Showing posts with label security. Show all posts
Showing posts with label security. Show all posts

Saturday, 16 June 2012

Cara Akses Laman Web yang telah di block


Salam sejahtera... jumpa lagi di entri kali ini...

Ada beberapa laman web yang telah diblock oleh pihak2 tertentu atau menghalang dari di akses secara terus...
tujuan mereka memblock laman2 web tertentu adalah atas tujuan untuk pengguna tidak boleh mengaksesnya mungkin disebabkan isi kandunngan laman web tersebut tidak sesuai dipaparkan atau ada isi yang melanggar hakcipta terpelihara...

oleh kerana anda nak juga lepasi halangan tersebut, anda boleh lepasinya dengan menukar alamat DNS server... dns server boleh didapati dengan pelbagai jenis & server... ada google, open dns dan macam2 lagi..

berikut langkahnya:

sebelum mulakan pilih dns server dahulu:
Google
8.8.8.8
8.8.4.4

 Dnsadvantage
156.154.70.1
156.154.71.1

OpenDNS
208.67.222.222
208.67.220.220

 Norton
198.153.192.1
198.153.194.1

GTEI DNS 
4.2.2.1
4.2.2.2
4.2.2.3
4.2.2.4
4.2.2.5
4.2.2.6

ScrubIt
67.138.54.100
207.225.209.66


saya biasa pakai opendns & google dns..

ok...
1. pergi ke network sharing center bagi pengguna win7... pengguna winxp pergi ke icon yg ada di taskbar...

2. win7: kemudian klik pd bahagian connection..seperti gmbr dibawah...
3. akan muncul tetingkap seperti gmbr dibawah: klik properties...

9. pilih internet protocol version 4 dan klik properties bg pengguna win7... winxp pula  pilih internet protocol dan klik properties...

10. pilih use the following dns server addresses
kmudian letakkan dns server di ruangan tersedia...

11. klik OK...

dan sekarang anda boleh bebas melayari laman yang diblock....

selamat mencuba...

Friday, 23 December 2011

Fix Masalah Virus Facebook Notis Terlalu Banyak



Salam sejahtera kpd semua pembaca & blogger2 terror..
entri ni berkaitan dengan laman sosial facebook yang sedang anda gile2kan sekarang ni...
ape pon jangan seronok sangat apabila berfacebook & anda semestinya berhati hati dengan link yang dihantar oleh rakan2 anda... periksa dulu laman web dia & kalau laman web yg mencurigakan jgn sesekali nak gatal tangan klik link tu...

ape pon skrg saya nak bg tip sikit kepada yang dah terkena virus facebook yg sedang hangat diperkatakan skrg.. virus itu sebenarnya digelar sebagai spam... tujuan spaming ni hanya pencipta je yang tau... sama ada hantar phishing web or tarik traffic...

cara buang/fixkan masalah ni...

1. Login Facebook anda
2. Pergi ke Privacy Setting.
3. klik pada edit seting pada How Tag Works.
4. klik Tag Review & kemudian Enable..
5. Padam Posts-post (virus) yang banyak tersebut sampai habis...
6. kemudian boleh disable semula tag review.

sebarkan entri ni dekat rakan2 anda...



Saturday, 25 June 2011

Microsoft Security Essential (Anti-virus)

salam 1 malaysia,,... Kini bual komputer kembali lagi dengan entri terbaru iaitu mengenai Antivirus dari microsoft (microsoft security essential) dimana perisian keselamatan antivirus ini sudah popular dikalngan penggunanya.. ramai yang berpuas hati dengannya caranya menjaga sistem (windows) dari diceroboh dengan adanya fungsi kawalan sepanjang masa apabila anda sedang menggunakannya...

Yang paling best perisian ini disediakan secara percuma kepada semua pengguna untuk dimuat turun dan di pasang...

MSE ini sesuai digunakan pada komputer dirumah hingga lah ke komputer peniaga kecil untuk melindungi sistem dari diserang & dimasuki virus...

penggunaannya sangat mudah dari step pemasangan hinggalah saat menggunakannya dan juga paparan menu.

Fungsi kemaskini secara automatik membuatkan perisian ini bertambah baik dari segi data base yang dikemaskini dengan fungsi terkini dan cara kawalan virus terkini...

Jika berminat..,, Anda boleh memuat turun dan memasangnya pada komputer anda (pengguna Windows)
dan pastikan sebelum anda install, anda telah uninstall antivirus lain atau memadam antivirus lain.. jika anda tidak membuang antivirus yg sedang anda gunakan sekarang kemudian anda install MSE,, kesilapan/konflik akan berlaku diantara antivirus anda dan MSE. ini menyebabkan sistem anda terganggu... pastikan tiada antivirus lain sebelum menginstall MSE..

DOWNLOAD MSE DISINI

Keperluan sistem secara minimum:

Operating System: Windows XP Service Pack 3 (SP3)*; Windows Vista (Service Pack 1, or Service Pack 2)*; Windows 7*
  • For Windows XP, a PC with a CPU clock speed of 500 MHz or higher, and 256 MB RAM or higher.
  • For Windows Vista and Windows 7, a PC with a CPU clock speed of 1.0 GHz or higher, and 1 GB RAM or higher.
  • VGA display of 800 × 600 or higher.
  • 200 MB of available hard disk space.
  • An Internet connection is required for installation and to download the latest virus and spyware definitions for Microsoft Security Essentials.
  • Internet Browser:
    • Windows Internet Explorer 6.0 or later.
    • Mozilla Firefox 2.0 or later.
  • Microsoft Security Essentials also supports Windows XP Mode in Windows 7. For more information see the system requirements for Windows XP Mode in Windows 7.

Friday, 17 June 2011

Lindungi Sistem Dari Spyware Dengan Spyware Terminator

Spyware adalah sejenis fail/Aplikasi atau sewaktu denganya... atau juga boleh dikatakan ciri2nya seperti virus dan ianya tidak dikategorikan sebagai virus.. malah ia dikategorikan sebagai spyware...
spyware ini dicipta dan direka oleh pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu maklumat dari sesebuah komputer untuk tujuan tertentu...

dengan adanya anti spyware SPYWARE TERMINATOR ini anda boleh lindungi komputer anda dari dimasuki spyware sepanjang masa dan setiap kali anda menggunakan komputer anda..
anti spyware boleh diinstall walaupun anda telah memasang antivirus anda.. sama ada yang berbayar atau percuma... tetapi anti spyware ini adalah percuma untuk semua pengguna...
kadang kala kita tidak boleh harapkan tugasan dari antivurs sistem komputer kita kerana mungkin ciri2nya lain dari anti spyware.. anda juga digalakkan memasang anti spyware untuk mengukuhkan lagi keselamatan komputer anda dari dicerobohi spyware tersebut...

spyware terminator ini bermacam-mcm fungsi disediakan melainkan spyware sahaja malah perlindungan yang berkaitan dengan keselamatan sistem komputer...
ia melindungi komputer anda dari dimasuki dan dpt mengesan spyware, adware, backdoor, baiting, botnet, browser plugin, comercial network, crimeware, computer virus, computer worm, data miner, email spoofing, exploit, fast flux, Fraudulent dialers, hacker, hijecker, hoax, keylogger, loyaltyware, malware, parasiteware, phishing, pretexting, rogue security software, rootkit, SMiShing, smurf attack, sicial engenering, software cracking, spamware, trojan horse, vishing, VoIP Spam, zombie computer...


dan jangan lupa jika anda dah gunakan perisian ini pastikan update/kemaskini perisian ini dengan kerap...
pastikan realtime shield dihidupkan.... ini menjamin keselamatan sistem komputer anda dgn lebih baik...
dan pastikan juga anda aktifkan antivirus anda.. jgn hanya harapkan anti spyware sahaja kerana ia mengawal spyware sahaja dan benda2 kecil.. antivirus diperlukan juga untuk mengawal virus...
MUAT TURUN SECARA PERCUMA DISINI... http://www.spywareterminator.com/download/download.aspx

Thursday, 16 June 2011

Lebih 10 Laman web Kerajaan Dapat Digodam

gambar: amaran bagi notis operasi godaman..

Serangan siber yang dialakan melalui Operation malaysia oleh anonymous menjadi isu hangat kepada semua penduduk dimalaysia... mereka bertujuan untuk menggodam laman2 rasmi kerajaan termasuklah yang terakhir malaysia.gov.my. usaha untuk menyerang laman web berkaitan kerajaan  dapat diatasi walaupun godaman berjaya dilakukan oleh pihak anonymous...

pada 16 jun pukul 3.45pg mungkin meraka sedang bersiap sedia untuk menggodam dan menyerang malaysia.gov.my. manakala sebelum laman gov.my diserang, Banyak laman web berkaitan agensi kerajaan turut terbabit dalam serangan siber ini.. dan sebelum itu 10 lmnweb berkaitan krajaan telah pun berjaya digodam... iaitu laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik dan mungkin banyak lagi..
walaubagaimanapun setelah beberapa jam laman berikut dipulihkan semula...

(kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Semua cobaan untuk menggodam itu berjaya diatasi dan pihak tertentu perlu mengambil tindakan berjaga jaga dan meningkatkan lagi tahap keselamatan laman2 web... walaubagaimanapun ancaman godaman ini belum berakhir dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga..

kerajaan tidak mahu mengaku kalah dengan penggodam serta pihak skmm akan sentiasa bersedia dengan yakin untuk menangkis cubaan mereka...

janji tetap janji)) itu adalah bagi pihak anonymous dimana sebelum ini ia memberi notis untuk mnyerang lamanweb kerajaan malaysia namun serangan itu dapat diatasi dengan pelbagai cara yang dirancang  pihak keselamatan siber di malaysia ini termasuklah SKMM...

Wednesday, 15 June 2011

Laman Perkongsian fail (filestube, fileserver & sebagainya) di Block SKMM

Salam kepada semua pembaca blog Bual komputer... hari ni saya nak post tentang penyekatan laman2 web perkongsian fail yang dilakukan oleh kerajaan.. kepada anda penggemar mendownload fail2 melaui laman2 perkongsian fail semestinya merasa kecewa atas tindakan tersebut dibuat..

Apa yang saya tahu tujuan berikut adalah untuk menghentikan pengguna internet dari pada menyebarkan media digital atau boleh dikatakan berkaitan dengan media secara bebas seperti bahan2 cetak rompak (video, audio, & sebagainya secara bebas) upload & download...
menurut skmm pengguna yg memuat turun / muat naik media digital dikategorikan sebagai jenayah juga kerana melanggar peraturan hak cipta... dan itu semestinya salah atas penyebaran secara bebas...

berikut senarai laman perkongsian yg telah di sekat...


http://www.fileserve.com

http://www.filestube.com

http://www.megaupload.com

http://www.warez-bb.org

http://thepiratebay.org

http://www.movie2k.to

http://www.megavideo.com

http://www.putlocker.com

http://www.depositefiles.com

http://www.duckload.com

mungkin ada lagi laman web perkongsian fail yang telah disekat oleh kerajaan atau dalam proses untuk penyekatan & sebagainya... tindakan kerajaan ini mungkin akan mengecewakan pengguna terutama penggemar mendownload... dan mungkin tindakan kerajaan menyekat laman2 berikut ada kebaikannya... tunggu dan lihat sahaja lepas ini...

selain itu juga, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dengan pelbagai cara seperti melakukan serangan godaman terhadap laman yg berkaitan dengan kerajaan.. dan baru2 ini satu pertubuhan penggodam yang terbesar didunia akan menggodam laman rasmi kerajaan (malaysia.gov.my) pada 15jun atas tanda tidak puas hati dengan tindakan tersebut...
baca sini: http://www.bualkomputer.com/2011/06/website-kerajaan-malaysia-bakal-di.html

Mungkin tindakan kerajaan atas penyekatan laman perkongsian fail ini ada kelebihan dan kebaikannya kepada malaysia dan pengguna sendiri untuk meningkatkan cara penggunaan teknologi maklumat dgn lebih baik dan mungkin memberi kesan pada masa akan datang....

Friday, 3 June 2011

Block Website Yang Disyaki Bahaya Menggunakan Avast Antivirus


Kadang kala ada blog yang kita tidak sepatutnya buka seperti laman2 yang tidak berfaedah atau yang mendatangkan bahaya tanpa disedari dan terus menunjukkan kesan pada komputer kita...

Fungsi memblock laman web disyaki bahaya seperti yg saya maksudkan ini hanya komputer anda sahaja yg tidak boleh aksesnya apabila sudah diblock melalui komputer anda..

ok.. sekarang saya nak share mcm mana nak block web site tertentu menggunakan avast antivirus.. yang saya nak tunjuk ini, saya menggunakan perisian keselamatan avast free antivirus.. & bagi pengguna avast... tetapi jika anda menggunakan antivirus lain, cuba2 lah explor pada paparan atau tetapan Antivirus anda..

ok kita mulakan dengan membuka avast antivirus... Run antivirus anda.. atau klik pada icon antivirus anda yang terdapat pada taskbar dekstop anda...
klik pada icon avast..!
kemudian paparan avast antivirus akan muncul seperti screenshot kt bawah ni..:

lepastu klik pada ADDITIONAL PROTECTON 
dan klik Site Blocking

kemudian enablekan fungsi site blocking dgn klik pada kotak Enable Site blocking

Selepas itu masukkan alamat web site yang nak diblock pada kotak seperti gambar dibawah:
 contoh: saya isikan pada kotak tersebut dgn website http://bualkomputer.com .. kemudian enter...
Kemudian saya cuba buka laman bualkomputer.com yang saya dah block tadi pada web browser saya (chrome atau lain2).. ok.. sekarang laman yang anda dah block pada tetapan avast tadi sudah tidak boleh dibuka.... ok.. jika nak unblock semula laman tersebut, pergi ke tetapan tadi dan klik delete
ok.. jika nak unblock semula laman tersebut, pergi ke tetapan tadi dan klik delete pada laman yang nak di unblock semula...
 Fungsi site blocking ini tidak semestinya ada pada avast sahaja.. semestinya juga ada pada antivirus lain... itu terpulang pada anda nak buat bende ni atau tak.. & ini adalah perlindungan tambahan..

Monday, 9 May 2011

Kepentingan Update Antivirus

antivirus sebuah perisian yg sangat popular sejak adanya komputer... antivirus dicipta kerana adanya virus yg dicipta oleh pihak tertentu... antivirus bertujuan untuk memantau sistem anda dari diceroboh dan mengalami masalah seperti gagal memproses data sistem operasi dan sebagainya...

pelbagai jenis antivirus yg telah diterbitkan dipasaran mahupun yg percuma... beza percuma dan yg berbayar hanya bergantung kepada cara panjagaannya yg lebih atau lain2...

pentingnya update atau kemas kini perisian antivirus adalah kerana setiap tahun, bulan, minggu dan mungkin setiap hari pelbagai jenis virus direka dan dilepaskan.. oleh itu pihak antivirus perlulah menaik taraf cara keselamatan dan cara penjagaan terhadap virus jenis baru tersebut... sebab itu lah setiap antivirus mempunyai fungsi update yg membolehkan anda mengemaskini dan menaik tarafkan antivirus untuk mendapatkan fungsi penjagaan yang baru bagi membolehkan virus baru itu juga boleh dibunuh... jika virus itu jenis baru dan antivirus anda tidak diupdate... virus itu berpeluang untuk memasuki sistem anda dengan mudah.. ini kerana antivirus yg tidak update itu tidak dpt arahan yg baru untuk mengesan virus jenis baru berikut... ini sgt merbahaya...

hampir setiap hari pihak & pencipta antivirus anda mencipta cara penjagaan yg baru untuk jenis virus yg baru dan dlm masa yg sama pihak berikut menyediakan fungsi kemaskini/update dan menyarankan supaya anda update antivirus tersebut.... kerana hampir setiap hari pelbagai jenis virus di bebaskan....

begitu juga dengan perisian lain... perlu juga diupdate untuk mendapatkan version yg baru dan fungsi yg baru.. contoh seperti google chrome.. bila anda update anda akan dapatkan fungsi yg baru yg mungkin lebih baik dan mungkin fungsi dari segi paparan yg baru... tetapi perisian selain dari antivirus tidak menaikkan taraf hari2... mungkin setiap bulan ada update yg terbaru,,.. ia tidak seperti antivirus yg mempunyai pembaharuan setiap hari.. maka anda perlulah semak kemas kini antivirus anda setiap hari.... untuk mendapatakan fungsi penjagaan yg baru...

ok.. setakat ini sahaja yg saya boleh share... teruskan layari Bual-komputer.com

Friday, 30 July 2010

Kaspersky Password Manager



Mudah sign-in dengan satu klik mouse
Kaspersky Password Manager mengingati nama pengguna anda dan password mereka berkaitan sehingga ketika anda kembali ke laman itu akan menyediakan data login anda secara automatik. Kaspersky Password Manager juga bekerja dengan perisian yang memerlukan pengesahan.

Dalam menyimpan semua password dan maklumat peribadi
Kaspersky Password Manager kedai password anda selamat dan data peribadi di dalam sebuah database, berdedikasi disulitkan pada komputer anda. Kata laluan disimpan hanya boleh diakses dengan menggunakan password master atau kaedah-kaedah pengesahan lain ditakrifkan oleh pengguna. Hal ini memastikan bahawa password anda selamat dan mencegah jenayah daripada mencuri mereka.

Sebuah pilihan kaedah pengesahan
Kaspersky Password Manager membantu anda untuk mengawal akses kepada database password anda dengan password master atau dengan menggunakan USB atau peranti Bluetooth. Anda bahkan boleh menggunakan telefon anda: password anda boleh dikonfigurasikan sehingga mereka hanya tersedia apabila telefon mobile anda disambungkan ke komputer anda melalui Bluetooth. Jika anda meninggalkan komputer anda dan mengambil telefon anda dengan anda, database secara automatik akan mengunci sendiri.

Generasi password yang kuat
Keselamatan data anda secara langsung bergantung pada seberapa kuat kata laluan anda. Pengguna sering mempunyai password yang sama atau identik untuk beberapa account, yang bermaksud bahawa dengan cracking password tunggal, sebuah cybercriminal dapat dengan mudah mendapatkan akses kepada lebih banyak akaun. Password generator diintegrasikan ke dalam Kaspersky Password Manager boleh membuat password yang kuat yang sangat sulit untuk memecahkan.

Mobile versi menggunakan flash drive
Password Kaspersky versi mobile Pengurus mempunyai akses kepada password anda saat bekerja di mana-mana komputer, tanpa harus memasang apa-apa. Versi mobile yang boleh dilancarkan dari pelbagai jenis peranti mobile, termasuk flash drive. Jika peranti ini kemudian dihapuskan, Kaspersky Password Manager mengunci database password secara automatik dan menghapuskan jejak data password anda dari mesin host.

Automatik bentuk penyelesaian panjang
Website bentuk sering memerlukan kemasukan maklumat peribadi seperti nama penuh anda, tarikh lahir, jantina, alamat emel, nombor telefon, negara tempat tinggal, dll Kaspersky Password Manager secara automatik boleh mengisi jenis-jenis bentuk untuk anda, dengan menggunakan maklumat yang anda berikan dahulu. Sesetengah kad ID boleh digunakan untuk menyimpan maklumat yang berkaitan dengan perniagaan dan peribadi secara berasingan.

Beberapa akaun untuk perkhidmatan laman web
Kadang-kadang, beberapa password harus disimpan untuk laman web tunggal. Contohnya, anda mungkin mempunyai beberapa tempat surat, masing-masing dengan tujuan yang berbeza, berdaftar dengan pembekal khidmat perkhidmatan mel tunggal. Kaspersky Password Manager boleh menyimpan beberapa nama pengguna pembekal tunggal dan semak yang mana yang anda ingin gunakan apabila anda sign in

Automatik cadangan dari database dijanjikan
Kaspersky Password Manager secara automatik membuat salinan sandaran dari database kata laluan anda pada komputer anda setiap kali hal itu diubah. Anda boleh dengan mudah mengembalikan password anda jika database saat ini sengaja rosak, atau jika anda ingin memainkan kembali ke versi sebelumnya.

Efektif perlindungan terhadap keyloggers
keylogger ialah program berbahaya yang menjejaki penekanan butang pada komputer korban untuk secara haram menangkap data peribadi pengguna, seperti password. Kaspersky Password Manager memasuki password tanpa benar-benar menggunakan keyboard dan sangat berkesan melindungi data peribadi anda daripada keyloggers.

Perlindungan dari serangan phishing
Phishing adalah jenis kegiatan bermusuhan di mana sebuah cybercriminal menjemput pengguna untuk melawat sebuah laman otentik-cari untuk mengelabui pengguna untuk membocorkan maklumat akaun. Kaspersky Password Manager secara berkesan counter serangan phishing dengan memastikan bahawa URL sebenar sebelum login anda ke dalam laman web.

Kaspersky PURE Pelindung Eset Digital Anda

Perkelahian pencemaran digital.
Kaspersky PURE terus kandungan berbahaya dan spam di teluk, sementara membiarkan anda mengatur akses kepada aplikasi anda, email dan Internet. alat keselamatan Tambahan memadam data-trail, jadi hacker tidak bisa mengikuti.

Melindungi aset digital
Kaspersky PURE mencegah foto, muzik, dokumen, video, dll dari menjadi hilang, dicuri atau rosak. Advanced cadangan peralatan dan teknologi penyulitan terkini bermakna bahawa anda memutuskan siapa yang anda berkongsi data peribadi anda dengan.

Perlindungan identiti digital
Kaspersky PURE memiliki segala yang diperlukan untuk melindungi identiti digital. Dengan built-in keyboard virtual, yang terbaru dalam teknologi anti-phishing dan sistem pengurusan password yang aman, tidak akan 

mengecewakan anda!
Memastikan selamat untuk keluarga kandungan Kaspersky PURE menempatkan anda bertanggung jawab atas yang menggunakan PC dalam rangkaian rumah anda dan apa yang boleh mereka lihat dan lakukan, baik online dan off. Detil sistem pelaporan maklumat yang lengkap membuat anda dan keluarga anda dalam.

Centralizes pengurusan keselamatan
Kaspersky PURE membolehkan anda untuk menyemak status keselamatan rangkaian anda, secara automatik men-download dan menggelar update dari PC yang dicalonkan, peristiwa masuk dan menetapkan scan dan backup dari setiap titik pada rangkaian rumah.

Memberikan perlindungan sepanjang-
Kaspersky PURE adalah satu-stop-kedai untuk perlindungan rangkaian asal. Ini mengandungi semua yang anda perlukan untuk menguruskan keselamatan rangkaian anda dan untuk tetap malware-tidak, tanpa harus menjadi seorang ahli IT.

Thursday, 1 July 2010

Email Korang Senang kene SPAM?

Harini aku nak bagitau satu tips yang paling simple untuk mengetahui punca ataupun betapa mudahnya orang nak spam email korang.




Taip di google alamat email korang Contoh search namakorang@yaho.com di google.



Kalau alamat email korang tu keluar dalam carian google maknanya disitulah puncanya mengapa email korang senang dispam oleh software2 yang diprogramkan untuk mencari alamat email secara automatik di internet. Kemudiannya senarai-senarai email itu akan disimpan dalam database seterusnya dijual kepada pihak lain. Pihak yg membeli program/database alamat email itulah yang akan menyepam korang dengan pelbagai produk sehingga sesaklah inbox email korang.



Jika korang terjumpa email korang di carian google maka cubalah keluarkan email korang dari laman web itu. Mintalah pemilik laman web itu membuang nama email korang ataupun usahakanlah sendiri caranya untuk menghilangkan alamat email korang.



Jadi, janganlah dedahkan alamat email korang di mana2 di internet sama ada forum, blog ataupun apa-apa jenis website sekalipun. Alternatifnya ialah taip alamat email dengan cara sebegini:-



Kyril_makan_nasi[at]yahoo[dot]com[dot]my

...ataupun dengan cara lain yg tak menyerupai format alamat email.



Nota : Spam ialah email yang korang terima tapi tak diketahui sebabnya mengapa korang terima.

Sunday, 20 June 2010

Hack Password Facebook ( Hehehe )




Disini saya bukan menjelaskan bagaimana cara hack facebook tapi bagaimana cara untuk menghindar / mengantisipasinya, salah satunya adalah dari KeyLogger.

Apa itu keylogger?
keyloger merupakan perakam aktiviti ketukan keyboard dan window event yang digunakan untuk memantau kegiatan keyboard komputer, setiap kekunci yang ditekan oleh user maka semua record akan disimpan oleh keylogger. hal ini bukan hanya facebook tapi semua aktiviti kita dikomputer akan dipantau.

Keyloger terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1.Hardwareini bentuk dari Hardware Keylogger, cara menggunakan hanya diinputkan ke port PS2. Cara ini lebih berkesan daripada software keylogger. Disebabkan antivirus tidak boleh mendetectnya.Walau cenderung mahal, alat di pic diatas itu sekitar $ 53, Tapi alat ini boleh menyimpan data rakaman hingga setahun lamanya. Alat ini juga diluar dari system. Menyimpan di memory tersendiri. Sehingga hanya orang yang mengaktifkannya yang boleh membuka nya.
Keren kan ... Tapi ada satu kekurangannya, hardaware keylogger dapat dilihat, jadi, kalau anda online di warnet / komputer awam, dan melihat sesuatu yang aneh di port keyboardnya. Berhati-hatilah, mungkin saja komputer yang anda gunakan telah dipasang Keylogger.

2.Software
Sedangkan softwarenya bekerja keyloger ini sangat mudah, di mana dia akan berjalan tanpa sepengatahuan sipengguna lain kecuali usernya. tinggal di pasang di komputer lalu orang yang menggunakan komputer tersebut akan terekam semua kegiatan nya termasuk kegiatan memasukkan "password dan username" facebook dan friendster. bisa saja hal ini dilakukan oleh para pemilik warnet yang iseng dan tidak bertanggung jawab, atau bisa saja dilakukan oleh si pengguna komputer sebelum nya dengan cara mematikan fungsi antivirus nya terlebih dahulu lalu kemudian memasang keylogger.

Aplikasi ini juga boleh di modifikasi menjadi sebuah trojan, di mana dia akan melakukan pasang sendiri begitu si penerima email membukanya. Selanjutnya trojan ini akan mencatat semua aktiviti anda dan menghantar data-data tadi ke sipencuri melalui email saat komputer korban terkoneksi.

apa kekurangan? 
kelebihan dari keylogger?
dan bagai mana cara antisipasinya?

dapat dilihat selengkapnya di www.haikaladli.co.cc