Tuesday 7 May 2013

Samsung Memperkenalkan Galaxy Core

assalamualaikum..


sejak bermulanya penghujung tahun 2012, samsung banyak membuat perangcangan untuk telefon pintar baru selepas kedatangan galaxy s3 kepada pengguna. pada tahun ini samsung memperbanyakkan model telefon pintar mengikut harga yang berpatutan dengan spesifikasi dan mampu dimiliki.

kini samsung memperkenalkan galaxy core selepas sahaja mereka perkenal galaxy grand dan galaxy mega.
untuk galaxy core ini didatangi dengan ciri kelajuan dual-core 1.2ghz dan 1GB RAM begitu juga seperti mana dari segi cirinya yang lain seperti 5 mega pixel kamera belakang.

galaxy core dilengkapi dengan fungsi dual sim yang aktif bermakna dalam masa yang sama membolehkan pengguna mengaktifkan dua sim dalam satu telefon pintar serta kedua dua sim itu dalam status aktif. fungsi ini sama seperti Galaxy Grand.

saya tidak pasti bilakah kemunculan samsung galaxy core dimalaysia dimana ianya tidak diperkenalkan lagi dinegara kita buat masa ini.

:D

Artikel Berkaitan