Thursday 1 July 2010

Email Korang Senang kene SPAM?

Harini aku nak bagitau satu tips yang paling simple untuk mengetahui punca ataupun betapa mudahnya orang nak spam email korang.




Taip di google alamat email korang Contoh search namakorang@yaho.com di google.



Kalau alamat email korang tu keluar dalam carian google maknanya disitulah puncanya mengapa email korang senang dispam oleh software2 yang diprogramkan untuk mencari alamat email secara automatik di internet. Kemudiannya senarai-senarai email itu akan disimpan dalam database seterusnya dijual kepada pihak lain. Pihak yg membeli program/database alamat email itulah yang akan menyepam korang dengan pelbagai produk sehingga sesaklah inbox email korang.



Jika korang terjumpa email korang di carian google maka cubalah keluarkan email korang dari laman web itu. Mintalah pemilik laman web itu membuang nama email korang ataupun usahakanlah sendiri caranya untuk menghilangkan alamat email korang.



Jadi, janganlah dedahkan alamat email korang di mana2 di internet sama ada forum, blog ataupun apa-apa jenis website sekalipun. Alternatifnya ialah taip alamat email dengan cara sebegini:-



Kyril_makan_nasi[at]yahoo[dot]com[dot]my

...ataupun dengan cara lain yg tak menyerupai format alamat email.



Nota : Spam ialah email yang korang terima tapi tak diketahui sebabnya mengapa korang terima.

Artikel Berkaitan