Tuesday 8 January 2013

Perbezaan Laptop dan Desktop-PC serta Tips Penjagaan

Assalamualaikum&salam sejahtera..

Lama dah tak post dalam blog BK ni... Kalini aku ingat nak terangkan kat korang tentang perbezaan laptop dengan desktop-pc walaupun spec kedua-duanya sama.Banyak perkara yang user semua kene tahu tentang perbezaan ni.

Perbezaannya :
1.berapa lama kita boleh pakai dalam satu2 masa.
2.jangka hayat.
3.spare part.

LAPTOP 1.Dalam satu2 masa kita boleh on laptop paling lama pon 5 jam sahaja.. Tetapi kalau lebih daripada 5 jam berkemungkinan processor,motherboard,ram,dan alat2 lain akan panas serta merta merosakkan cip dan timah2 yang telah dipateri.

DESKTOP-PC 1.bagi desktop-pc pula dalam satu2 masa kita boleh on sehingga 2 hari, ini berbeza daripada penggunaan laptop kerana ruang desktop-pc lebih besar dan tidak mampat kerana kitaran udara didalam cpu dapat bergerak bebas.

LAPTOP 2.jangka hayat laptop ni selalunya bergantung kepada penggunaan seharian kita sama
ada hardcore ataupun biasa2 tak kisah lah alienware ke ape ke melainkan letak Solid Ice.

DESKTOP-PC 2.jangka hayat desktop-pc pulak lebih lama daripada laptop misalnya jika laptop boleh tahan sampai 5 tahun maknanya desktop-pc boleh tahan sampai 10 tahun kerana desktop-pc memang dicipta oleh pengedar komputer untuk tahan lebih lama.

Laptop 3.spare part laptop ni lebih mahal kerana pembikinannya amat rumit dan mesti dilakukan dengan penuh teliti.

DESKTOP-PC 3.spare part desktop-pc pula agak murah berbanding laptop kerana  komponen yang mudah dicipta dan tidak rumit untuk di bikin.

kedaan komponen laptop


keadaan komponen Desktop-pc

 Konklusinya,kita sebagai pengguna laptop atau desktop perlu tahu dan mengenali serba sedikit tentang komputer kita,malah tahu tentang arus teknologi IT agar kita tidak ketinggalan ke belakang.Bukan itu sahaja malah kita perlu tahu kemampuan komputer kita agar tidak melampaui batas yang telah ditetapkan oleh pengilang.Dalam pada masa yang sama user semua boleh lah  mengikuti kami di facebook atau pon twitter untuk mengajukan soalan2 dan tips penjagaan komputer mahupun gadget2 iPad,Tablet dan lain2.

Artikel Berkaitan