Wednesday 8 September 2010

Video Converter

Hari ini saya ingin menceritakan tentang video converter dan fungsinya. Video converter lebih kurang sama seperti audio converter cuma ciri-ciri nama format yang berbeza. audio converter menyediakan pertukaran dari wma atau lain-lain ke mp3, wave dan lain2.  dan sama juga seperti video converter yang menyediakan aplikasi pertukaran format video untuk menyesuaikan pemain video tersebut.ada sesetengah video converter boleh menukarkan kepada format audio... tidak heranlah kerana sekarang ni perisian berikut berlambak-lambak di laman2 web yg disediakan secara berbayar atau percuma. sekarang ni boleh dikatakan semua perisian video converter mempunyai aplikasi pertukaran kepada audio.

2 cara untuk memilikinya:

1. beli/berbayar
2. percuma

-saya rasa beli lebih banyak fungsinya dari yang percuma dan ia menyediakan tetapan format video yang boleh kita ubah dan spesifikasinya pun kita boleh mengubahnya.

-Bagi yang percuma pula kebiasaannya format yang disediakan mungkin format yang biasa dan pilihan yang basic dan yang terutama sahaja...

bagi saya dua-dua sama sahaja, tetapi ciri-cirinya berbeza. ada yang banyak fungsi dan ada yang kurang fungsinya. saya sendiri menggunakan yang percuma kerana saya hanya selalu mengecilkan saiz video dan memasukkan video di youtube, handphone, dan lain-lain. tetapi sesiapa mahukan yang lebih baik dan professional..,, apa salahnya.

PERISIAN VIDEO CONVERTER PERCUMA::
- Any video converter
- iWisoft Free Video Converter
more...

Artikel Berkaitan