Sunday 28 April 2013

Kemunculan Samsung Galaxy S4 Di Malaysia


Samsung galaxy s4 telah mula dilancarkan dengan secara rasminya di malaysia semalam dengan kehadiran pelbagai syarikat telekomunikasi yang turut juga menjual galaxy s4 mengikut plan atau pakej yang disediakan oleh pihak telekomunikasi dengan harga yang menarik.

dari apa yang saya lihat galaxy s4 ini kemunculannya agak segak dari segi reka bentuk luaran walaupun ramai yang berkata reka bentuknya masih sama dengan generasi sebelum ini iaitu galaxy s3, galaxy note 2, s3 mini, galaxy grand atau sebagainya.

walau apa pun yang dikatakan, spesifikasi dalaman galaxy s4 membuatkan bakal2 pembeli tertarik dengannya oleh kerana tahap prestasi dari segi kelanjuannya jauh lebih baik dari galaxy s3 serta fungsi baru yang dimiliki oleh galaxy s4.

samsung galaxy s4 menggunakan system operasi android 4.2.2 jellybean dilengkapi antaramuka TouchWiz seperti mana yang ada pada antaramuka galaxy s3. system dalaman yang menggunakan 2GB RAM berprestasi tinggi serta di mantapkan lagi dengan pemproses Exynos 5 Octa. mempunyai skrin sebesar 4.99 inci dengan resolusi tinggi 1080 HD serta 13 megapixel kamera belakang.


Artikel Berkaitan