Thursday 2 December 2010

netbook / laptop mini

Laptop mini atau nama popularnya netbook adalah komputer riba bersaiz kecil berbanding laptop biasa/notebook. kebiasaannya netbook ini tidak menggunakan sistem processor yg tidak terlalu tinggi dan sederhana kerana sesuai dengan saiznya yang kecil. ianya sesuai digunakan kepada para penggemar melayari internet, membuat kerja secara bergerak dan mudah dibawa kemana-mana. netbook ini kurang sesuai digunakan pada golongan professional seperti golongan yang banyak menggunakan perisian yang memerlukan tenaga pemprosesan yang tinggi dan ram yang tinggi. selain itu golongan penggemar bermain permainan/game kurang sesuai untuk menggunakan netbook ini. kerana game yg dimain kadangkala memerlukan grafik yang lebih dan tenaga pemprosesan yang lebih. sesuai untuk permainan sederhana sahaja. jika anda memasang permainan yg memerlukan grafik sederhana seperti need for speed, anda tidak akan berpuas hati dengan resolusi gambar yang agak pecah dan bersegi apabila anda jalankan permainan tersebut pada netbook jenis sebegini.

ada juga netbook yang jenisnya berlainan seperti netbook berkuasa tinggi. prosesnya sama dan setanding notebook tetapi harganya agak berbaloi mengikut produk tersebut. netbook ini sesuai digunakan untuk online, melayari internet, bermain game sederhana, menjalankan program sederhana, melakukan dan mendapatkan hiburan dan tidak sesuai menjalankan program yang berat. melainkan anda menaikkan taraf ram netbook tersebut. selalunya netbook ini disertakan sekali dengan sistem operasi windows 7 starter kerana windows 7 starter sesuai digunakan pada komputer lama dan yang lemah prosesnya. selain itu netbook juga menggunakan chip pemproses intel Atom.., pemproses ini kecil dan sesuai dipadankan untuk netbook dan pemprosesannya agak sederhana berbanding chip pemprosesan intel versi atau jenis lain yg mampu memproses dengan pantas. netbook juga tidak mempunyai CD-DRIVE untuk menjalankan CD/DVD. untuk mengatasi masalah ini anda perlu dapatkan external DVD-RW dan sambung ke netbook anda secara luaran. tetapi perbuatan ini leceh sedikit.
External DVD Drive/DVD Player

Artikel Berkaitan