Ubuntu ialah salah satu cabang tapak kod projek Debian.[8] Tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini. Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.[9]
Ubuntu dikeluarkan sebulan selepas keluaran GNOME.[10] Berbanding dengan cabang-cabang Debian lain yang banyak menggunakan tambahan hak milik dan sumber tertutup, Ubuntu mengutamakan perisian bebas, dan hanya membuka sedikit ruang untuk pemacu perkakas hak milik.[11]
Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu. Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian, tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelim ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata-mata demi keserasian.Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.
Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd. Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).
Pada 12 Mac 2009, Ubuntu mengumumkan sokongan pembangun untuk platform pengurusan awan pihak ketiga, seperti yang digunakan untuk Amazon EC2.
Artikel Berkaitan
- Install Ubuntu Dalam Windows Boot Manager (Dual Boot)
- BackTrack OS ( Pengendalian keselamatan )
- Download (OS) Ubuntu 10.10
- Sejarah Pembangunan Ubuntu
- Kemunculan MacPro Terbaru Lebih Hebat & Berkuasa
- BlackBerry 10.2 Beta Akan Hadir Dengan Android 4.2 Jelly Bean
- Arab Saudi Akan Menyekat WhatsApp Dalam Beberapa Minggu
- 4 Perkara iOS 7 Beritahu Untuk iPhone Akan Datang
- MacBook Air Terbaru Dilengkapi Bateri Tahan Lama dan Prestasi
- Asas Dalam Mencipta Banner Blog/Web (Photoshop)
- Google Perkenalkan Maps versi akan datang untuk Android dan IOS
- Windows Phone Melompat Ke Tempat Ketiga Dalam Pasaran Telefon Pintar
- Fakta Menarik Tentang Bill Gates
- [Video] Masa depan mengikut pandangan Microsoft
- Harddisk pertama di dunia
- Bualkomputer akan post entri bukan sahaja berkaitan dgn komputer
- Asia bakal kuasai Teknologi
- Tutorial Install Ubuntu Dalam USB