Sunday 27 May 2012

RockMelt Browser lebih sesuai untuk Blogging & Laman Sosial

salamsejahtera & salam 1malaysia...


Seperti mana yang telah diketahui rockmelt adalah browser yang dicipta lebih kepada laman sosial, link, share, bookmark, update status & macam2 lagi shortcut mudah... mudah difahamkan rockmelt ini permudahkan korang mengendali laman sosial seperti facebook dan twitter serta tidak lupa juga kepada berblogging...

saya sarankan kepada blogger2 untuk menggunakan browser ini kerana terdapat banyak faedah yang mempermudahkan anda dalam kerja2 yang membabitkan blogging, entri & sebagainya..

ok. kpd blogger2 semestinya ada menyimpan bookmark untuk ping entri dan altenatif untuk menyebarkan entri blog, dengan rockmelt anda boleh import bookmark web dari google chrome dan yang paling special ianya boleh dipaparkan pada komputer lain dengan melalui account facebook anda. bermakna anda menggunakan rockmelt atas nama account facebook anda. jika anda login rockmelt pada komputer lain maka terpaparlah segala bookmark yang anda simpan, themes & edge yang kat tepi2 tu. kaedah ini akan menyelamatkan bookmark anda dari hilang walaupun anda format komputer anda kemudian anda install semula rockmelt & login fb anda pada rockmelt semua data2 rockmelt anda terselamat.

dengan fungsi edge disebalah kiri rockmelt anda boleh mark laman web untuk mengetahui update web tersebut dengan menyatakan feed url atau link web serta ianya automatik memberi anda pilihan untuk anda tanda jika anda buka facebook.com, twitter dan sebagainya. anda akan dapat lihat newsfeed dari facebook & post2 dari twiiter serta boleh update melalui rockmelt dan post facebook anda akan ditanda dengan "via rockmelt"

fungsi chat facebook disediakan pada rockmelt membuatkan anda lebih mudah untuk explor web lain tanpa membuat tab khas untuk facebook jika berkomunikasi dengan rakan melalui fb chat. fb chat disediakan disebelah kanan rockmelt. walaupun anda sedang melayari web lain tanpa buka facebook.com, anda tetap boleh berkomunikasi secara chat dengan rakan fb anda dan rakan anda sentiasa boleh berhubung dengan anda selagi chat pada rockmelt tidak di offkan dan rockmelt tidak "close" selagi tu la chat anda berstatus online.

fungsi share sesuatu difacebook dengan mudah seperti link web & lirik, text dan sebagainya dengan bberapa klik sahaja boleh share pd rakan2 difacebook contohnya seperti link web atau entri blog yang hendak dikongsikan di facebook, anda hanya perlu rightklik pada text yg berlink tersebut dan klik share link kemudian muncul tetingkap untuk anda olah huraian untuk sebelum anda post di facebook.


turut juga fungsi share text secara highlight contohnya anda mahu kongsikan perkataan pd facebook tanpa copy paste, dan dengan rockmelt anda hanya perlu highlight pd text yg nak dikongsikan kemudian rightklik seterusnya klik share text.


Notification facebook dipaparkan pada rockmelt walaupun anda sedang layari laman web lain tetapi bukan facebook.com begitu juga notis paparan mesej baru dan notis tambah kenalan facebook.

fungsi gmail edge pada sebelah kiri rockmelt juga permudahkan anda ketahui notis2 dan mesej2 baru yang masuk ke email anda dan yangpaling menarik email tersebut disimpan data loginnya dan anda boleg setkan edge email dengan banyak. data login yg disimpan hanya pada komputer yg anda login dan tidak kpd komputer lain. jika untuk komputer lain anda perlu login semula. (email hanya untuk perkhidmatan gmail)

themes boleh menggunakan theme dari google chrome kerana rockmelt ini adalah dibina dari chromium dimana sumbernya sama dengan google chrome tetapi telah diubah menjadi rockmelt dan rockmelt ini dibawah chromium. turut juga apps2 lain untuk google chrome seperti extension dan sebagainya boleh di pasang pada rockmelt.

anda jangan risau, settingnya sama seperti google chrome dan begitu juga fungsi lain seperti bookmark dan inspect element. cuma ada tambahan dari segi fungsi dari rockmelt sendiri yang dibina dan direka khas untuk permudahkan social network.

kalau nak tau tahap mana hebatnya rockmelt ini anda sepatutnya kena cuba terlebih dahulu baru boleh membuat penilaian. mungkin juga ada sesetengah yang tak suka tetapi mejoriti apa yang saya lihat skrg ni ramai yang bagi komen yang baik terhadap rockmelt browser ini. jadi jgn tunggu lagi, cubalah sekrg.
download sini http://www.rockmelt.com/

kata admin khairil: tak sentuh tak rasa.

Artikel Berkaitan