan belilah komputer yg berprocessor duo core ataupun core 2 duo yg speed dia lebih drpd 1.66Ghz (bagi laptop).

2.Ram kecik.

Ram adalah memory storage yg benarkan berapa bnyak memori dipindahkan dalam satu masa. Maknanya kalau capacity ram tu kecik pemindahan data pon jadi perlahan. Pemilihan ram dan processor mestilah selari. Processor yg tingi perlukan ram yg besar. Oleh tu upgrade la ram anda semaksimum yg processor anda mampu support.


3. Malware / Virus.

Virus adalah musuh utama pengguna internet. Rasa macam nak tonyoh2 je kepala sape yg cipta virus ni kan. Virus mengganggu sistem windows dan jadikan komputer kite lembab. Cara yg terbaik utk elakkan virus adalah update antivirus anda setiap hari. Scan juga komputer anda setiap hari. Tak kira jenama antivirus apa yg anda pakai, gunalah versi “Internet Security” supaya protection tu lebih. Dan jangan guna free version punya. Keluar duit sikit utk full protection kan lebih berbaloi-baloi.


4. Running antivirus/program.


Komputer akan menjadi slow semasa kita scan dgn antivirus. Elakkan menggunakan komputer semasa scanning in progress. Begitu jgk dgn program2 yg lain yg tgh running. Tak payah pelik sekiranya komputer anda menjadi kura2 semasa antivirus atau program lain tgh berjalan.













5. Terlalu banyak program.

Install software yg terlalu banyak pon boleh jadikan komputer jadi perlahan. Lebih2 lagi kalau saiz software tu besar2 belaka. Instal lah software yg anda rasakan perlu sahaja. Remove software yg dah tak digunakan.

6. Data dah serabut.

Menggunakan komputer utk jangka masa yg lama akn menyebabkan data2 dalam kmputer bertambah setiap masa. Cache, cookies, history, registry, junk file yg dah tak diperlukan perlu diremove. Data2 yg belambak perlu disusun. Maintenance utk tingkatkat performance komputer anda diperlukan. Solutionnya, anda boleh gunakan software spt Tuneup Utilities, Diskeeper, Registry Mechanic dan lain2 lagi. Ataupun anda boleh buat defragmentation secara manual utk penyusunan data2.


Hmm, mungkin ada sebab2 lain lagi yg boleh buatkan komputer kita jadi slow yg saya tak letakkan. Tapi kalau laptop kita slow, rujuk dulu kat atas ni sblm buat spekulasi benda2 lain. Komputer slow tak bermaksud terus kena format dia. Saya mmg amalkan kat atas tu, maintenance laptop selalu. Kesannya laptop saya dah hampir 2 tahun tak diformat. Ngehh…


Kerap format komputer pon boleh jahanamkan hardisk. Oleh tu seboleh2 kita kurangkan format komputer ni. Semak point2 kat atas tu dulu. Kalau dah lembab jugak barulah format. Gud the Luck g@y’s. Ahaks..

Artikel Berkaitan