Sunday 30 May 2010

Aktiviti nakal program automatik

AKTIVITI NAKAL PROGRAM AUTOMATIK

Masih ingat tak korang semua bagaimana penangan cecacing; downadup, atau kido. kesan serangannya meresahkan jutaan pengguna komputer berinternet diseluruh dunia. lebih lebih lagi komputer yang dihubungkan kepada rangkaian. ini semua berpunca daripada kecatatan sistem operasi windows itu sendiri. faktor tambahan ialah kecuaian pengguna yang tidak memulihkan kecacatan tersebut, selain tak melindungi komputer mereka dgn perisian keselamatan. akibatnya, cecacing tersebut dalam misinya.


Bagaimanapun, penularnya dapat dibendung menggunakan perisian antivirus yang berkesan hakikatnya, cecacing popular ini agak susah dihapuskan sebab ciptaannyamemilik kepintaran dalam melaksanakan misinya. jika cecacing ini gagal dikawal secara menyeluruh dalam rangkaian, maka nnt kan kehadirannya semula dari komputer yang masih tercemar. gejalanya kelihatan proses "rundll32.exe" yang dicemari dlm windows terus aktif secara automatik, menelan memori dan akhirnya melembapkan perestasi sistem komputer.


mesti ramai pegguna komputer dalam rangkaian yang mengalami gangguan seperti ini. apabila jangkitan berlaku cecacing ini akan menyuntik arahan kedalam proses"rundll32.exe". arahan tersebut antaranya bertujuan untuk menjadualkan penularan cecacing ini; dari komputer yang sudah dijangkiti ke komputer lain. maknanya jadual ini akan mengaktifkan cecacing tersebut secara automatik pada masa tertentu. malangnya kesan sampingan ini gagal di tangani antivirus tertentu. mujurlah perisian percuma seperti auto run 9.39 boleh menolong anda.


Ultiliti percuma ini mrembolehkan anda mengawal pelbagai program yang diarahkan untuk beroperasi secara automatik. ini meliputi program yang dihidupkan sebaik sahaja OS Windows dimulakan atau program yang aktif mengikut jadual yang ditetapkan. pengaktifan automatik ini selalunya dikaitkan dengan folder Startup. scheduled tasks, dan kekunci registry. jadi, anda boleh menggunakan aplikasi ini mengawal proses "rundll32.exe" tatkala cecacing conficker menyerang kembali. moga moga komputer anda tidak kecacingan lagi.


Perlu diberitahu, ultiliti ini bukan pegganti kepada produk antivirus, sebaliknya menjadi pelengkap sahaja.



Artikel Berkaitan