Thursday 15 July 2010

Klasifikasi Jenayah Siber


Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi inputpemprosesan dataoperasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
  1. Penipuan
  2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
  3. Kecurian maklumat.
  4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
  5. Menyalin perisian secara tidah sah.
  6. Pengintipan
  7. Judi siber
  8. Skim cepat kaya
  9. Pornografi
  10. Penggodam atau "Hacker"
  11. Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
  1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
  2. Kepentingan ekonomi
  3. Berbeza takrifan jenayah
  4. Kepentingan ketenteraan
  5. Sikap manusia "Human attitude"

Artikel Berkaitan