Thursday 1 July 2010

Windows Genuine Advantage (WGA)



Windows Genuine Advantage (WGA) adalah sistem anti-cetak rompakoleh Microsoft yang menguatkuasakan pengesahan ketulenan Microsoft Windows dalam talian bagi kebanyakan sistem pengendalianMicrosoft sekarang apabila mencapai beberapa perkhidmatan Microsoft Windows, seperti Windows Update, dan muat turunkan daripada Pusat Muat Turun Microsoft. Secara spesifik, WGA merangkumiWindows 2000, Windows XP dan Windows Vista, kecuali Windows Server 2003 atau keluarga Windows 9x.

Ia juga mengiklankan Service Pack 2 untuk Windows XP, yang memerlukan requires gangguan manual untuk menghilangkan keupayaannya. Sebelumnya secara sukarela, ia mula diwajibkan untuk penggunaan servis-servis ini pada Julai 2005.
CIRI - CIRI
Windows Genuine Advantage Notification di Windows XP
Windows Genuine Advantage Notification di Windows Vista
Proses pengesahan WGA mengesahkan pemasangan semasa Windows dan kekunci lesennya terhadapperkakasan yang terlibat. Ia boleh dicapai sama ada melalui program tunggal, ataupun sebagai kawalanActiveX di dalam Internet Explorer semasa cuba mengakses kemas kini Microsoft melalui pelayar web. Ia turut memasukkan langkah berikut:
Semasa kali pertama melayari Microsoft Download atau Update Center, pengguna akan memperoleh pesanan yang memerlukan mereka untuk mengesahkan naskhah Windows mereka dengan memuat turun kawalan ActiveX yang akan memeriksa ketulenan perisian Windows mereka. Jika pengesahan Windows berjaya, ia akan menyimpan fail lesen khas di dalam PC untuk pengesahan akan datang.
Setelah pengesahan berjaya, muat turun kemas kini biasa boleh diteruskan.

Jika perisian Windows didapati tidak mempunyai lesen sah, WGA akan memaparkan notis khas kepada pengguna dan menghalang kemas kini bukan kritikal daripada dimuat turun dari Microsoft.

Kawalan ActiveX dimuat turun semasa pengesahan kali pertama serta apabila versi baru dikeluarkan, tetapi proses pengesahan boleh dilakukan pada bila-bila masa setiap kali pengguna melayari laman web Microsoft untuk proses kemas kini.
Pada Windows Vista, kegagalan pengesahan WGA membawa kesan yang lebih buruk. Selain notis peringatan tanpa henti serta halangan kemas kini bukan kritikal, WGA juga melumpuhkanWindows Aero, Windows Defender, dan ReadyBoost. Pengguna diberi tempoh selang untuk lulus pengesahan, di mana selepas tempoh tersebut sebahagian besar fungsi sistem pengendalian tersebut akan dilumpuhkan dan Windows akan bertukar ke mod fungsi dikurangkan, yang akan dibuang pada Windows Vista SP1bersama-sama dengan keadaan tidak tulen tetapi mengekalkan notis pada sistem yang didapati tidak tulen
.

Artikel Berkaitan