Wednesday 10 April 2013

Pengguna Maxis iPhone 5 Mula Menerima Kemaskini 4G LTE



Setelah dinantikan sekian lama oleh para pengguna iPhone 5 di Malaysia, kini Apple telah pun mula memperkenalkan kemaskini untuk iPhone 5 yang digunakan dibawah talian Maxis, membolehkan mereka menikmati talian 4G melaluinya.

Buat masa ini, peranti yang diperkenalkan dengan sokongan ini terhad kepada beberapa peranti sahaja, berkemungkinan kerana kawasan liputan masih tidak luas buat masa ini. Daripada kemaskini ini, ia menambah ikon rangkaian 4G, sokongan Visual VoiceMail, serta menambah baik penggunaan bateri pada peranti.

Maxis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini buat masa ini, tetapi beberapa pengguna telah mendapatnya dan mula menggunakan sokongan LTE pada peranti mereka.

Apple juga pada masa yang sama telah mengemaskini halaman 4G LTE mereka dengan menyenaraikan sama Maxis untuk sokongan LTE di Malaysia.

SUMBER ASAL: amanz.my

Artikel Berkaitan