Saturday 3 July 2010

Kenali Bill Gates


William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagaiBill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation(bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusikomputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu.

MASA MUDA
William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955, sejurus selepas 9.00 malam. Bill Gates diberi nama timangan “Trey”, oleh neneknya merujuk kepada pemain kad ke-3 dan juga anak lelaki ke-3 dalam salasilah nama Gates (Berdasarkan III dalam nama akhirnya).
Salasilah Nama Gates
  • Moyang - William Henry Gates
  • Datuk - William Henry Gates II
  • Bapa - William Henry Gates Jr
  • Beliau - William Henry Gates III
Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumahtangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkahwin pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.
Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya “The Road Ahead”.
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat,Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas.
Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.
Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRANLISP dan bahasa mesin (machine language).
Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya, Syarikat Information Sciences Incmenawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.
Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.
Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.


KEHIDUPAN PERIBADI
Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal dari DallasTexas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Ibu Bill Gates, Mary Maxwell meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas majlis perkahwinannya. Bapanya, Willian Henry Gates Jr, berkahwin semula dengan pengarah muzium Seattle, Mimi Gardner. Seluruh keluarga, termasuk kakak dan adik perempuan beliau menetap di Seattle.
Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai harta kekayaan dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak-anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.
Rumah beliau yang beralamat di 1835, 73rd Ave NE, Medina, WA St98039-2328, terletak di pinggir tasik Washington yang dipanggil rumah ekologi mengambil masa 7 tahun unutk siap. Rumah yang sebesar 40,000 kaki persegi ini dibina oleh James Cutler bernilai USD $97 juta pada awal pembinaan tetapi kemudiannya melebihi 40% dari harga asal setelah siap sepenuhnya. Jumlah keseluruhan tanah dan rumah sesudah siap ialah USD $125 juta menjadikannya rumah termahal di dunia. Cukai tahunan rumah itu sahaja hampir mencapai USD1 juta.
Antara koleksi antik peribadi milik Bill Gates ialah Codex Leicester, sebuah koleksi penulisan Leonardo da Vinci. Beliau membelinya dengan harga USD $30.8 juta di dalam jualan lelong pada tahun 1994.
E-mail Bill Gates telah diedarkan secara meluas dan pada 2004, beliau menerima lebih kurang 4,000,000 e-mail sehari, yang mana kebanyakannya adalah spam. Microsoft Corporation mempunyai sebuah jabatan yang mana tugas mereka adalah untuk menapis e-mail spam sahaja. Menurut Bill Gates, kebanyakan e-mail spam yang diterimanya ialah e-mail skim cepat kaya atau meminta wang darinya yang kadangkala amat lucu apabila dibaca tetapi selalunya amat menyakitkan hati.

KEKAYAAN DAN PELABURAN

Bill Gates telah menjadi senarai tetap majalah Forbes untuk "400 Orang terkaya di Amerika Syarikat” (dari tahun 1993 sehingga 2006; dan mendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang terkaya di dunia dari 1995 sehingga 2007 (kecuali 1997).
Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis, syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadi pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh rakannya Warren Buffett.

Anugerah dan penghormatan

Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam 100 yang paling berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah Winfrey adalah 2 orang yang mendapat tempat di dalam keempat-empat senarai tersebut.
Majalah TIME juga menamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2, Bono sebagai “Persons of the Year” pada tahun 2005 untuk sumbangan besar yang diberi di dalam misi kemuanusiaan. Pada tahun yang sama, pada bulan Mac, Bill Gates dianugerahkan darjah kesatriaan “Knight Commander of the Order of the British Empire” daripada Ratu Elizabeth II. Pada tahun 2006, beliau dianugerahkan dengan “Premio Príncipe de Asturias en Cooperación Internacional”. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh majalah New Statesman pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time”.
Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times “Power List” pada tahun 1999, sebagai “CEO of the year“ oleh majalah Chief Executive Officers pada tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIME pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999 dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in media" pada tahun 2001.
Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000, Royal Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan Waseda University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan bunga Eristalis gatesi, sebagai penghormatan kepada Bill Gates.
Bill Gates dan Melinda menerima “Prince of Asturias Award” dari International Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006, beliau dan isterinya dianugerahkan dengan “Order of the Aztec Eagle” untuk kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un país de lectores".
BILL GATES PADA TAHUN 1983


Artikel Berkaitan