Thursday 2 December 2010

Kecanggihan komputer masa depan


zaman demi zaman - tahun demi tahun ramai yang telah mencipta pelbagai kemudahan yang melibatkan kerjaya dan kehidupan seharian. jika tiada kemudahan kita akan menjadi susah untuk melakukan sesuatu kerja yang memerlukan cara sebegini. teknologi ini bermula dari dulu lagi sejak adanya pencipta. teknologi dulu dan sekarng amat berbeza dan sudah dianggap jauh bezanya. tetapi kita tidak boleh memperlekehkan teknologi lama kerana teknologi lamalah yang menyebabkan adanya teknologi baru seperti sekarang.

hampir 100% masyarakat sekarang ini banyak menggunakan kemudahan untuk tujuan tertentu sama ada berfaedah mahupun tidak. jika dulu masyarakat tidak percaya akan teknologi atau sesuatu gajet mempunyai sistem paparan secara sentuh untuk memilih program didalamnya kerana teknologi sebegitu jauh lebih baik dan unik dari sebelum ini. tetapi sekarang pelbagai pencipta teknologi telah menemui bermacam macam cara untuk meningkatkan dan menaikkan taraf teknologi masing2.

semakin lama semakin baik dan canggih teknologi manusia malah terlalu canggih teknologi akan datang. kita cuma menunggu selagi kita ada. kemungkinan kita akan tergolong dalam orang2 yang mencipta teknologi2 ini dimasa akan datang.

terlalu canggih dan terlampau canggih menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan ini untuk memuaskan kehendaknya dengan menggunakan kecanggihan yang ada membuat perkara yang terlarang yang melibatkan jenayah atau dipanggil jenayah cyber. jenayah cyber ini telah wujud sekian lama lagi sejak wujudnya komputer. mereka mempunyai tujuan tertentu seperti mencuri data atau merosakkan data dan banyak lagi perlakuan jenayah cyber yang licik dan menyebabkan hampir semua pengguna komputer menjadi mangsa.

kita tidak tahu apalagi kecanggihan yang akan datang dimasa depan. kemungkinan laptop/notebook yang sedang anda gunakan ini dinaiktarafkan kepada yang lebih ringan dan nipis seperti biskut atau atau mempunyai bentuk badam transparent/warna tembus. kemungkinan penggunaan mouse akan di luputkan kerana adanya teknologi screen sentuh yang memmudahkan penggunaan pilihan.

kemungkinan chip processor akan ditukar kepada saiz yang lebih kecil seperti duit 1 sen malah lebih berkuasa lagi. kecanggihan komputer atau teknologi amat memudahkan kita membuat segala urusan dan kita hanya perlu duduk dan tidak banyak bergerak selain mengawal komputer itu. biar kita yang kawal komputer asalkan jangan pula suatu hari nanti komputer yang akan mangawal kita.

100% luahan dari saya: Khairil...: admin

Artikel Berkaitan